Oct 6, 2019

I Gave Birth - Part II


Bismillah. 

Punyalah selepas sebulan baru nak menyempat buka laptop untuk update blog ni ha. Bukanlah tak menyempat mana pun sebenarnya. Cuma, semenjak hidup dah berubah ni, buat masa sekarang anak lebih menjadi keutamaan aku. Benda lain, aku skip ja dulu. Simptom mak mak barangkali.

Okeh cukup mukaddimah. 

Jom sambung cerita dari entri I Gave Birth - Part I  

Selesai di dewan bedah, nurse tolak aku ke wad. Aku kena baring, tak boleh makan dan minum sampailah keesokkan paginya. Bayangkan hampir 12 jam aku puasa. Masyaallah, dahaga tekak dan lapar yang amat.

Jadi, pagi esoknya nurse datang buka tiub salur kencing dan drip di tangan aku. Ubat bius pun dah hilang masa tu. Aku dah dapat rasa pergerakan dari pusat sampai ke kaki. Nurse pesan suruh bangun dan cuba jalan.

Maka, aku pun cubalah bangun dan jalan ke tandas untuk buang air. Nak dijadikan cerita, aku pitam pulak dah kat tandas. Nasib baiklah sempat duduk atas mangkuk tandas dan sempat tarik butang kecemasan dalam tandas tu. Waktu pitam tu, aku sedar cuma pandangan aku blank. Hitam. Memang tak nampak apa apa pun. Wallahi. Masa tu, memang aku ingat aku dah buta.

Wallahi, dalam 10 minit jugaklah aku tak nampak apa-apa tapi sedar dan boleh dengar dengan jelas suara nurse dan doktor yang datang untuk tolong aku masa tu. Doktor mintak nurse buatkan milo untuk aku minum. Dalam tandas tu jugaklah aku minum milo.

Lepas 15 minit, aku dah boleh nampak balik tapi masih kabur dan berbalam. Bila dah rasa mampu bangun, nurse tolong angkat aku dan letak atas kerusi roda kemudian tolak aku ke katil. Naik ja atas katil, ingatkan dah okay dah. Datang pulak rasa loya nak muntah.

Tak sempat aku nak mintak plastik dengan nurse, habis keluar semua milo yang baru aku minum kejap tadi. Habis kotor baju dan cadar katil kena muntah. Waktu tu, doktor sendiri yang tolong salinkan baju aku kat katil dan nurse datang salinkan cadar. Aduhai..

Kemudian, lewat petang tu, anak aku dapat discharge dari NICU dan dapat tidur dengan aku malam tu. Serius, rasa macam mimpi, dah ada anak sendiri. Syukur, anugerah Allah.

Masuk hari ketiga, aku happy sebab doktor pakar bagi discharge sebelah petang. Lega dapat balik rumah. Dalam perjalanan balik, suami aku drive 20 km/jam sebab sedaya upaya tak nak bagi aku rasa sakit dekat perut yang kena belah. Kesian pulak kat dia. Nak buat macam mana, sakit woo..

Maka, rutin aku setiap hari ialah berulang alik ke klinik dan hospital pagi dan malam selama sepuluh hari berturut turut untuk suntik heparin. Fuh, alhamdulillah berjaya harungi sepuluh hari yang agak memenatkan.




Okay, cukup dulu. Entri akan datang, aku cerita fasal anak aku pulak, inshaallah.

Bye!



♥ Thank you for reading ♥

Post a Comment

Thank you for your response. Have a nice day!