Bismillah.
5 September 2019 yakni hari ini sepatutnya merupakan dua date aku untuk bersalin anak pertama.
However, Allah knows better, I gave birth 19 days earlier. Yeapp!
Cerita dia macam ni.
14 Ogos yang lalu, aku pergi check up macam biasa kat klinik kesihatan dan waktu tu agak teruja sebab doktor akan scan untuk tengok keadaan baby since kandungan aku dah masuk 36 minggu. Tunggu punya tunggu, sampai lah giliran aku jumpa doktor.
Lepas dah scan semua, alhamdulillah baby is growing well cuma doktor cakap kedudukan anak aku masih breech presentation which means kepala bayi kat atas dan punggung dia kat bawah. Masa tu, aku masih tenang sebab doktor kata ada satu cara yang boleh diikhtiarkan iaitu External Cephalic Version atau lebih ringkasnya orang panggil ECV.
Sebelum tu, doktor dah explain siap-siap, ECV ni selamat untuk dibuat sekiranya bayi dalam kandungan tiada komplikasi yang boleh memudaratkan bayi itu sendiri ataupun ibu. Walau bagaimanapun, tetap ada risiko yang perlu dipertimbangkan sebelum pesakit bersetuju untuk teruskan prosedur ni.
Kalau pernah dengar orang-orang dulu cakap fasal nak jumpa bidan kampung nak pusing bayi yang duduk songsang dalam perut, haa lebih kurang macam tu la. Cuma ECV ni prosedur yang kita buat dengan doktor perubatan yang bertauliah serta adanya fasiliti perubatan yang lengkap just in case perlukan pembedahan kecemasan, kiranya nyawa ibu dan anak tu terjamin keselamatannya, Inshaallah.
Ha, waktu ni aku dah start bergenang airmata tapi pada masa yang sama duk minta Allah salurkan ketabahan dan redha untuk ujian kecil yang Dia bagi kat aku ni. Setelah mengambil kira pro dan kontra tentang prosedur ECV ni, aku pun bersetuju untuk cuba. Maka, doktor kat klinik kesihatan tu pun aturkan temujanji aku dengan doktor pakar O&G di Hospital Kuala Krai.
Balik dari klinik, suami aku call dan aku pun beritahu fasal ECV ni. So, suami aku decide untuk balik dan teman aku jumpa doktor pakar pada hari temujanji tu.
Empat hari kemudian, 18 Ogos 2019 tepat jam 8 pagi, aku ditemani mak dan suami aku jadi orang yang paling awal sampai kat Klinik Pakar O&G Hospital Kuala Krai. Aku dah kena puasa siap-siap dari jam 1 pagi malam sebelumnya just in case perlu buat emergency surgery.
Tunggu punya tunggu, jam 9 lebih aku dipanggil masuk. Alhamdulillah, suami aku dibenarkan untuk masuk menemani aku untuk prosedur ECV. Masuk ja, macam biasa aku kena baring dan doktor akan scan tengok keadaan bayi dalam kandungan dulu samada boleh teruskan dengan ECV ataupun tidak.
Allah punya kuasa, kita merancang.. Tapi kena yakin yang perancangan Dia lebih baik dan Dia Lebih Tahu atas setiap sesuatu yang Dia rancangkan untuk kita. Lepas dah scan, ada beberapa komplikasi dengan kandungan aku. Jadi, ECV memang mustahil untuk dilakukan dalam situasi tersebut.
Kemudian, doktor cakap cara terbaik ialah dengan emergency C-section since aku pun dah standby puasa dari jam 1 pagi. Waktu tu, aku dah sebak dan memang harapkan kekuatan dari Allah ja untuk aku melepasi fasa tu dengan tenang dan waras. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab suami dan mak aku ada di sisi aku dalam situasi macam ni.
Serius, sangat-sangat bersyukur.
Jadi, aku perlu masuk wad untuk tunggu giliran ditolak masuk ke dewan bedah.
Jam 12 lebih, nurse dah tukar baju wad aku ke baju untuk pembedahan dan aku pun bersedia untuk ditolak masuk ke dewan bedah. Airmata memang tak berhenti mengalir bukan sebab sedih, tapi sebab terharu dengan effort suami dan mak aku yang tak putus bagi kata semangat untuk tenangkan aku.
Sebelum masuk dewan bedah, aku sempat minta ampun dengan suami aku. Minta dihalalkan makan minum, perbuatan yang terlebih terkurang. Minta dia redha dengan pembedahan aku. Minta doa dia supaya pembedahan lancar, moga aku dan anak kami selamat dan sihat.
Waktu dalam dewan bedah, aku diletakkan dalam ruangan menunggu supaya nurse dan doktor boleh monitor keadaan aku sebelum mulakan pembedahan. Sedang elok lepas azan zohor, aku betul-betul ditolak masuk ke dewan bedah.
Perasaan waktu tu, Allah ja yang tahu. First time kot masuk dewan bedah. Dinding putih sekeliling aku. Yang aku nampak cuma lampu dewan bedah betul-betul atas aku dan skrin yang monitor tekanan darah dan jantung aku kat sebelah aku.
Doktor minta izin untuk bius aku separuh dan cucuk ubat bius dekat tulang belakang aku. Rasa sakit sikit tapi masih bearable. Alhamdulillah, syukur Allah bagi kekuatan. Lepas tu, aku dah tak rasa apa dah dari bahagian pinggang sampai ke kaki tapi aku masih sedar dan tahu apa yang sedang berlaku. Alhamdulillah, tahu-tahu ja, aku dengar salah seorang pembantu dewan bedah azan bila doktor bedah keluarkan anak dari perut aku.
Risau dan berdebar pada mulanya sebab aku belum dengar tangisan anak aku. Dalam 5 minit lepas tu baru aku dengar suara tangisan dia. Tu pun sayup-sayup ja, Allahu. Aku tak berhenti ucap syukur kat Allah.
Tepat jam 2.02 petang, aku selamat bersalin anak lelaki seberat 3.31kg.
Beberapa minit lepas tu, doktor kendong anak aku dan tunjuk pada aku kemudian minta aku justify jantina anak dan suruh aku kucup anak aku.
Aku anggarkan dalam 5 hingga 10 saat macam tu ja aku dapat tengok dan kucup anak aku sebab anak aku terpaksa dimasukkan ke NICU sebab pernafasan dia laju. Jadi, doktor nak support dia dengan oksigen dan kena monitor keadaan dia dulu sampai lah kembali stabil.
Syukur alhamdulillah, walaupun aku belum dapat pegang anak aku lagi, tapi aku lega bila daddy dia boleh ikut masuk tengok dia kat NICU. Daddy dia sempat azan dan iqamatkan dia. Syukur alhamdulillah, we have been blessed with such a strong son.
Okay, aku stop sini dulu. Bab selepas keluar dari dewan bedah, aku sambung dalam next entri. Inshaallah.
Bye!
Post a Comment
Thank you for your response. Have a nice day!