Jul 18, 2019

Start of Something New


Bismillah.

A fresh start here. 

Ya, aku masih menggunakan url yang sama cuma aku pilih untuk beri permulaan baru pada blog ni. Hence, aku gunakan gelaran Mrs. Solarstreak seperti yang kalian nampak pada header dan 'Start of Something New' jadi tajuk entri pertama blog ni. 

Aku tak janji samada dapat update blog dengan kerap atau tidak, cuma apa yang aku harapkan dari diri aku dan blog ni agar setiap apa yang aku tulis kat sini walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya biarlah bermanfaat pada diri aku dan pada diri kalian yang singgah untuk membaca.

Niche blog ni masih aku kekalkan kepada personal blog yang mana aku akan tulis dan kongsi apa yang aku rasa boleh/patut/sesuai untuk dikongsi pada umum (yang bermanfaat, inshaallah). Boleh jadi perkongsian aku tu daripada pengalaman aku sendiri, pemerhatian terhadap situasi yang berlaku disekeliling aku yang mana boleh jadi pengajaran dan pedoman hidup dan mana lah tahu kot Allah detikkan kerajinan untuk aku kongsi resepi masak kat sini. Haaa.. mana lah tahu, kan? hehe

Inshaallah, apa pun yang aku tulis kat blog ni, aku betul-betul harap dan doa, moga tak ada lain yang terbit di hati aku yang menulis dan kalian yang membaca melainkan niat betul-betul lillahitaala kerana Allah, respon yang positif, doa dan kata-kata yang baik-baik, hati dan minda yang lapang serta tenang, mudah-mudahan. Inshaallah.

Aku nak minta pada kalian juga, kalau lah ada mana-mana entri aku kelak yang mungkin isinya menyinggung perasaan atau dirasakan tidak sesuai, aku alu-alukan kalian untuk menegur dan menasihati secara berhemah dan beradab, mudah-mudahan sikit sebanyak tertib santun tatasusila yang kita amalkan ni dapat redha dari Allah. Amiin

Oh ya, aku pilih untuk gunakan perkataan 'aku' sebagai kata ganti diri sebab rasa lebih dekat dengan pembaca bila berkongsi melalui penulisan. Aku harap tiada yang menjadikannya sebagai isu, Inshaallah kita pilih untuk lihatnya dari aspek yang positif okay? Hehe




Aku doakan hari-hari kalian sentiasa ceria di samping mereka yang tersayang. 
Inshaallah, ada rezeki dan ruang jumpa dalam entri seterusnya.

Wassalam.







♥ Thank you for reading ♥

Post a Comment

Thank you for your response. Have a nice day!