Tuesday, December 13, 2016

What is wrong with yuyu atiqa?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum people. 



Hi. It's been a while. Well, I just back in my hostel and don't know what has got into me until I suddenly thinking of updating a new entry in this blog.

Berbulan-bulan hilang tiba-tiba muncul dan update entri. What's happening to yuyu atiqa actually?

Haha. To be truth, so many things had happened. I always said that I have no time for my blog. Busy with campus life. Assignments. Campus activities. Never ending campus drama and what not. These are actually UNACCEPTABLE excuses at all. 

I miss my blog. I miss writing like I used to do before.
I really hope to be back on track as soon as possible. 

I will. 

Regards,
YuyuAtiqa



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, April 30, 2016

Another potrait art from Budoxe Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Kalau readers yang selalu singgah baca blog yuyu, mesti kalian perasan yuyu dah pernah update satu entri tentang art yang dibuat oleh Budoxe Lee.

Entri yang ini : Such A Nice Art from Lee

Kali ni, lagi sekali yuyu request art ala-ala potrait dengan dia. 
Ni ha.. gambar kat bawah ni hasil tangan daripada Lee. 
Bagi yuyu, cantik ! Thumbs up. ;)






Yuyu hantar gambar tak sampai setengah hari rasanya, tengok-tengok dah siap. Bagus betul Lee ni. Pantas dan efisien. Ha gitu.. Ni orang kata, bila dah minat, benda yang complicated pun rasa senang nak buat. Heee...

Okaylah, jangan lupa follow Lee di laman sosial berikut ya! 



Budoxesquire Arts (fb page)

budoxe_lee (instagram)

budoxe_lee (twitter)


Jumpa lagi dalam lain entri.

Have a nice day, people!

Assalamualaikum.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, April 13, 2016

Pre-entry #SBB2016


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Dua bulan tak kemaskini entri blog. Bukan tak ada benda nak dicerita, cuma tak berjaya curi masa untuk diluang bersama blog kesayangan. Ada je ruang, nak qadha rehat. Ada je ruang sikit, join aktiviti dalam kampus. Masa mengadap laptop, duk fokus dengan esaimen pulak. Huk Aloh. Alasan je tu semuanya. Nak kena cepuk jugak Nurul Atiqah ni ha.

Ampun.. Ampun... :'(

Ni ha. Disebabkan hari ni saya tak ada kelas, maka hari ini sehariannya saya akan luangkan dengan laptop. Tujuan utama sebab nak siapkan esaimen yang nak disubmit esok dan tujuan sampingannya sebab nak update entri baru blog. hihi... Kira okay la tu kan? ^^

*Eh.. Jam 13.27 petang. Kejap eh. Solat Zohor dulu. Kejap lagi sambung*

Okay. Back to entry.

Nurul Atiqah ni kalau taip entri, mukaddimah tak panjang memang tak sah. Nasiblah nakk..

Apa kena mengena Nurul Atiqah dengan #SBB2016?

Begini cerita diaaa..

Satu hari tu, masa saya duk khusyuk scroll muka buku, tertengok status Abang Kid Denai Hati tentang event Sepetang Bersama Blogger 2016 (#SBB2016). Terdetik dalam hati,
nak join!!!!


Kemudian, pendaftaran dibuka.Bila nak daftar, saya hadapi masalah pulak dengan debit card. Aduyai. Ujian sungguh! Rasa down dah.... Dapat join ke tidak ni. Hurmm.. Jadi, saya abaikan dulu keinginan itu.


Beberapa hari lepas tu, abang Hasrul Hassan ada post pasal nak sponsor siapa-siapa yang teringin nak pergi #SBB2016. Haa... Nurul Atiqah apa lagi... Cuba la komen kat status beliau. Mula-mula duk ingat beliau seloroh ja. Tup-tup. Serius weh! Subhanallah...... Rezekiiii Nurul Atiqah betul beliau sponsor pendaftaran #SBB2016. Syukur Alhamdulillah. Moga Allah murahkan lagi rezeki beliau dunia akhirat. Amiin...

Ha.. Bab pendaftaran dah selesai. Next, bab pengangkutan dari Penang nak ke Kolumpo (Kuala Lumpur) tu ha. Nak pergi dengan bas ke dengan belon (kapal terbang). Dahlah sorang-sorang tak berteman kan? huhu.. Fikir punya fikir, setelah membuat pertimbangan, maka saya decide pergi dengan belon. Cepat pun cepat. Mahal sikit ja takpa asalkan tak penat dan pening kena goyang dek bas. hoho.. *ngada Nurul Atiqah. abaikan. :D*

Alhamdulillah, selesai bab pengangkutan. Bab penginapan pulak. Kalau #SBB2014 dulu, saya pergi dengan kak Hazanis dengan kak Mujahidah ,so sampai sana menginap reramai dengan bloggermates yang lain. Tapi kali ni sebab pergi sorang-sorang, maka saya tumpang nginap kat rumah kakak ja kat Puchong.

Ada mana-mana blogger yang join #SBB2016 yang stay area Puchong Perdana or dekat-dekat dengan Puchong tak? Ada tak yang bermurah hati nak tumpangkan Nurul Atiqah ke event? Tengah mencari pengangkutan nak ke event ja ni...

Sobss....

Takpa. Inshaallah, saya akan usahakan cari jalan penyelesaiannya. doakan lah ya.

Kenapa Nurul Atiqah semangat sangat nak pergi #SBB2016 ek sedangkan dia sorang-sorang ja gerak dari Penang.

Okay, pendek cerita.. Sejak dah bertambah usia ni, diri ini semakin jarang atau lebih tepat malas kemaskini blog. Nasib baik, masih ada tersisa kerajinan layan muka buku aka facebook. Instagram tak payah cakap la kan, memang sebati dengan diri ini. hoho..

Oleh yang demikian, (haaa... segala transition/linking words aku bantai.. hihi) Niat di hati, berbekalkan semangat dan kecintaan  yang masih tersisa ni terhadap blog yuyu atiqa, maka saya buat keputusan untuk TIDAK lepaskan peluang hadirkan diri untuk #SBB2016. Dengan harapan, saya akan disuntik dengan semangat dan kerajinan yang double triple lagi oleh mereka-mereka yang hebat yang akan berkongsi banyak ILMU bermanfaat kelak untuk Nurul Atiqah berjuang dalam bidang blogging ni. Inshaallah, mudah-mudahan Allah berkati. Amiin.




Jadi, rakan blogger yang masih duk berkira-kira nak join ke tidak.. Yang masih belum daftar, tak perlu was-was lagi.. Inshaallah, event ni bermanfaat untuk dihadiri. Jommmm daftar sekarang! Sempat lagi tauu.. Klik gambar kat atas ni untuk direct link ke laman web rasmi #SBB2016. Kat situ, klik link pendaftaran untuk mendaftar. Orait??

Ohh ya.. Ni entri #SBB2014 yuyu atiqa. Kita kasi #throwback sikit.
Soya yeos jagung jugak yang ramai orang ingat. haha. aduyai..

Tak sabar nak jumpa semua! Inshaallah, kita jumpa nanti. Jangan segan-segan nak sapa Nurul Atiqah tau. hehe.

Saya stop sini dulu. Nak sambung hadap esaimen pulak. hehe.

Bye, assalamualaikum! :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, January 28, 2016

Happy 2016 and Semester Break in advance!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Entri pertama untuk tahun ni. 

Bertuah punya Nurul Atiqah. Dah nak habis sebulan baru nak update entry. Cepuk kang.
Maaf yaaaa.... Inshaallah, akan cuba update entri dengan lebih kerap tahun ni. Doakan.. amiin. :D

Cuti semester dah nak habis.. Menikmati hari-hari berbaki di kampung sebelum kembali ke kampus.

google images


Jumpa dalam next entry. xoxo


yuyuatiqa :
Nikmatnya dapat tengok muka mak ayah bila balik rumah. :')



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥