Wednesday, June 17, 2015

Ramadan Kali Ini



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Entri terakhir dikemaskini, 3 bulan yang lalu. Maafkan aku.
Harap masih ada yang sudi menjengah ruangan ni.

Alhamdulillah, ramadan menjelma lagi.


cc : google image


Ramadan kali ni bawa banyak rasa pada aku.

Secara peribadinya ia istimewa bagi aku sebab ulang tahun kelahiran aku yang ke-21 pada 18 Jun bersamaan dengan 1 ramadan 1436H, hari pertama bulan yang dirindui.

Moga keberkatan bulan yang mulia ini juga turut dilimpahkan pada aku dan kita semua.
Allahumma amiin.

Dalam pada rasa bersyukur, sedikit terasa sayu menyambut permulaan puasa di perantauan tanpa mak ayah di sisi buat pertama kalinya. Walaupun tak berapa nak perantauan sangatlah kan. Sebak bila mendengar suara mak ayah di telefon. Tapi aku yakin, semuanya akan baik-baik saja. Sahabat-sahabat ramai di sini yang sudah seperti keluargaku sendiri. Moga rindu pada keluarga di rumah mampu sedikit terubat. Inshaallah..  :)

Sekarang, aku sedang menghadapi peperiksaan akhir untuk sidang ini. Masih berbaki 4 kertas peperiksaan lagi. Mohon doa dari kalian ya. Doakan moga aku dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Amiin..

Impian ramadan kali ini,

Moga kita terus kuat untuk sadokan hati melawan nafsu.
Moga kita memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaiknya untuk memulakan dan melakukan amal kebaikan serta istiqamah berusaha menggapai redhaNya.

Ayuh, jaga hati, pellihara iman, kukuhkan pegangan.

Salam ramadan 1436 Hijrah .. :)


Wassalam.


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥