Thursday, September 25, 2014

Review : Blogger Hasrul Hassan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Saya pasti sudah semakin ramai individu yang berminat untuk menghasilkan blog sendiri. Masing-masing mempunyai matlamat masing-masing yang ingin dicapai melalui blog yang dihasilkan.

Baiklah, semua orang boleh buat blog. Nak buat blog memang sesuatu yang sangatlah mudah. Ikut langkah yang disuruh, tak lama kemudian, dah terhasil sebuah blog.

Tapi, berapa ramai dari kita yang mempunyai blog serta dapat survive dengan blog kita? Ehh. Faham tak maksud saya? Okay, macam ni. Sebagai contoh. Bila kita tengok orang ada blog, kemudian dapat pula hasilkan pendapatan dari blog, kita pun terikut sama nak ada blog.

Pernah tak kita terfikir, macam mana orang boleh hasilkan pendapatan hanya melalui blog? Okay.. Macam ni. Saya bukan seorang blogger yang pakar tentang selok belok blog. Saya sekadar blogger picisan yang sangat suka berkongsi sesuatu di blog saya. Okay, cukup.

Bagi blogger-blogger yang baru berkecimpung dalam bidang blogging ni, yang ada pasang impian untuk jana pendapatan melalui blog, saya seru anda untuk 'gali' dan 'istiqamah' mengikuti panduan dan tips oleh seorang blogger otai yang begitu banyak pengalaman dalam bidang ni.

Beliau ialah saudara Hasrul Hassan atau lebih dikenali sebagai bro HH.

Blog beliau sememangnya menjadi tumpuan majoriti blogger, tak kiralah sama ada blogger yang sudah lama dalam dunia blogging mahupun blogger-blogger yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini.

Beliau banyak berkongsi tips dan panduan dalam menulis blog, bagaimana nak menarik orang untuk datang ke blog kita, bagaimana nak kekalkan pelawat di blog kita, pokoknya, semua tips berkaitan ilmu dunia blog, boleh di'explore' di blog beliau.

Beliau seorang individu yang ramah dan mudah untuk dibawa berbincang. Jadi, jangan segan dan malu untuk bertegur sapa dengan beliau. Percayalah!

Terus ikuti setiap entri di blog beliau : http://www.hasrulhassan.com/

Selain itu, beliau kerap kongsikan tips-tips ringkas berkaitan blog di fanpage dan facebook beliau. Maka korang WAJIB, like dan follow beliau di fanpage dan facebook bagi mengelakkan korang terlepas apa-apa info dan panduan tentang blog yang beliau kongsikan! 


Fanpage : Hasrulhassan.com



Facebook : Hasrul Hassan



Saya pernah tulis beberapa entri tentang beliau dalam blog ini. Entri tersebut ialah entri ini,
'Aku Blogger dan Hasrul Hassan' dan entri ini, Siapa HH???

Korang bacalah nanti entri-entri tersebut.

Kat bawah ni, salah satu gambar saya dengan beliau yang sempat diambil ketika kunjungan beliau dan keluarga ke Kelantan.




Jadi, sekali lagi nak cakap kat sini.. Blog Hasrul Hassan adalah salah satu blog yang sangat memberi manfaat kepada kita. Terus support beliau ya!

Thanks for reading..

Have a nice day, people! :)

Wassalam..


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥