Wednesday, August 20, 2014

Singgah di Laman Seni, Lorong Cek Mek Molek, Machang, Kelantan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Tempoh hari, saya dan serikandi tak melepaskan peluang untuk singgah di salah sebuah lokasi yang kini menjadi salah satu tarikan terbaru di bandar Machang, Kelantan iaitu laman seni, Lorong Cek Mek Molek.

Sekarang, lorong yang dulunya sekadar lorong biasa telah berubah menjadi lorong yang sering dikunjungi orang ramai atas inisiatif yang melibatkan kerjasama besar oleh pelbagai agensi dan badan korporat termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia. Catan mural dan grafiti yang dipamerkan sepanjang lorong mempunyai kelebihan tersendiri melalui kreativiti masing-masing.

 

 
Kelantan sememangnya terkenal dengan wayang kulit sebagai tarikan kebudayaan.
Ada bakat tak kalau nak jadi mek dalang wayang kulit tu?? hehehe


 
Saya seorang yang patriotik! anda?


Senyumlah.. senyumlah.. ahai cek mek molek!
hehehe.. sesuai sangat lagu ni dengan nama Lorong Cek Mek Molek ni haa.. 
Ye dak??? :D


Macam timbul jaa bila berdiri kat depan mural pirana ni.
Nasib baik cuma lukisan.. ekeke



Nampak tak teruja bebenor kononnya nak lalu ikut pintu tu..
Siap bukak kasut bagai.. haha.
ampunkan perangai keanak-anakan itu.. :D


 
Feeling model sangat. hohoho.
Langsung tiada bakat. reject! sobssss...


 
Cakkk!
Haa..  bukan mudah nak pujuk keluarga kawan Ahmad Albab tangkap gambar sekali..
Sebab tu I nampak kononnya segan tu! haha.. 
K, itu poyo..


 Pantang nampak kamera.. 
inilah jadinya..
tengah cakap phone pun masih boleh posing..
Mampu??? :D

 
 Most favourite mural of all......
sebab dapat masuk ketujuh-tujuh serikandi !
dan ianya nampak sangat ceria! 



Yang pastinya, saya sangat menyokong objektif program seni sebegini yang menitikberatkan penghargaan kepada alam sekitar, memberi peluang dan ruang serta galakkan yang positif kepada golongan belia untuk bergiat dalam aktiviti yang lebih berfaedah di samping menambahkan lagi lokasi-lokasi yang mampu menjadi tumpuan pengunjung.

Ternanti-nanti lah jugak.. Mungkin, lorong-lorong yang lain akan berubah menjadi menarik seperti ini juga? hehe.. Kita tunggu dan lihat ya..

Bagi kalian yang datang melancong ke Kelantan, jangan lupa singgah di Lorong Cek Mek Molek di Machang ya.. Lebih kurang sejam perjalanan dari Kota Bharu.. hehe.. promote bagaiii.. :D

Okaylah..
Jumpa dalam entri lain. Inshaallah.

Wassalam.. :)






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, August 17, 2014

Reunion - gathering form 5 batch94





Bismillahirrahmanrrahim.
Assalamualaikum wbt.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
 
Gembira. Satu kata yang hanya mampu ditulis bagi melafazkan betapa bersyukurnya dapat bersua muka dan berkumpul kembali dengan ex-batchmates.. Alhamdulillah, setelah beberapa kali rancangan untuk mengadakan reunion asyik tertunda dan tertangguh disebabkan kekangan komitmen masing-masing, akhirnya.. kami sepakat untuk berkumpul pada hari Jumaat lalu di Sri Permai Beach Resort, Tok Bali, Kelantan..

Kami bertolak dari Machang sebelah pagi, lebih kurang pada pukul 10 pagi.. Sampai sana sebelum tengah hari. Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk tampil secara individu dan bercerita secara ringkas tentang perkembangan terkini masing-masing..




Haaa.. Nampak tak tu.. betapa khusyuk dan tawaduknya si gadis itu kalau dapat peluang bercakap! 
Muncung tang mulut tu haaa! Erkkkkk..



Masa ni.. tak tau laaa tengah tengok apa.. 
ish ish ish....

Alhamdulillah, seronok apabila dapat tahu masing-masing belajar kat mana.. Ada juga yang menyambung pelajaran di luar negara. masyaallah... Tumpang gembira untuk mereka kerana berpeluang menuntut ilmu di negara orang..

Bila dah berkumpul ramai-ramai, tak dinafikan memang masing-masing mempunyai banyak cerita yang ingin dikongsikan.. Masyaallah.. riuh dibuatnya!


 

 Kalau ikutkan.. memang banyak laaaa yang nak dikongsikan bila dapat berkumpul macam ni...
Nampak tu.. muka ceria tu!


Jam 12 lebih, kami tunda aktiviti untuk beri laluan pada rakan-rakan lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.. Sementara tunggu kaum lelaki balik dari masjid, kami ni, kaum hawa tunaikan solat zohor dan berehat..

Alhamdulillah, aktiviti sebelah petang ialah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh geng lelaki iaitu, BBQ! hehehe.. Bab makan ni memang mereka teruja.. Sambil makan, sambil bercerita panjang lebar.. Yup.. semuanya berjalan secara santai.. Rasa sangat relax! Alhamdulillah..
 
Tapi kan... gambar masa BBQ lupa nak ambil.. maklumlah... masing-masing tengah khusyuk menikmati juadah... hehehee

 
 
 Gambar kenangan bersama Najah, sahabatku yang makin anggun. :)







 Selfie welfie fie fie fieeeee!
cc picture : najah's iPhone


Lepas BBQ, kami solat asar kemudian teruskan dengan aktiviti santai. Kaum hawa ke pesisir pantai untuk bersantai, acah-acah main pantai dan pastinya bergambar, kaum adam pulak riadah dengan permainan bola sepak pantai..



 
Haaa.. nampak tak betapa terujanya budak perempuan itu apabila dapat sentuh air laut!
Haiyyaaa.. childish tetap childish...




Moga ukhwah ini terus utuh.. ameen..
left : Fadzillah, Alia, Intan, Me, Amalin El.



Gambar kenangan bersama Adilah! :)



Dua orang gadis yang pantang nampak pantai, wajib sentuh air laut!
With Alia.. :)



Fadzillah yang selalu sempoi.. :D
Budak kat bawah tu tengah feeling titanic! hahaha


Selfie bersama Adilah sayang! :)
Mata tu pejam sebabnya silau dek terik mentari.. Haaa gitu! :D





Sahabat sekepala, Azim!
gambar atas kami bersama Intan..
 cc picture : Azim's smartphone

 --------------------------------------------------------------------------------


 


 

 Us!

 Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Tahniah dan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada reunion planner, saudara Muhd Muslim dengan dibantu oleh beberapa orang rakan yang lain kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan reunion kali ni. Bermula dari survey lokasi reunion sehinggalah ke penyetujuan menu reunion pada hari tersebut.


 Good job, everyone! 


Tak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-rakan yang sudi hadirkan diri.. Terima kasih yang teramat sangat buat Ahmad, Najah, Adilah dan Azim untuk gambar-gambar kenangan reunion yang super duper awesome!!!


Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T... 


Moga kita berpeluang berkumpul bersama-sama lagi kelak. InshaAllah, next reunion, lagi ramai kita kumpulkan! hehe..

Okaylah, thank you readers sudi baca perkongsian saya kali ni. Jumpa dalam next entry, inshaallah..

Take care!

Wassalam.. :)



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥