Sunday, September 30, 2012

The Concept of Ikhlas


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.



cc : Bing.Com


The Concept of Ikhlas


A servant with sincerity is almost guaranteed
A place is paradise - in all eternity
A promise by Allah swt the most merciful
Disobeying this is only done by a fool

What does it take to be Ikhlas?
A definite top of the class
It's clear as a piece of glass
But Ikhlas requires sacrifice!

I
I is obviously for Intention
In whatever we do this makes the difference
A deed becomes an act of devotion
Simply for the sake of Allah swt without any addition

K
K as in knowledge
Iqra - the first revelation we acknowledged
The religion is both theory and practical
Assign to all capable nothing accidental

H
H is honesty
This is the beauty
Deeds done aplenty
Just for the love of Allah swt in simplicity

L
L is love, isn't this obvious?
A simple and small act not so laborious
When performed steadfastly
Yes, to Jannah so definitely!

A
A is animosity
Syaitan in close proximity
All the enmity an anxiety
Thus, beware of this enemy

S
S is sincerity
The way to purity
Is to cleanse the heart and body
Resulting in our Iman (faith) becoming sturdy

So does in Ikhlas, do you see?
A series steps to foresee
To get rid of the ignorance
And with a little forbearance - this will make the difference!

Thus before you set on anything
In Allah swt - You should think!
Sincerity in a blink
Insha'Allah to the Jannah for all your doings

- Qalamuddin -


* Umar Al-Khattab narrated that the Prophet Muhammad saw said : 

"Deeds are [ a result ] only of the intentions [ of the actor ], and an individual is [ rewarded ] only according to that which he intends. Therefore, whosoever has emigrated for the sake of Allah and His messenger, then his emigration was for Allah and His messenger. Whosoever emigrated for the sake of worldly gain, or a woman [ whom he desires ] to marry, then his emigration is for the sake of that which [ moved him ] to emigrate."   - Bukhari and Muslim -


* A'isha said that Rasulullah saw said :

" The deeds most loved by Allah swt [ are thoese ] done regularly, even if they are small."
- Bukhari and Muslim -


* "And syaitan said when the affair is completed. "surely Allah promised you a promise of Truth, and I promised you but I betrayed you, and I did not have upon you any power except that I called you and you listened to me so do not blame me but blame yourselves, and I cannot be a musrikh for you nor can you be musrikh for me. Surely I deny your making me partner from before. " Surely for the unjust is a painful punishment."   - Quran ( 14:22)

* The Prophet Muhammad saw said :

"There is an organ in the body, if it is good, the whole body will be good, and if it is bad, the whole body will become bad, verily it is the heart."

* The Prophet Muhammad saw said :

"Islam is explicit, and Imaan is in the heart, ( and then he pointed his hand to his chest and said ) taqwa is here."



- cc to : IslamicPoem -


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, September 18, 2012

Yang tertutup itu lebih indah.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Jari aku nak menaip lagi.. Minggu ni agak kerap aku kemaskini entri baru. Yaa. Dalam entri-entri lepas aku update pasal aktiviti aku. Tapi hari ni nak update sesuatu yang InsyaAllah sedikit sebanyak boleh buka minda kita. Dengan izinNya. Aku dapat ilham untuk tulis entri ni lepas aku baca buku Nibras (majalah terbitan Badan Dakwah sekolah adik aku, SMK(A) Wataniah) Actually, entri ni lebih fokus untuk kaum Hawa. Namun, kaum Adam tak dihalang untuk turut membacanya. Moga ada sedikit sebanyak manfaat untuk kita bersama. InsyaAllah.

image taken from Bing.com


Sekarang, aku akui makin lama makin ramai insan-insan yang 'terbuka' di laman sosial. 'Terbuka' macam mana? Hmm. Tak faham lagi kan apa yang aku cuba nak sampaikan. Kejap. Aku bagi satu cerita sebagai contoh supaya kalian yang baca entri ni faham.

Macam ni.. 



Yang tertutup itu lebih indah. 

Aku umpamakan sebuah jam tangan. Andaikan kita sedang membeli jam tangan. Ada dua utas jam tangan. Seutas diletakkan di dalam bekas yang tertutup dan nilainya lebih tinggi. Seutas lagi diletakkan terdedah begitu sahaja tanpa ditutup dan nilainya lebih murah. Katakanlah pilihan tu di tangan kalian. Yang mana satu akan kalian pilih?


Mungkin saja kalian akan pilih jam tangan yang diletakkan di dalam bekas yang tertutup walaupun nilainya lebih tinggi kerana pastinya jam tersebut mempunyai warantee serta kualiti yang lebih baik. Bukan?

Mungkin juga kalian akan pilih jam tangan yang diletakkan terdedah begitu sahaja tanpa ditutup kerana harganya lebih murah. Jika ia rosak sekalipun, kalian tak adalah rasa terkilan sangat untuk buang jam tangan tersebut sebab jam tangan tu murah dan kualitinya juga mungkin kurang baik. Make sense tak??



Tak kisahlah yang mana satu yang kalian nak pilih. Tapi itulah something yang aku cuba nak sampaikan. Aku bukan ustazah bahkan juga tidak sempurna. Aku juga tak alim. Tapi aku rasa aku punyai tanggungjawab sedikit sebanyak untuk saling nasihat-menasihati sesama kita. Aku juga pernah khilaf. Pernah mengikut nafsu, ingin kelihatan cantik di hadapan semua orang. Tapi itu semua untuk apa?? Kepuasan diri?? Kita sering fikir tentang kehidupan duniawi. Pernah tak sekilas kita  fikir tentang kehidupan kita selepas nyawa kita berpisah dari jasad kelak? Kehidupan yang kekal abadi kelak? 

image taken from Bing.com


Hijrah. Berubah. Masih belum terlambat. Allah takkan buka hati seseorang melainkan insan itu sendiri memberi peluang pada dirinya untuk berubah dan menjadi hamba yang lebih baik di jalan Allah. Pasti hidayah Allah akan menyusul. Ingat.. Allah boleh turunkan hidayahNya dalam pelbagai cara. Yakin padaNya. Terus berdoa. Istiqamah. InsyaAllah, redha dan berkat dariNya akan hadir bersama.

Frankly saying, aku harap aku dah tak perlu tengok saudari seIslamku mendedahkan sesuatu yang sepatutnya ditutup di laman sosial mahupun dalam kehidupan realiti. Kalian faham kan maksud aku? Apa salahnya kalau kita berpakaian, berkelakuan, berfikir mengikut syariat yang dituntut oleh agama kita? Allah kasih pada hambaNya yang menurut perintah sebaliknya Allah murka terhadap hambaNya yang sombong untuk mengikut apa yang telah Dia perintahkan.


Me said :
Aku tak nak perasan baik. Aku cuma nak jadi baik. Selagi aku hidup, aku harap aku dapat buat sesuatu yang dapat bawa manfaat pada orang lain agar dapat redha Allah dan ganjaran daripadaNya untuk aku bawa sebagai bekalan ke sana kelak. maafkan aku andai ada silap dan salah dengan sesiapa. Doakan aku mampu jadi hamba yang solehah di sisi Allah. terima kasih.. :')

Ayuh! kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain serta istiqamah. Ayuh!



Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, September 17, 2012

Introducing Bloggermate: Nor Farahin Hamdan


Bismillahirrahmanirrrahim.
Assalamualaikum wbt.

Beberapa hari ni agak sempat mencuri masa untuk update blog. Haha. Baidewei, hari ni aku tak nak update apa-apa cerita pasal aku. Tujuan utama entri kali ni adalah aku nak memperkenalkan satu blog yang kalian patut singgah dan baca. Pokoknya, memang patut jadi pembaca setia blog ni.

Blog Love Is Infinity
pemiliknya : Nor Farahin Hamdan

Honestly, aku memang tak kenal blogger ni. Tapi aku terjumpa blog beliau masa aku blogwalking. *seingat aku laa.. Bila aku masuk blog beliau, aku dapat rasa ada something yang istimewa tentang blog beliau. 

Antara sebabnya:

--> beliau suka tulis perkongsian islamik yang mana dapat buat aku muhasabah diri
--> blog beliau simple, tak menyerabutkan mata untuk membaca entri
--> beliau letak instrumental music yang menenenangkan hati
--> beliau rajin update blog sebab entri-entri beliau selalu muncul kat dashboard aku

Itu sebab aku suka blog beliau. Jadi, bagi bloggermates, readers yang sudi baca blog aku *kalau ada*, aku cadangkan kalian untuk ziarah baca entri perkongsian di blog beliau. InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat memperoleh sesuatu yang bermanfaat. 

Setakat ni saja entri aku hari ni.

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]








♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, September 16, 2012

Keluarga lebih penting.. :)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah... Setelah seharian tidak berada di rumah hari ni. Since pagi tadi sampailah ke petang baru balik. Pergi mana?? Haha.. Hari ni sebenarnya aku dan family ke Pasir Mas untuk majlis kawin bapak saudara aku. Pada awalnya, aku ada perancangan lain hari ni. Rancangan ke Bukit Kluang bersama classmates. Tak sedar pula hari ni pun tarikh uncle aku kawin. So, aku pilih untuk menghadiri majlis perkahwinan uncle aku atau loghat kelantan cakap nak pegi belarok. Sebut betul-betul ya!

Yaaa.. Belajar dari pengalaman. Aku wajib utamakan keluarga. So, aku dan family turun dari rumah sebelah pagi dan berkumpul kat Masjid Tanah Merah bersama sanak saudara. Then, kami konvoi ke Pasir Mas ( lokasi rumah wife uncle aku.. Maksudnya mak sedara baru aku laa.. hehe )

Family aku pergi 2 buah kereta. Kereta kakak dan kereta kawan abang. Aku naik dengan abang. The others naik kereta kakak. Then, sampai Pasir Mas, kami berkumpul kat masjid Tok Uban. Yaa. tu nama masjid tempat uncle aku nikah. *kalau aku tak silap laa.

Bersama adik..

bersama kakakku, atin. 

Ahmed's daughters with the groom.
left: atin, uncle, kakak(eldest), me!

comel bukan?? :D

Tahniah buat uncle dan aunty..
Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri. :)

nak ke rumah aunty kena lalu jambatan.
seronok ! :)

snap with my uncle.. haha.. sporting !!!
p/s : laki orang dah tu...

tangan adik buat peace..
poyo dalam keta.. :D

tak sedar gambar ini diambil.
sempat bergambar dengan uncle..
abaikan ke-childish-an aku.. :D


Itulah sedikit gambar yang aku boleh kongsikan. Ohh.. gambar abang dan kawan dia ada. Tapi, agak tidak dipersetujui untuk diletakkan di blog.. hehe.. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi buat bapa saudara dan mak saudara baruku.. Tak lama lagi, hopefully aku akan dapat sepupu baru pulaaa... hehehe...

Settle kenduri, aku dan family gerak ke Kota Bharu hantar kakak aku, Atin. On the way balik, kakak sulung aku singgah kat Ketereh. Singgah bagi sokongan kat team bola sepak Machang. Habis perlawanan, kami balik rumah. Itu jelah yang nak ditaip. haha.

Hari ni, cuti. Esok?? Tidak lagi....  Next week ada test. Sudahkah aku bersedia?? Tepuk dada tanya hati.. 

Doakan aku ! Stop sini dulu.

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Akhirnya aku berjaya sampai ke puncak ! Alhamdulillah..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


15 September 2012 : Coretan misi Menawan Puncak Hutan Lipur Bukit Bakar


Alhamdulillah, perancangan yang dirancang oleh adik-adik juniorku untuk menawan puncak Hutan Lipur Bukit Bakar hari ini berjalan dengan lancar. Syukur kerana dipermudahkan urusan oleh Yang Maha Esa. Akhirnya.... Misi untuk menawan puncak Hutan Lipur Bukit Bakar tercapai ! Fuhh. Gembira tak terkata saat melihat keindahan pemandangan dari puncak setelah berpenat lelah aku dan adik-adik mendaki.

Kami bernasib baik, sebab pendakian kami agak kurang menghadapi kesukaran. Maksud aku, jalan untuk naik ke puncak yang telah ditar, lebih memudahkan pergerakan kami. Berhenti sekejap sekejap itu biasa, untuk melepas lelah. Haha. By the way, jalan menuju ke puncak tu ditar sebab kat puncak tu ada stesen pencawang pemancar ni. Ehh. betul ke tidak aku sebut stesen tu. Nevermind lah kan. Asalkan sampai maksud tu.... hehe.

Serius, penat. Tapi, aku syukur sebab dapat uji aku punya stamina lagi sekali. Dalam tahun ni, dah 2 kali aku daki bukit. Awal tahun baru ni, aku daki Bukit Kluang. Best ! Tapi aku tak dapat tangkap gambar masa kat sana sebab masa tu kamera tak ada dengan aku. Huhu. Quite upset. Tapi memang aku tak boleh lupa bila tengok Pulau Ikan Paus (nama yang aku bagi sendiri sebab pulau tu macam bentuk ikan paus ). Wink ! Takpa, next time aku mesti bawa kamera bersama! Yeapppp...

Ohh ya. aku lupa nak cakap siapa yang aku maksudkan dengan 'kami' tu kan?? haha. Asal silahnya, ramaijunior aku nak menjoinkan diri. Tup-tup, lepas sorang-sorang ada kerja. So, last-last yang tinggal cuma aku, dan 3 orang adik-adik juniorku yang mempunyai keazaman yang tinggi. They are, adik Bella, adik Safa dan adik Lyn. Ahha ! Tak lupa the one and only, Mr Taifor Mahyiddin, Bella's dad merangkap kaunselor kami yang kami panggil ayah.Mujur ada ayah yang accompanied us mendaki tadi. By the way, serius aku tabik dengan bebudak ni. Bukan apa, semangat mereka nak tawan puncak Hutan Lipur Bukit Bakar tu. Mak aiii... Memang berkobar-kobar betul. 

Siap buat aku video kata-kata semangat lagi ! Haha.. kononnya lah.. Sebab kamera aku ada dengan mereka masa pendakian tadi.. Sempat lagi bebudak ni.. hahaha.. aduyai.. Kali ni aku nak upload video. Perhatikan video ni, aku tengah mendaki while bebudak ni tengah bercakap.  Jom usha ! :D



Walaupun jarak untuk naik ke puncak kalau dikira tak jauh sangat, lebih kurang 8 km. Tapi, bagi kami kaum hawa ni, dengan kedaan laluan yang bersimpang-siur, berbukit-bukau, itu agak menguji kami. Urmm. Bagi aku, lebih kepada ujian stamina dan ketahanan diri. Memakan masa selama lebih kurang 3 jam untuk sampai ke atas. Nak turun?? tak sempat nak kira tadi..

Dalam situasi macam ni, kecekalan dan kekentalan mental, fizikal tu yang penting. Lagi satu pastikan kesihatan kalian mengizinkan yerr untuk buat aktiviti macam ni. Aku?? Yaa. I admit yang kesihatan aku masih belum sembuh sepenuhnya, tapi aku sahut cabaran untuk uji daya ketahanan aku. Alhamdulillah, aku berjaya dengan izin Allah. 

Sedikit gambar kenangan yang sempat dicapture.. 

sebelum memulakan pendakian..


another 3700 m to go...
candid. *serius aku tak tahu siapa yang capture ni..

agak kepenatan time ni..

keadaan jalan yang boleh tahan banyak turun naiknya...


berehat sebentar bersama Yuyu Atiqa ! wink!

masih bersemangat dengan bantuan kayu sebagai sokongan untuk mendaki..
from left, Bella, Safa, Lyn

Ehemm. Atas bukit signal baik punya.. full signal okayyy !
haha..

bersemangat meneruskan pendakian.

Hahaha.. tu diaaa..
Penat ni sebenarnya.. huhu

Ayah..

Teknik memegang kayu itu diajar oleh YuyuAtiqa. hahaha

Lyn

Safa

Bella

Bella said, "Kak Iqah nampak kecik lah"..

Muka eksaited jumpa daun berbentuk hati. Serius, banyak rupanya..
Teringat kejap cerita Mohabbatien.. haha

Berehat sekejap. Berbual dengan ayah..
Tak sedar gambar ini diambil.

Lagi satu eksaited moment dapat jumpa dan pegang pokok periuk kera.
I found the small one.. 

Masih mampu tersenyum untuk meneruskan pendakian.

Jumpa lagi spesies periuk kera. yang ni warna agak kemerah-merahan.

AWAS !!! jeng jeng jeng...

Terjumpa tulisan ini " Never Give Up "..
tak tahu siapa yang mencoretkannya di sini.
Apa-apa pun, tulisan ini sangat membantu para pendaki untuk meneruskan pendakian !
Yeahhhh...
another 100 m to go.. 

Ahha ! 0 meter.. meaning? dah sampai kat atas laa.. :)
Love this picture. Actually, the background !
pokok yang menarik pandanganku!

Aku berjaya berada di puncak ! Alhamdulillah..
Indahnya menikmati pemandangan dari atas puncak.. 

We did it !!!

Capture through my samsung phone.


Perjalanan turun pulak..


Upload video memerlukan kesabaran yang tinggi ! serius aku cakap. memang aku tabik ahh dengan vloggers yang terus teguh buat video diorang. haha. Aku bukan vlogger. Jadi, video ni memang just video on the spot. Ni video yang sempat aku rakam masa kami berada di puncak. Abaikan keserabaian aku dalam video ni. Let's check it out!



Readers,

Percayalah.. Tak ada apa yang mustahil kalau kita betul-betul ada kesungguhan yang teguh untuk capai segala perkara yang kita nak dalam hidup. "Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang berusaha berubah menjadi lebih baik". Aku yakin itu ! 

Aku mohon maaf atas mana-mana kekurangan dalam entri kali ni ya. Also, the videos.. Those videos adalah kali pertama dimuat naik dalam akaun youtube aku. next time mungkin akan ada video-video lain yang menyusul? Who knows kan? Just wait and see.. :)

Wassalam.

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, September 14, 2012

Setiap nyawa pasti terhenti akhirnya..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




Selepas maghrib tadi, aku sempat online guna tab. Agak terkejut bila terbaca status sahabat karibku, Elah. Ibunya telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat. Innalillahiwainnailaihirajiun. Aku lantas mencapai telefon lalu aku dail nombor Elah untuk confirm berkenaan status tu. Dari nada suara Elah yang kedengaran sebak, aku sudah mendapat jawapannya.

Aku terus bersiap menuju ke rumah Elah. Niat di hati waktu itu moga-moga kehadiran aku sedikit sebanyak dapat beri moral support untuk Elah. Aku percaya, pastinya amat berat untuk hadapi ujian ini. Kehilangan insan yang paling dikasihi, seorang ibu yang telah melahirkan kita. Ya Allah... 

Aku turut sebak. Namun, tidakku tunjukkan di hadapan Elah kerana tak mahu Elah bertambah sebak. Aku cuba sedaya aku untuk memujuk Elah agar redha dan pasrah atas ketentuanNya. Aku cakap pada Elah, dia masih ada aku. masih ada adik beradiknya. masih ada papa. Allah lebih sayangkan arwah mama. Ikhlaskanlah pemergiaannya. Yang penting, iringilah, berikanlah hadiah buat arwah mama. tiada hadiah yang lebih indah dan berharga selain DOA

Aku hanya mampu memberikan kata-kata semangat pada Elah. Berada jauh dari mama dan papanya. Tiba-tiba mendapat berita pemergian mamanya. Tak berpeluang menatap wajah arwah buat kali yang terakhir. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Aku katakan pada Elah, aku pernah melalui detik yang sangat berat itu yang mana di saat pemergian arwah nenekku. Insan yang rapat denganku. Yang sangat aku kasihi. Arwah meninggal di saat aku tiada di sisi. Syukur, aku masih berkesempatan menatap dan mengucup wajah arwah nenek buat kali terakhir.



Ya Allah....


Kehilangan insan yang paling rapat dalam hidup kelihatan sangat memeritkan. Ya Allah. Tak mampu aku bayangkan bagaimana keadaanku bila terpaksa berpisah mati dengan insan-insan yang aku kasihi dalam hidupku. Moga-moga sebelum nyawaku diambil, aku masih berpeluang melakukan sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat untuk mereka. Sekurang-kurangnya, aku dapat membawa sedikit bekalan untuk menempuh kehidupan di alam berikutnya.

Semoga kita semua sentiasa mengingati kematian. Semoga kita semua sentiasa bersiap sedia untuk menemuinya. Sering kita dengar, "kita tahu bila tarikh kita dilahirkan. Tapi, kita tidak akan tahu bila tarikh nyawa kita akan dicabut oleh malaikat Allah". Kerana itu, kita sentiasa diingatkan untuk tidak lalai dengan kesenangan duniawi serta mengingati mati.

Ayuh muhasabah diri menjadi muslim sejati yang sentiasa bersedia menghadapi kematian kelak. 

Wallahualam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, September 13, 2012

Aku dalam generasi Y ???


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



gambar  diambil dari : Generasi Y



Pejam celik, bangun duduk, makan tidur, mundar mandir... Dah almost seminggu aku tak update entri baru. Nak kata busy dengan belajar, boleh tahan laa. Haha. Yang sebenarnya laptop takda dengan aku. Tu yang blog tak dikemaskini tu. Haha. Duk tunggu jugak laa kot kot ada ke tidak yang nak tanya kenapa aku tak update blog. Tup tup takda pun yang nak menanya. Maklumlah, blog tak pemes kan.. Aihh. Ayat hampeh betul ! haha. Sila abaikan mukaddimah kemengarutan yang tidak perlu dimasukkan di minda! haha. Cehh !

Okay. Now, apa kena mengena Yuyu Atiqa dengan Generasi Y? Ehh. kejap kejap. Generasi Y tu apa menda pulak? Haihh... pening pening.. pusing pusing.. confused confused..

Sabar...

Baru nak jelaskan ni.. Dengar dulu... Ehh tak.. baca dulu  naaa...


Macam ni... Setahu aku Generasi Y tu sebuah rancangan tv yang selalu membincangkan isu-isu terkini yang melibatkan golongan belia ni. Dah nama pun generasi Y. Y = Youth (belia). Itu pada pendapat dan pengamatan aku laa. Betul ke tidak tu kena pergi tanya penerbit tv show tu laa yer. Hehe..

Okay, dah tu.. Apa kaitannya aku dengan Generasi Y tu? Haha... Begini.. sebenarnya tak ada kaitan apa-apa pun dengan rancangan tu. Dah tu.. Tajuk entri tu bukan main lagi, "Aku dalam generasi Y ???" Haha.. itu gimik semata-mata... Wink! Actually, aku bukan penonton setia rancangan tu. Tapi, aku mula suka menonton rancangan tu since aku punya otai, Ben Ashaari jadi panel jemputan bagi rancangan tu. Setakat yang aku tengok, rancangan tu mesti akan jemput salah seorang blogger sebagai panel. 

Bila aku tonton rancangan tu, bagus jugak aku rasa. At least, apa-apa topik yang dibincangkan boleh buka minda kita. Pendapat aku, lebih baik tengok rancangan macam ni lah daripada tengok cerita-cerita yang entah apa-apa kan? Maaflah kalau ada yang tak suka dengan statement aku.

Apa-apa pun, aku memang kena ucap terima kasih lah dekat otai aku, Ben Ashaari sebab beliau lah yang perkenalkan rancangan tv tu kat aku. Hari tu, aku ada jugak tanya kat Ben. Macam mana team Gen Y tu boleh invite beliau dalam rancangan tu? Ben cakap, diorang hantar emel. Baru aku tahu. Kekadang tu, berangan jugak laa aku untuk dijemput jadi panel dalam rancangan tu. Haha. 



Ehhh.. Angan-angan itu perlu untuk memotivasikan diri ! Please take noted! Haha



Tak mustahil suatu hari nanti aku dapat peluang tu.. Kan?? Haaa. Tu diaa. Kalian duk tengok apa yang aku taip je. Kalian belum lagi tengok aku bercakap. Aku berdiskusi. Mesti kalian tak percaya yang aku ni agak talkative orangnya. Tak percaya?? Cuba pergi tanya Ben Ashaari. Tak pun, pergi tanya bloggers yang pernah jumpa dengan aku.. Apa mereka jawab nanti.. Hahaha...

Tu diaa.. melalut entah ke laut mana dah ni.. Sebelum aku melalut jauh nun sampai ke China, lebih baik aku stop menaip kat sini. For those yang baca entri aku ni, terima kasih aku ucapkan. 

P/s : 

kalau kalian perasan, dah beberapa entri YuyuAtiqa, perkataan "aku" digunakan sebagai kata ganti nama. Hopefully, kalian tak kisah sebab I'm quite comfortable using that word in my entry.. 

Okay. cukup sampai sini.
Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuATiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, September 7, 2012

Majlis Hari Raya bersama PM di Machang, Kelantan.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Majlis bersama PM semalam disambut meriah oleh rakyat daerah Machang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Masing-masing jalankan tugas dengan baik sepanjang persiapan untuk majlis ini. Aku incharge untuk 2 benda. First, terlibat dengan pengagihan belon untuk kanak-kanak. Second, tolong mak aku kat gerai beliau menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir.

Penat? Tipu lah kalau aku cakap tak penat kan? Serius, memang penat tapi berbaloi la. Bukan selalu PM datang sini kan. Seronok bila melihat sambutan rakyat Machang menerimaan kehadiran pemimpin negara ke daerah kami. 

Aku? Sudah tentulah gembira. Bukan senang nak tengok pemimpin negara depan mata. Disebabkan ramai sangat lautan manusia, aku cuma dapat capture gambar PM dari jauh. 

Apa-apa pun, terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung  dalam bertungkus lumus menjayakan majlis mari raya bersama PM. 

banner majlis

aku sebagai petugas pengagihan belon.
berada dalam ribuan lautan belon. :)

berposing bersama rakan, Anis sewaktu bertugas mengagihkan belon.

sempat mencelah untuk bergambar di hadapan pintu gerbang. :)

lautan manusia.. 

capture gambar PM dari jauh. :)

Sabtu, program sambutan hari raya di sekolah pula. Penat? Tak payah cakap laa kan? Okay dah. Cukup entri kali ini. Tak larat nak menaip. Jumpa lagi.

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥