Saturday, December 29, 2012

Kami Ceria Bila Bersama..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Semalam texting dengan umi. Umi ajak datang sekolah. Sebab rindu umi, aku pun decide untuk pergi. Umi cakap tak payah pergi pagi-pagi sangat pun tak apa. Dalam pukul 10 pun boleh. So, lepas buat itu dan ini, aku turun dari rumah lebih kurang pukul 10.45 pagi. Haha. Tu diaa.

Sampai sekolah, aku terus ke bilik kaunseling. Tempat yang sangat aku rindu. Haha. Masuk je, nampak adik-adik junior prs. Tanya diorang, umi pergi mana. Diorang cakap umi ada kat dewan. Aku pun turun lah balik ke dewan. Aikk. Tak ada sorang pun kat dewan. Call umi, umi cakap umi ada kat here and there. Umi suruh aku tunggu kat bilik kaunseling je. Nanti umi naik. Aku pun naiklah semula kat bilik kaunseling. Huhu..

Tunggu punya tunggu, seorang masuk, aku nampak Aliff. Lagi seorang masuk, aku nampak Anis. Seorang lagi masuk, aku nampak Fawwaz. Aihh.. Ni mana umi ni... Last-last, muncul jugak umi dengan bonda. Haha. Aku dengan excited ke arah umi, salam, cium tangan, cium pipi, peluk umi bagai.. Cehh. macam lah bertahun-tahun tak jumpa.. Haha. Sooooo emotional..

Tengok jam, lebih kurang pukul 2.00 petang. Alamak! Dah terlewat lunch laa.. After umi solat zohor, kami ke medan selera untuk lunch. Wait a minute! Kami?? Siapa? Haha.. Aku, umi, bonda dan Abby. Aku order nasi goreng patayya atas pendapat dan saranan umi dan salah satu minuman kegemaran aku, bandung laici. Alhamdulillah, kenyang perut...

Haha.. Bila bersama dengan insan-insan yang selalu buat kita ceria bila di sisi mereka, masa yang lama pun dirasakan singkat. Ya rabbi.. Aku syukur kerana dikurniakan mereka di sekelilingku. Terima kasih Tuhan.


Muka eksaited yang amat sebab kekenyangan sudah! haha

Nasi goreng patayya.. 

Ohhh my feveret bandung laici...

My umi sayang....

Abby dan bonda.. 


Me love them ! Hargai insan di sekeliling kita. Tika mereka mengukirkan senyuman di wajah kita, kita pula perlu mewujudkan kasih sayang yang membahagiakan di hati mereka..

"Kami ceria bila bersama......"


Jazakallahukhairan..

Wassalam.


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, December 25, 2012

Mencari Kemudahan dan Berbuat Kebodohan. Jauh Berbeza!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Dalam hidup kita ni, kalau boleh mesti kita nak dapatkan sesuatu dengan cara yang mudah kan? Seperti yang kita sendiri dapat lihat, ramai hamba Allah yang inginkan sesuatu yang baik dalam hidupnya tetapi malas untuk melalui jalan-jalan yang boleh membawa mereka untuk mencapai tujuan yang diingini. Kemalasan itulah sebenarnya yang menjadikan sesuatu perkara yang mudah itu bertukar menjadi susah. Berpunca daripada siapa? Sikap manusia itu sendiri.


cc : WeHeartIt


Waktu aku di Kolumpo hari tu, aku sempat beli sebuah buku tarbiah rohani, tajuknya "Mudahkan Jangan Susahkan" ditulis oleh Syed Alwi Alatas. Ada sebuah kisah dalam buku tersebut yang aku nak kongsikan di sini. Kisah ini berkaitan dengan tajuk entri aku kali ni. Kisah tentang seorang lelaki bernama Nasruddin Hoja. Mungkin kalian sudah pernah mendengar kisah-kisahnya. Banyak pengajaran dan teladan yang boleh kita ambil.


     Pada suatu hari Nasruddin Hoja kelihatan sibuk mencari-cari sesuatu di atas permukaan tanah di luar sebuah bangunan. Lama dia mencari, tetapi tidak jua menemui apa yang dicarinya itu.

     Lantas ada seorang hamba Allah yang lalu di situ simpati melihatkan Nasruddin tercari-cari akan sesuatu seorang diri. Maka, hamba Allah tersebut berhajat untuk membantu Nasruddin melakukan pencarian.

     "Wahai Nasruddin, apa yang sedang kamu cari?" tanya lelaki tersebut. 

     "Ohh. Saya sedang mencari cincin saya yang telah tercicir. " jawab Nasruddin sambil terus mencari cincinnya di atas tanah itu.

     "Baiklah, biar saya bantu kamu mencarinya," kata lelaki budiman tersebut.

     Maka, kedua-duanya pun mencari cincin tersebut dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu, setelah sekian lama mencari, tapi tetap tidak berjaya ditemui. Lalu, lelaki tersebut sekali lagi bertanya kepada Nasruddin.

     "Wahai Nasruddin, di kawasan manakah sebenarnya tempat cincin kamu itu jatuh dan tercicir?"

     "Sebenarnya, cincin saya tercicir di dalam bangunan itu." jawab Nasruddin Hoja sambil menunjuk ke arah bangunan di sebelah tanah lapang tersebut.

     Lelaki yang membantunya itu terkejut mendengarkan jawapan Nasruddin Hoja lantas bertanya, "Kalau cincin itu tercicir di dalam sana, mengapa kamu mencarinya di luar sini?"

     Nasruddin memandang lelaki tersebut dengan reaksi wajah yang serius lalu berkata, "sebab lebih mudah mencarinya di luar sini. Ianya terang kerana disinari cahaya matahari. Di dalam sana gelap dan kelam, saya tidak boleh melihat apa-apa."

    Lelaki tersebut tergamam.. "????!!!???"

- dipetik dari 
"Mudahkan Jangan Susahkan"
ditulis oleh Syed Alwi Alatas 


Apa yang readers dapat setelah membaca kisah di atas? Pastinya kita rasa geram terhadap kedunguan Nasruddin Hoja kan? Dia ingin melakukan sesuatu yang mudah, tetapi sebenarnya tindakannya itu adalah sesuatu yang sangat bodoh. Mana mungkin dia akan mendapatkan apa yang diinginkan dengan cara yang begitu.


cc : WeHeartIt


Begitu juga dengan kita. Sekiranya kita ingin meraih sesuatu, maka kita perlu menempuhi laluan yang betul kerana itu adalah jalan yang sesuai walaupun mungkin kita akan menghadapi sedikit kesukaran dan cabaran sebelum berjaya mendapatkannya.

Tidak salah untuk mencari kemudahan, malah ianya sesuatu yang sangat digalakkan. Tetapi, carilah pada tempat yang betul kerana pastinya, apa yang dicari akan menjadi lebih mudah untuk ditemui.

Okaylah. Aku harap kalian akan dapat sedikit sebanyak manfaat daripada entri perkongsian kali ini. Sebelum aku mengakhiri entri kali ni, JOM kita renung-renung kata-kata hikmah di bawah.


"Jika kemudahan tidak dicari pada tempatnya, maka kesusahan dan kepayahanlah yang akan diperolehi."

- Syed Alwi Alatas -


Cukup sampai di sini dahulu. InsyaAllah, kita jumpa lagi dalam entri akan datang.

Jazakallahukhairan.

Wassalam.







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, December 18, 2012

Berdiri Berteman Awan dan Bangunan Pencakar Langit..



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Dah 6 hari aku tak update entri baru. Agak-agak ada tak readers yang tertunggu-tunggu nak baca entri aku? Ermm.. tak kisahlah.. Alhamdulillah, dah 5 hari aku ada kat Kolumpo (Kuala Lumpur). Hari ni, masih ada kat rumah mak su aku di Kyoto Garden Condo, Bukit Antarabangsa. Rumah mak su aku kat tingkat yang paling atas. Sebab tu lah aku buat tajuk entri ni, "Berdiri Berteman Awan dan Bangunan Pencakar Langit."

Kalau kalian perasan, beberapa entri aku kebelakangan ni semuanya tentang diri aku. Kehidupan aku. Kalau readers yang selalu 'usha' (tengok) blog aku sebab suka baca entri perkongsian ilmu mesti bosan dan malas nak masuk blog aku sebab aku duk post entri pasal diri aku je. Kan?? Aku minta maaf banyak-banyak ya.. Bukan apa, aku ni malas nak tulis dalam diari. Kalau kat depan laptop, rajin lah sikit nak menaip alang-alang mengonline kan diri melayan twitter, facebook dan article-article kat internet. InsyaAllah, lain entri aku akan cuba tulis entri perkongsian tentang perkara yang boleh buka minda sikit. InsyaAllah.. mudah-mudahan ada idea nanti.. Kalian sabar ya..

Ohh ya! Aku ingat nak kongsi pengalaman aku masa dalam perjalanan aku datang ke Kolumpo ni. Dalam entri lepas Appointment Ohh Appointment... aku ada cakap yang aku datang Kolumpo tumpang kereta sepupu aku dengan husband dia kan? Haa.. At first, aku dimaklumkan yang sepupu aku akan datang ambil aku kat rumah lepas zohor lebih kurang dalam pukul 3 petang macam tu. So, aku ready laa. Bila tunggu punya tunggu, dah nak pukul 4 petang dah, sepupu aku belum datang lagi.. Aku pun try text dia tanya dah on the way ke rumah aku ke belum.. Then, sepupu aku reply yang husband dia belum balik kerja lagi.. Dia cakap, bila dah gerak nanti, dia text aku.. Tup.. tup... azan asar berkumandang. Aku pun ambik wuduk then solat asar.. Lepas asar, sepupu aku text cakap dalam perjalanan nak ambil aku. Sampai rumah aku, sepupu aku dan husband dia berbual kejap dengan parents aku then kami gerak ke Kolumpo.. Haha.. Plan lepas zohor, tengok-tengok lepas asar jugak dapat jalan. Haha. Ada sebab laa tu kan? Positif. :D

Kami stop kat R&R Gua Musang untuk solat Maghrib dijamak qasar terus dengan isyak. Maklum laa, musafir laa katakan.. Tak ramai macam selalu kat R&R Gua Musang time tu. Kat surau agak penuh sebab orang berhenti solat. Tapi, kat food court tak ramai sangat. Lepas solat dan beli makanan dan minuman sikit untuk makan dalam kereta, kami sambung perjalanan. Dah sampai pada moment yang aku nak ceritakan ni.... Dalam pukul 11 malam lebih, kami lalu kat Bukit 7 which is salah satu lokasi yang agak tidak sesuai untuk dilalui pada waktu malam. Sebab kat situ jalan berbukit, dan kiri-kanan tu hutan dan gaung. Baru je kereta mula mendaki, tiba-tiba aku,sepupu aku dan husband dia hidu sesuatu yang hangit. At the same time, bonet depan kereta berasap. Betul-betul masa kami berada kat atas bukit 7 tu. So, husband sepupu aku hentikan kereta kat tepi jalan sambil buka lampu emergency.




Hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tu.. Agak cuak. Siapa yang tak cuak kalau kereta tiba-tiba buat hal kat kawasan bukit pada waktu yang hampir tengah malam dah.. Kereta dan lori pun jarang lalu waktu tu.. Kebetulan ada sebuah kereta kat depan kami pun hentikan kereta diorang jugak sebab alami masalah yang sama. Kereta diorang ada masalah jugak. Serius, aku agak seram laa time tu. Sebab kiri-kanan jalan tu hutan, lepas tu gelap lagi.. Mana tak risau.. Tapi, aku tak berhenti baca ayat-ayat suci yang mana terlintas di minda time tu.. Tu salah satu cara untuk tenangkan diri.. Aku yakin, ada hikmah Allah izinkan kejadian tu berlaku ketika tu. Bila aku amati sekeliling tempat aku lantas aku teringat yang mak mertua kakak aku pun pernah hadapi situasi yang lebih kurang sama dan pada lokasi yang sama tahun lepas! Ya Allah.. Masa tu tak dinafikan, ada terlintas lah jugak, adakah tempat ni 'keras'?? Aku istighfar banyak-banyak dan tenangkan diri.. aku call ayah untuk inform pasal kereta hangit dan berasap tu.. Then, ayah suruh gerak slow-slow sebab kat depan sana ada stesen minyak petronas then ayah suruh stop kat situ check balik keadaan kereta.

So, kami ikut apa yang ayah cakap.. Kami gerak slow-slow sampai lah jumpa stesen petronas tu. Alhamdulillah.. lega sikit.. Sampai kat situ, kawan kakak aku yang tinggal kat area tu call aku. Dia tanya macam mana keadaan kereta and so on. Siap nak hantar mekanik lagi.. Aku tanya husband sepupu aku.. Dia cakap, tak perlu lagi kot buat masa ni. Nak coolkan kereta tu je dulu. Nak kasi enjin sejuk. Dia bagitau aku, "Hebatlah pok ngoh (ayah aku) .. Mana-mana pun ada kabel.. Sampai kat sini pun boleh mintak tolong.." aku tersenyum.. Alhamdulillah.. Itu lah pentingnya kita jalinkan silaturrahim sesama manusia.. walau di mana pun kita berada, InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita kelak.. Kami stop kat stesen petronas tu hampir sejam jugak. Dengan lafaz bismillah dan doa, kami sambung perjalanan tanpa pasang air-cond sampai lah ke Kolumpo. Dalam perjalanan, dengan disapa angin malam yang sangat dingin, aku akhirnya terlelap. Sampai je area berdekatan rumah sepupu aku, kami singgah makan sebab perut lapar.. hehe.. Waktu tu lebih kurang pukul 2.30 pagi.. Aku pesan nasi goreng paprik dengan sirap bandung.. What??? Masih makan pagi-pagi buta cenggitu? Haha.. Ada aku kesah.?? Makan tetap makan.. Perut perlu diisi.. Kan?? Hehe



Alhamdulillah.. Finally arrived safely kat rumah sepupu aku. Keesokan paginya, they sent me here at Bukit Antarabangsa, rumah mak su aku.. Tujuan entri aku kali ni untuk share situasi yang berlaku masa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur..

Bila fikir-fikir balik, aku rasa bersyukur sebab Allah selalu berikan ujian yang berbeza pada aku.. Dengan kasih sayang Allah, aku rasakan yang aku semakin kuat dan matang untuk hadapi satu-persatu cabaran dalam hidup.. Terima kasih Tuhan.. kerana telah berikan aku peluang untuk lalui pelbagai pengalaman yang mematangkan diri dan menjadikan aku hambaMu yang cekal. syukur, Alhamdulillah..

Okaylah, sahabat. Dah panjang aku menulis.. Nak melayan anak sedara aku pulak. Terima kasih sebab luangkan masa untuk baca entri dalam blog aku yang serba kurang ni.. Moga sikit sebanyak ada pengajaran dan teladan yang boleh diambil. InsyaAllah..

Jazakallahukhairan..

Wassalam..

Loves,
Aku.
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, December 12, 2012

Appointment Ohh Appointment...


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni bertarikh 12/12/2012. Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu tarikh ni kan? heee. Dalam kepala aku sekarang, mesti ramai orang kawin hari ni. Aku pun ada juga peristiwa yang mampu dirakam pada tarikh ni. Guess what? Hari ni hari appointment aku kat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Macam haritu jugak, pepagi lagi dah bertolak ke Kota Bharu. Sampai-sampai je, cun kaunter belum buka. Tapi, manusia yang duk menunggu kaunter buka dah ramai dah. Masa aku sampai tu, ada lah dalam 2o orang lebih yang dah ada kat depan kaunter. Hari ni, ramai patient yang ada appointment terdiri daripada warga emas dan makcik-makcik serta pakcik-pakcik yang sebaya mak ayah aku. Mula laa aku rasa segan nak beratur depan mereka. Yelah kan, aku masih muda belia, tenaga pun ada. Tak sampai hati betul nak biar makcik pakcik tu beratur panjang kat belakang.

Nak sedapkan hati, aku call umi. Inilah kelemahan orang yang empati tinggi ni.. Cehh.. hehe.. Aku bagitau umi apa yang aku rasa time tu. Umi cakap, buat masa dan ketika itu, rasa kesian kat makcik pakcik tu memang perlu. Hormat pun tetap kena hormat. Tapi, aku kena kesiankan mak dulu. Kesian mak yang duk menunggu aku nanti. Dari aku beratur sampailah aku jumpa doktor... Haa. Lama tuuuu ! Berjam-jam.. Sampai tertidur mak.. huhu.. Kesian..

Untuk appointment hari ni, aku dapat 3 nombor giliran. Satu nombor, untuk ke kaunter. Bila ke kaunter, dapat nombor jumpa doktor pulak. Dah jumpa doktor, ingatkan dah dapat balik. Tengok-tengok kena check darah lagi sekali. Nak tak nak, terpaksa lah beratur ambil nombor giliran untuk ambil ujian darah pulak. Tu diaaa... Banyak sangat proses nya yerr.. haha..

Okay, jom beralih kepada perkembangan keadaan kesihatan aku. Tunggu punya tunggu, akhirnya giliran aku sampai. Aku masuk bilik nombor 10. Fuhh.. doktor perempuan... nasib baik! Bukan apa, kalau doktor lelaki, segan woooo... Check punya check, doktor cakap darah okay. Cuma macam biasalah kan, darah rendah.. X-ray punya result pun okay.. Cuma.... (Ahhh.. bila doktor tu sebut cenggitu, aku dah cuak dah.. dalam kepala time tu, apa pulak penyakit aku ni... ) Then, doktor sambung cakap.. Cuma ada satu bahagian dalam hati aku ada masalah sikit. bahagian lain okay, cuma bahagian tu je yang bermasalah.. Nak tak nak, doktor buat lagi satu appointment untuk aku dalam masa 2 minggu lagi. 26/12/2012 tarikhnya.. Hmm.. alamaknya tak berlama sangatlaaa aku kat Kolumpo.. kena balik kelantan sebelum 26 haribulan sebab ada appointment tu.. Takpe-takpe.. Kesihatan perlu diutamakan! Yesss!

Kesimpulannya, insyaAllah aku makin beransur pulih..Belum sembuh sepenuhnya. Jadi, kena jaga makan minum. Moga-moga next appointment nanti, everything is gonna be fine.. Ameen. Hopefully.. Ohh ya, esok InsyaAllah aku bertolak ke Kolumpo. Tumpang kereta sepupu aku. Alhamdulillah.. Rindu Zara.. Rindu adik aku, Asma Laili.. Rindu kakakku, Amira.. Rindu saudara-mara aku kat sana. Tak lupa, rindu my dear friends.. Farisya Syamin,Anwar,Imran,Iskandar.. Hopefully, dapat jumpa diorang masa kat sana nanti..  Time for ziarah and relaxation!!! hehe..


Nombor giliran untuk kaunter..

Nombor giliran untuk masuk jumpa doktor..

Nombor giliran untuk ambil darah..

Okay, aku stop sini dulu untuk perkembangan terkini aku.. Cehh.. macam laa ada orang nak ambil tahu.. haha.. Lantak lah.. Till we meet again..

Jazakallahukhairan.

Wassalam.

Loves,
Me.
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, November 28, 2012

Andai ini kehendak Allah, aku redha..


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni, 28 November 2012. Pagi-pagi lagi aku,mak,nenek didrive oleh kakak aku,Atin bertolak ke Hospital Universiti Sains Malaysia  (HUSM) ,Kubang Kerian, Kota Bharu. Sakit aku masih belum baik lagi. Ubat yang doktor Hospital Machang bekalkan dah habis. Jadi, mak decide nak bawak aku ke HUSM untuk jumpa pakar sebab kebanyakkan pakar ada di HUSM. Aku ikut apa yang mak mintak. Honestly, dah tak sampai hati nak susahkan mak dan keluarga aku. Almost sebulan sakit. Dah 2 kali ke klinik swasta. Habis ubat, ke Hospital Machang ( HOSMAC ) pulak. Check itu dan ini, bila X-ray doktor cakap ada kuman dalam paru-paru aku. Then, aku dimasukkan ke wad. Lepas 3 hari dalam wad, doktor benarkan pulang sambil bekalkan aku dengan antibiotik. Habis antibiotik, sakit aku masih belum baik.

Almost sebulan aku tak dapat tidur dengan lena. Selalu sakit. Sebak hati bila mak pun turut sama tak lena tidur sebab jaga aku. Terharu bercampur sedih sebab aku dah banyak susahkan mak. Lagi aku pilu bila tengok mak bersungguh-sungguh ikhtiar untuk sembuhkan aku. Di depan aku, memang muka mak nampak tenang. Aku tahu, mak cuba berlagak tenang supaya aku turut sama bertenang dan sabar hadapi ujian ni. Tapi, dalam hati mak, hanya Allah saja yang tahu.

6.15 pagi, aku turun dari rumah. Sampai di HUSM pukul 7 setengah pagi. Disebabkan baru pertama kali ke sana, aku confused ke mana sepatutnya kami tuju. Jadi, kami tunggu di Unit Klinik Rawatan Keluarga (KRK) if I'm not mistaken nama unit tu. Thanked Allah, mak tergerak hati nak call mak long then mak long said kami tak patut tunggu kat situ. Tempat tu hanya untuk orang yang dah ada temu janji. Mak long suruh ke Unit Kecemasan. Nasib baik.... Kalau tak... berjam-jam laaaa tunggu kat situ.

So, we went to Unit Kecemasan. Aku daftar dan petugas kaunter tu bagi kad rawatan. Aku ke kaunter saringan sebelum masuk jumpa doktor. Then, lepas beberapa lama tunggu, tiba-tiba ada announcement, "Nurul Atiqah Ahmed, sila masuk.. " Alhamdulillah, giliran aku tiba. Aku masuk dan dipertemukan dengan doktor yang sangat peramah dan comel. Manis namanya. Dr. Anis Dhuha. Lama jugak aku kena check. Dr. Anis check kawasan yang aku sakit. Other than that, Ujian darah.. Urine test.. X-ray.. ECG ( check jantung ).. Resultnya, doktor akan beritahu masa appointment pada 12 hb nanti..




Sahabat...
Percayalah.. Allah datangkan ujian berserta hikmah yang sangat bernilai. Allah menguji aku dengan menarik nikmat sihat yang telah Dia pinjamkan pada aku. Aku yakin.. Ada sesuatu yang baik untukku kelak. Aku redha hadapi ujian ini. Dan aku tetap akan terus berdoa agar Allah berikan aku kekuatan untuk hadapinya. Pesan umi tetapku ingat. " Allah uji kita sebab Dia sayang kita.. "

Jujur, hampir sebulan ni, aku mudah sensitif. Mudah menitiskan airmata. Aku perlu terus POSITIF. Ramai yang merindui telatahku. Sejak sakit, aku perasan yang aku jadi agak pendiam. Agak kurang bercakap. Terkadang aku bermonolog sendirian, "I am not being myself lately...." Yet, yakin dalam hati.. ada hikmah di sebalik semua ni..

Sahabat, doakan moga semuanya akan baik-baik saja.. Aku perlukan doa kalian sekarang..

Ya Allah,
Andai usiaku masih panjang, moga aku memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
Andai ajalku makin hampir, matikanlah aku dalam iman.
Moga Engkau mengampunkan hambaMu yang serba lemah ini.
La Ilaha Illallah.. Muhammad Rasulullah..
KalimahMu yang teragung..
Moga lidahku lancar melafazkannya kelak...

Terima kasih sahabat sekalian..
Aku sayang kalian kerana Allah..

Jazakallahukhairan.

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, November 26, 2012

dapat sentuh kejap pun jadi laa.. lepas rindu!


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Aku tak berapa sihat. Almost sebulan. baru lepas discharge dari hospital. Banyak yang nak ditaip. Nak diceritakan. Cuma, ketika dan saat ini, masih belum mengizinkan. Moga aku cepat sembuh sepenuhnya. Terima kasih pada rakan-rakan yang tak putus-putus bagi kata semangat. terima kasih tak terhingga pada umi yang sentiasa beri nasihat dan support. A special thanks to mak yang banyak berkorban untuk aku. Menjaga aku sepanjang aku dalam wad. Ujian Allah kali ni menyedarkan aku tentang banyak perkara.

macam aku cakap tadi, banyak yang nak diceritakan. tapi biarlah perlahan-lahan. Aku tak boleh stay lama depan laptop buat masa ni. Kesihatan aku belum pulih sepenuhnya. Serius, aku rindu twitter dan blog. erkk. facebook? boleh tahan rindu jugak. sikit laa.

last but not least, thanks to my special doctor in Sabah. Beliau merawat aku melalui sms. Aikk? boleh ke? haha. apa pasal tak boleh?? Beliau bertugas di Queen Elizabeth Hospital. Banyak info yang aku tahu dari beliau. Aku ceritakan pada mak. haha. Mak senyum ja. Okay, enough. Kawan aku cakap nak datang ziarah.

Rindu laptop. Rindu tweet Hami Asraff. Rindu banyak moment depan laptop. aduyai. Sakit-sakit pun sempat lagi. apa laa.. sahabat, doakan aku cepat sembuh ya! Syukran..

Apa-apa hal, contact phone aku. takda nombor? nasib laa. aku akan jarang depan laptop untuk online dan check emel. Kalau phone, akan selalu ada dengan aku. Taklah bosan sangat. Selain tengok tv, aku baca buku. tak baca buku, aku tengok tv.. tak buat dua benda tu, dengar zikir dan kalam suci Allah pun bagus jugak. hehe.

Cukup. Aku kena stop. Once again, doakan aku..

Jazakallahukhairan.

Salam rindu untuk kalian pembaca blog aku.

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, November 15, 2012

Sihat sebelum sakit.


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

kalau ayah aku tahu aku bukak laptop ni konpem kecoh satu rumah. Kenapa ayah aku marah sangat kalau aku bukak laptop? Haha. Sebab semalam aku 'selokkk' atau dalam bahasa sopannya 'tak sedarkan diri' kat dalam bilik sorang-sorang depan pintu tandas pukul 1.15 a.m lebih kurang. Ayah aku still anggap aku jadi begitu gara-gara mengadap laptop. haha.

Disebabkan aku jatuh pitam dan tertangkap oleh mak aku semalam, so aku dibawa ke wad kecemasan. Haha. Setelah 7 malam berturut-turut simptom yang sama menyerang tiap-tiap malam. Semalam baru 'brigakkkkkkkk' dengan mak. *padan dengan muka aku*

Sampai kat HOSMAC yang perkhidmatannya SANGAATTTTTTLAH FIRST CLASS (sila baca maksud antonimnya ya!) setelah setengah jam aku terlantar kat situ barulah seorang makhluk Allah bergelar Medical Assistant ni datang tanya aku sakit apa. Ingatkan nak datang check aku yang tengah sakit time tu, rupanya tu berleter pulakkk. Dia cakap, kenapa datang waktu macam ni.. Orang, kalau dah sakit macam ni kena datang siang hari.. Oiiii Encik M.A! Dah aku kena serangan time tu, sebab tu lah aku datang time tu. Tak ke ngekkkk pertanyaan kau tu ! Oppss. sorry, terEMO sikit. Lagipun, dah nama pun wad kecemasan. Konpem untuk patient yang sedang dalam kecemasan. Haihh. Semalam, nasib baik aku sakit. kalau tidak memang serius kena Encik M.A tu dengan aku! Dia tak kenal lagi aku ni macam mana time aku sihat.. Serius, kesabaran teruji!

Lama jugak aku kat HOSMAC. Nak dekat 4 pagi baru balik rumah. Kena masuk air satu botol. Sakit woooo ! Thanks tu mak and abang yang temankan aku. ayah pun.. I love them !

Muka pukul 3 pagi.

sakit woooo !

mak urut kaki aku yang kejang.

kesian mak and abang. 
haha. yang ni sebab aku bergerak pergi tandas; tetiba tengok ada darah.
terus tak jadi nak buang air. aduyaiii...

peace ! Hargailah nikmat sihat yang Allah bagi...

kesian mak.. ngantuk sebab jaga aku.. :'(

Salam maal hijrah untuk kalian.

Jazakallahukhairan.

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, November 11, 2012

Why We Always Want What Others Have?


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Terfikir pasal tajuk ni masa tengah drive balik rumah tadi. 'Why We Always Want What Others Have' eh?? Hmm. I didn't say that all of the people like that but in the majority, the answer is YES ! Kan? Even myself. Aku sendiri pun kadang-kadang pernah terfikir dan rasa macam tu. Teringin untuk memiliki apa yang orang lain miliki. Huhh. Astaghfirullah hal azim..

What I'm going to say is.. Kita ni selalu tak puas hati dengan hidup kita kan? In other words, 'susahnya nak bersyukur dengan apa yang kita dah ada'. Kehidupan kita ni suatu realiti. Kita manusia biasa. Ujian datang bertimpa-timpa. Even, Rasulullah s.a.w sendiri pun diuji dengan seribu satu dugaan dalam dakwah baginda. Tetapi, baginda tak pernah mengeluh. Baginda tak pernah melatah. Apa yang baginda lakukan? Baginda sentiasa tak putus harapan dalam memohon pertolongan Allah s.w.t. Tuhan yang Maha Berkuasa, penentu segalanya.

Kata nak contohi Rasulullah kan? Jadi, apa kata kita sama-sama latih diri kita untuk mencontohi baginda bermula dari meletakkan rasa syukur atas setiap yang Allah berikan pada kita dan meningkatkan kesabaran atas setiap ujian yang Allah timpakan pada kita. Kan setiap ujian disertakan hikmah yang bermakna? Hehe. Bosan eh aku selalu guna ayat tu? Maaf ya kalau bosan, tapi itulah hakikatnya. Aku cakap macam tu sebab aku pernah berada dalam situasi macam tu.




Jom cuba jadi muslim yang terbaik untuk mendamba kasih Rasulullah dan redha Allah dunia akhirat. Moga kita tergolong dalam golongan yang dapat memasuki Jannah Allah kelak. ameen ya rabb.

Jazakallahukhairan.

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, November 10, 2012

Jalan Penyelesaian Masalah Bukan Cuma Satu..


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.


semalam aku ada bertanya pada ummi, adakah bersemuka adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah?

Tak lama lepas tu ummi jawab,

setiap masalah ada penyelesaian, setiap penyelesaian ada tindakan, setiap tindakan ada risiko jadi kena timbang-timbanglah (bersedia) dengan risiko yang bakal dihadapi. Jika diyakini dengan cara bersemuka, risiko yang bakal diterima lebih banyak ke arah positif, maka itu adalah cara yang terbaik. Bukan dengan melalui orang ketiga.  Jika sebaliknya, lebih baik cari jalan lain. InsyaAllah, pasti ketemu cara yang terbaik yang diredhaiNya.




Aku tersenyum puas dengan respon yang ummi berikan.

Benar. Allah itu Maha Hebat. Dia datangkan kita pelbagai ujian. Dan Dia juga berikan kita pelbagai jalan untuk dilalui bagi menghadapi ujian tersebut. Dia berikan kita akal fikiran yang membezakan kita dengan makhluk ciptaanNya yang lain. Akal fikiran untuk kita memikirkan solusi yang sepatutnya dipilih yang membawa impak postif pada diri kita kelak.

Aku yakin. Setiap ujianNya hadir bersama sebuah hikmah yang takkan pernah disangka. takkan pernah diduga. Dan aku juga yakin, itu adalah sesuatu yang terbaik telah Dia tentukan untuk hambaNya.

aku yakin. sangat yakin.


Syukur, ya Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah s.a.w.

Jazakallahukhairan.

Wassalam.
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, November 4, 2012

Tuhan... Jadikan Aku Kuat..

Bismillah..

Dalam entri sebelum ni aku ada katakan yang aku mungkin tak akan update blog sehingga aku selesai exam. Aku benar-benar maksudkan sedemikian. Tapi, waktu ni... menaip adalah cara yang aku dapat lakukan untuk mengumpul kekuatan. yaa.. kumpul kekuatan. Kalau tak, mungkin aku tak boleh nak fokus untuk telaah buku Pengajian Am kejap lagi sebelum masuk dewan exam esok.  5 November 2012 (esok), hari pertama exam aku. paper Pengajian Am. InsyaAllah, aku bersedia.

Kenapa aku menulis malam ni? honestly, sebab aku rasa nak nangis. oh bukan. memang dah nangis dah pun. Tapi, dalam tangisan ni aku masih mampu tersenyum dan jari-jariku masih mampu mengorak langkah menekan satu persatu huruf di papankunci. Ya Tuhan... ampuni hambaMu yang serba lemah ini..
Engkau dah jadikan aku kuat, tapi aku masih mengadu dan memohon padaMu untuk jadikan aku lebih kuat.. Ya Tuhan.... aku bersyukur padaMu kerana berikan aku kecekalan yang sebegini hebat untuk hadapi satu persatu ujianMu terhadapku..

Meluahkan segala yang menyesakkan dada... Itu sering aku lakukan terutama setelah selesai solat. mengadu pada Yang Maha Esa.. setiap masa dan ketika.. Bilamana tak dapat berbuat demikian, aku masih juga meluahkan.. meluahkan melalui taipan yang ditulis mengikut kata hati dan gerak jari.

Waktu-waktu begini.. ada sesuatu yang mengusutkan mindaku.. Berdepan dengan tekanan untuk hadapi exam? kalau yang itu, tak dinafikan memang ada, sedikit. Tapi, ada perkara lain yang berlegar di ruang fikiranku sekarang.. walaupun perkara yang remeh.. kadangkala boleh membuatkan segala gerak kerja tergendala.

Perasaan kini bercampur baur.. Keliru.. Terkilan terutamanya.. Terkilan dengan segelintir individu yang benar-benar aku sayangi. benar-benar aku anggap sahabat sejati. Namun, benarlah telahan dan ingatan orang tua-tua. Jangan diikutkan rentak orang yang kita anggap sangat mampu dipercayai kalau belum benar-benar mengenalinya. kadang-kadang orang sebegini yang 'makan dalam'.. Aku ni tipikal orang yang SANGAT TAK SUKA fikir negatif. walaupun orang tak suka aku, orang nak jatuhkan aku.. aku tetap fikir positif. mungkin tu kelemahan aku laa kot. sebab tu orang selalu nak 'pijak kepala'.. ambik kesempatan saja...

Ya Tuhan... Terima kasih kerana jadikan aku sebagai seorang insan sebagaimana aku hari ini.. Aku bersyukur padaMu Ya Allah.. sekurang-kurangnya, hati aku tak diselaputi dengan amarah,dendam,kebencian terhadap insan-insan yang telah melukai aku..

Sebentar tadi, berhubung dengan ummi melalui telefon, meluahkan sedikit rasa terkilan tentang perkara tersebut. Ummi sempat berikan nasihat.. Waktu call, ummi sedang bersiap nak ke klinik. Kesian ummi.. ummi,abi dan anak-anak tak sihat. satu famili demam. terasa kepedihan yang dialami melalui suara ummi.. Moga Allah kuatkan ummi sekeluarga. Get well soon,ummi..

nasihat ummi,

"jangan difikirkan sangat perkara remeh-temeh macam tu. Fokus pada exam. Tentang mereka, suatu hari nanti pasti Allah akan tunjuk".

lepas bercakap dengan ummi walaupun selama 6 minit 48 saat, itu sudah mampu buat aku tersenyum. kembali mengumpul semangat untuk lawan 'sakit' yang sangat memeritkan ni..

InsyaAllah, lepas menaip ni, aku harap aku dah boleh hapuskan keserabutan ni daripada menerjah minda aku. yang aku perlu utamakan sekarang cuma satu, fokus pada exam. moga aku mampu buat yang terbaik..

Ya Tuhan... Jadikan Aku Kuat... 


Salam sayang,
Aku.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, October 27, 2012

I'll be back soon!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




This is just a short post. I'm gonna let you know that I'll be sitting for my final exam soon (5,6,7,8/11/2012).
So, I may be not have enough time to update any new entry for the next few days. I'm gonna put 101 % focus on my final. I must score 3.5 and above for my first semester so that I can mantain my result for another 2 semesters. Seriously, it is not gonna be easy for me to control myself from spending a lot of time in front of my lappy but seriously I need to sacrifice this kind of things first for my future. Before this, I failed to prove the people around me that I can further my study in masscom. Now, I won't let it happened again.

There's still much time for me to keep on struggling. Now, I may be nobody. But, one fine day, I will be somebody. What I need to do is just trust myself. Grab this chance to change. Achieve my dream. Make it comes true. I can't give up hope easilly. My parents, my family, my umi, my beloved pals were always there behind me. supporting me. I can't dissapoint them. They trust me. They kept pray for my success.

Ya Rabb.. please.. I need your blessings. I need your help. please strengthen my heart so that I can be much much much stronger to face all the obstacles which is trying to bring me down.

Readers, please pray for me. InsyaAllah, I'll be back soon. Thanks. Wassalam.

Loves,
me.

*sorry for any grammar mistakes. I'm in the process to improve my english.*
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, October 17, 2012

Tak semua orang rasa apa yang sedang dirasai orang lain..


16/10.2012 : 11.19 PM

Salam.

Hidup ni menarik kan? Ada suka.. Ada jugak duka..
Ada ketika kita sentiasa ketawa... Ada pula saat kesedihan menerpa...

Kehidupan....
Belum tentu apa yang sedang kita rasai sekarang pernah dirasai oleh orang lain..
Mungkin juga sudah ada seseorang yang pernah melalui keadaan yang sedang kita alami ketika ini..

Kesedihan..
Tak ada seorang pun dalam dunia ni yang tak pernah dirudung kesedihan dalam hidup dia kan?
Cuma..
Terpulang kepada individu tu sendiri macam mana nak tangani perasaan tu..

Bila kesedihan atau kekecewaan menjelma dalam hidup tanpa diundang,
pastinya airmata nak menyusul sama..
Saat airmata tumpah, ia tak mampu disekat..
Bila ia mahu mengalir, ia akan terus mengalir...
Aliran dan esakkan sama deras dengan rintik gerimis yang membasahi bumi..

Ada seorang gadis ni.. pelik..

Bila dia sedih...
Dia berpura-pura macam tak sedih..
Dia ketawa... Dia berperangai kebudak-budakkan..
Walaupun ketika itu airmata turut menitis bersama dengan senyumannya..
Dalam keadaan sebegitu pun...
dia tetap dengan kedegilan dia berpura-pura bahawa dia tak apa-apa...

Jauh di sudut hatinya..
Dia mengharapkan akan ada seseorang yang muncul dan menyapanya tika itu..
Seorang insan yang perasan akan kelakuannya...
Seorang yang sudi menjadi pendengar dan menenangkan hatinya...
Seseorang yang sangat-sangat dia perlukan ketika itu.....

Airmata...
Orang kata airmata dan gadis ni tak boleh dipisahkan..
Seorang gadis memang mudah mengalirkan airmata..
Kerana gadis ini punyai hati seperti kapas..
hati yang begitu lembut...
Walaupun luarannya dia kelihatan sentiasa ceria..

Senyuman...
Yaa.. Gadis ini akan sentiasa mengukir senyuman..
Walaupun tika dia bersedih..
kerana hanya dengan senyuman..
dia mampu mengumpul kekuatan untuk mengorak langkah meneruskan kehidupan..

Pengubat hati...
Yang hakiki..
Meluahkannya pada Ilahi..
walaupun tak dapat dilihat dengan pancaindera namun dapat dirasakan dekat dalam hati...

Namun... si gadis.....
Hakikatnya dia memerlukan seseorang untuk menjadi pendengar kepada luahannya..
pastinya ketika keadaan seperti ini, dia memerlukan kata-kata daripada seseorang yang boleh mengembalikan senyuman supaya terukir di wajahnya....

Masih adakah yang sudi menghilangkan duka itu ketika ini...
Walaupun cuma sekejap...
Ianya pasti menjadi waktu dan saat yang sangat bermakna..

Walau apa pun yang terjadi..
Hidup dan mati kerana Allah..

Gadis itu pasti akan terus mengukir senyuman...
dalam menempuh liku-liku dan dugaan yang menimpa..
dia pasti kuat..
dia pasti cekal..
dia pasti tabah..

kerana......

dia seorang gadis..
yang mempunyai semangat yang utuh dalam diri..
tak mudah melatah..
tak mudah goyah..

yaa.. gadis itu akan tetap tersenyum...
senyum.. senyum... senyum...

Dengan izin Allah, kebahagiaan abadi akan ditemuinya kelak..

Subhanallah.. Alhamdulillah... Allahuakbar..

Coretan,
YuyuAtiqa



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, October 13, 2012

Anugerah dari Allah pada usia yang masih muda? Syukur.



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Sebelum aku terus menaip berdasarkan tajuk, sebagai mukaddimah nya aku nak lari sikit daripada tajuk. Tahniah buat team Kelate 'The Red Warriors' yang telah berjaya mara ke final pertandingan sepak bola Piala Malaysia. Walaupun aku tidak obses terhadap sukan bola sepak, namun aku masih punyai perhatian terhadap pasukan bola sepak Kelate sebagai tanda sokongan aku terhadap team Kelate. Kira okay la tu kan? Tapi yang pasal game semalam, aku memang tonton kat tv. Serius aku tak tipu. Lagi sekali aku cakap, bukan sebab minat tapi sekadar menyokong. Lagi-lagi bila tengok ke-eksaited-an mak aku masa tengok bola. Plus makcik sebelah rumah aku bersama anak-anaknya datang tengok kat rumah aku. Lagilah gempak. Aku?? kan dah cakap tadi sekadar tengok saja... Tapi, ada jugak moment-moment yang mencemaskan tu aku ter-eksaited sama.. Haha. Dimaafkan lah jugak kan? 

Okay cukup mukaddimah pasal bola. 'Majulah sukan untuk negara'. Cehh. Tu diaa.. 

Sekarang, kembali kepada topik. 'Anugerah dari Allah pada usia yang masih muda? Syukur.' Aku tergerak hati nak menulis sesuatu berkaitan topik ni. Mungkin selepas aku pulang daripada melawat sahabatku yang baru sahaja dikurniakan cahaya matanya yang pertama. Subhanallah. Allah telah berikan beliau anugerah yang tidak ternilai pada usianya yang masih muda. Aku gembira kerana sahabatku telah bergelar ibu. Aku?? Automatically bergelar 'aunty'. Dapat anak buah la katakan. hehe. :)


Gambar ehsan daripada Encik Bing.com


Ada juga kadangkala aku terdengar suara-suara yang agak tidak berpuas hati dalam soal kawin muda ni. Bagi aku, kawin muda ni bagus. Malah ianya tuntutan agama. Lagipun, dalam godaan duniawi sekarang, sudah tak ramai manusia yang mampu mengawal dan menahan diri mereka dari terikut dengan hawa nafsu. Dengan timbulnya nafsu yang membuak-buak, dengan iman yang perlu sentiasa di-upgrade, bukan senang untuk hadapinya. Mungkin banyak ideologi tertentu tentang hal macam ni. Contoh :

"Masih terlalu awal laa untuk berkahwin. belum bersedia.."

"Tunggu usia matang sikit baru boleh kawin.."

Kalau bagi individu yang mampu mengawal nafsu mereka, alasan itu mungkin diterima pakai. Apa-apa pun, bagi aku kawin pada usia muda boleh elakkan golongan belia ni daripada terjerumus ke dalam zina. Sekurang-kurangnya, gejala anak luar nikah, gejala seks bebas, gejala buang bayi sedikit sebanyak boleh dikurangkan. 

Plus, bila dah kawin pastinya kematangan tu akan datang. Perkahwinan boleh jadi satu turning point bagi seseorang tu untuk jadi lebih bermotivasi dalam hidupnya. Masing-masing pasti akan cuba ubah perangai satu sama lain untuk kehidupan yang lebih baik kelak. 

Anyway, tahniah sahabatku selamat melahirkan baby boy yang sihat dan comel ! 

Gambar bersama si comel.. :')

naluri keibuan automatik muncul bila dukung bayi.. Subhanallah.. :')


YuyuAtiqa :

Soal kawin muda, lain orang lain pendapat. Masing-masing ada sebab dan alasan sendiri kan? So, no heart feelings. Moga Allah berkati hidup kita dan generasi kita akan datang. ameen.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, October 12, 2012

Penyembuhan



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.





It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside


Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high


Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing

Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s Nature’s order



Lyrics from: http://www.lyricsforsong.net/ 

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, October 10, 2012

A cry from a sinner


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



My aim in life to be a better muslim

I try my best to be an obedient mu’min

But I'm haunted of my past sins

My strengths are slim and so, again my life dims

I want to follow the sunnah

And I don’t want to depart from the ummah

But lonely nights are hard to fight

And satan makes it desirous and then I'm lost in sight

My heart yearns for the creaters help

I raise my hands to Allah to guide me because I'm in distress

Pray to Him to illuminate my heart

To make me pious and millions of others who are in this struggle and fight


- Islamic poems -




Loves,

[YuyuAtiqa]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, October 3, 2012

#9# W O R D L E S S W E D N E S D A Y !



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, September 30, 2012

The Concept of Ikhlas


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.



cc : Bing.Com


The Concept of Ikhlas


A servant with sincerity is almost guaranteed
A place is paradise - in all eternity
A promise by Allah swt the most merciful
Disobeying this is only done by a fool

What does it take to be Ikhlas?
A definite top of the class
It's clear as a piece of glass
But Ikhlas requires sacrifice!

I
I is obviously for Intention
In whatever we do this makes the difference
A deed becomes an act of devotion
Simply for the sake of Allah swt without any addition

K
K as in knowledge
Iqra - the first revelation we acknowledged
The religion is both theory and practical
Assign to all capable nothing accidental

H
H is honesty
This is the beauty
Deeds done aplenty
Just for the love of Allah swt in simplicity

L
L is love, isn't this obvious?
A simple and small act not so laborious
When performed steadfastly
Yes, to Jannah so definitely!

A
A is animosity
Syaitan in close proximity
All the enmity an anxiety
Thus, beware of this enemy

S
S is sincerity
The way to purity
Is to cleanse the heart and body
Resulting in our Iman (faith) becoming sturdy

So does in Ikhlas, do you see?
A series steps to foresee
To get rid of the ignorance
And with a little forbearance - this will make the difference!

Thus before you set on anything
In Allah swt - You should think!
Sincerity in a blink
Insha'Allah to the Jannah for all your doings

- Qalamuddin -


* Umar Al-Khattab narrated that the Prophet Muhammad saw said : 

"Deeds are [ a result ] only of the intentions [ of the actor ], and an individual is [ rewarded ] only according to that which he intends. Therefore, whosoever has emigrated for the sake of Allah and His messenger, then his emigration was for Allah and His messenger. Whosoever emigrated for the sake of worldly gain, or a woman [ whom he desires ] to marry, then his emigration is for the sake of that which [ moved him ] to emigrate."   - Bukhari and Muslim -


* A'isha said that Rasulullah saw said :

" The deeds most loved by Allah swt [ are thoese ] done regularly, even if they are small."
- Bukhari and Muslim -


* "And syaitan said when the affair is completed. "surely Allah promised you a promise of Truth, and I promised you but I betrayed you, and I did not have upon you any power except that I called you and you listened to me so do not blame me but blame yourselves, and I cannot be a musrikh for you nor can you be musrikh for me. Surely I deny your making me partner from before. " Surely for the unjust is a painful punishment."   - Quran ( 14:22)

* The Prophet Muhammad saw said :

"There is an organ in the body, if it is good, the whole body will be good, and if it is bad, the whole body will become bad, verily it is the heart."

* The Prophet Muhammad saw said :

"Islam is explicit, and Imaan is in the heart, ( and then he pointed his hand to his chest and said ) taqwa is here."



- cc to : IslamicPoem -


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, September 18, 2012

Yang tertutup itu lebih indah.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Jari aku nak menaip lagi.. Minggu ni agak kerap aku kemaskini entri baru. Yaa. Dalam entri-entri lepas aku update pasal aktiviti aku. Tapi hari ni nak update sesuatu yang InsyaAllah sedikit sebanyak boleh buka minda kita. Dengan izinNya. Aku dapat ilham untuk tulis entri ni lepas aku baca buku Nibras (majalah terbitan Badan Dakwah sekolah adik aku, SMK(A) Wataniah) Actually, entri ni lebih fokus untuk kaum Hawa. Namun, kaum Adam tak dihalang untuk turut membacanya. Moga ada sedikit sebanyak manfaat untuk kita bersama. InsyaAllah.

image taken from Bing.com


Sekarang, aku akui makin lama makin ramai insan-insan yang 'terbuka' di laman sosial. 'Terbuka' macam mana? Hmm. Tak faham lagi kan apa yang aku cuba nak sampaikan. Kejap. Aku bagi satu cerita sebagai contoh supaya kalian yang baca entri ni faham.

Macam ni.. 



Yang tertutup itu lebih indah. 

Aku umpamakan sebuah jam tangan. Andaikan kita sedang membeli jam tangan. Ada dua utas jam tangan. Seutas diletakkan di dalam bekas yang tertutup dan nilainya lebih tinggi. Seutas lagi diletakkan terdedah begitu sahaja tanpa ditutup dan nilainya lebih murah. Katakanlah pilihan tu di tangan kalian. Yang mana satu akan kalian pilih?


Mungkin saja kalian akan pilih jam tangan yang diletakkan di dalam bekas yang tertutup walaupun nilainya lebih tinggi kerana pastinya jam tersebut mempunyai warantee serta kualiti yang lebih baik. Bukan?

Mungkin juga kalian akan pilih jam tangan yang diletakkan terdedah begitu sahaja tanpa ditutup kerana harganya lebih murah. Jika ia rosak sekalipun, kalian tak adalah rasa terkilan sangat untuk buang jam tangan tersebut sebab jam tangan tu murah dan kualitinya juga mungkin kurang baik. Make sense tak??



Tak kisahlah yang mana satu yang kalian nak pilih. Tapi itulah something yang aku cuba nak sampaikan. Aku bukan ustazah bahkan juga tidak sempurna. Aku juga tak alim. Tapi aku rasa aku punyai tanggungjawab sedikit sebanyak untuk saling nasihat-menasihati sesama kita. Aku juga pernah khilaf. Pernah mengikut nafsu, ingin kelihatan cantik di hadapan semua orang. Tapi itu semua untuk apa?? Kepuasan diri?? Kita sering fikir tentang kehidupan duniawi. Pernah tak sekilas kita  fikir tentang kehidupan kita selepas nyawa kita berpisah dari jasad kelak? Kehidupan yang kekal abadi kelak? 

image taken from Bing.com


Hijrah. Berubah. Masih belum terlambat. Allah takkan buka hati seseorang melainkan insan itu sendiri memberi peluang pada dirinya untuk berubah dan menjadi hamba yang lebih baik di jalan Allah. Pasti hidayah Allah akan menyusul. Ingat.. Allah boleh turunkan hidayahNya dalam pelbagai cara. Yakin padaNya. Terus berdoa. Istiqamah. InsyaAllah, redha dan berkat dariNya akan hadir bersama.

Frankly saying, aku harap aku dah tak perlu tengok saudari seIslamku mendedahkan sesuatu yang sepatutnya ditutup di laman sosial mahupun dalam kehidupan realiti. Kalian faham kan maksud aku? Apa salahnya kalau kita berpakaian, berkelakuan, berfikir mengikut syariat yang dituntut oleh agama kita? Allah kasih pada hambaNya yang menurut perintah sebaliknya Allah murka terhadap hambaNya yang sombong untuk mengikut apa yang telah Dia perintahkan.


Me said :
Aku tak nak perasan baik. Aku cuma nak jadi baik. Selagi aku hidup, aku harap aku dapat buat sesuatu yang dapat bawa manfaat pada orang lain agar dapat redha Allah dan ganjaran daripadaNya untuk aku bawa sebagai bekalan ke sana kelak. maafkan aku andai ada silap dan salah dengan sesiapa. Doakan aku mampu jadi hamba yang solehah di sisi Allah. terima kasih.. :')

Ayuh! kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain serta istiqamah. Ayuh!



Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, September 17, 2012

Introducing Bloggermate: Nor Farahin Hamdan


Bismillahirrahmanirrrahim.
Assalamualaikum wbt.

Beberapa hari ni agak sempat mencuri masa untuk update blog. Haha. Baidewei, hari ni aku tak nak update apa-apa cerita pasal aku. Tujuan utama entri kali ni adalah aku nak memperkenalkan satu blog yang kalian patut singgah dan baca. Pokoknya, memang patut jadi pembaca setia blog ni.

Blog Love Is Infinity
pemiliknya : Nor Farahin Hamdan

Honestly, aku memang tak kenal blogger ni. Tapi aku terjumpa blog beliau masa aku blogwalking. *seingat aku laa.. Bila aku masuk blog beliau, aku dapat rasa ada something yang istimewa tentang blog beliau. 

Antara sebabnya:

--> beliau suka tulis perkongsian islamik yang mana dapat buat aku muhasabah diri
--> blog beliau simple, tak menyerabutkan mata untuk membaca entri
--> beliau letak instrumental music yang menenenangkan hati
--> beliau rajin update blog sebab entri-entri beliau selalu muncul kat dashboard aku

Itu sebab aku suka blog beliau. Jadi, bagi bloggermates, readers yang sudi baca blog aku *kalau ada*, aku cadangkan kalian untuk ziarah baca entri perkongsian di blog beliau. InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat memperoleh sesuatu yang bermanfaat. 

Setakat ni saja entri aku hari ni.

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]








♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, September 16, 2012

Keluarga lebih penting.. :)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah... Setelah seharian tidak berada di rumah hari ni. Since pagi tadi sampailah ke petang baru balik. Pergi mana?? Haha.. Hari ni sebenarnya aku dan family ke Pasir Mas untuk majlis kawin bapak saudara aku. Pada awalnya, aku ada perancangan lain hari ni. Rancangan ke Bukit Kluang bersama classmates. Tak sedar pula hari ni pun tarikh uncle aku kawin. So, aku pilih untuk menghadiri majlis perkahwinan uncle aku atau loghat kelantan cakap nak pegi belarok. Sebut betul-betul ya!

Yaaa.. Belajar dari pengalaman. Aku wajib utamakan keluarga. So, aku dan family turun dari rumah sebelah pagi dan berkumpul kat Masjid Tanah Merah bersama sanak saudara. Then, kami konvoi ke Pasir Mas ( lokasi rumah wife uncle aku.. Maksudnya mak sedara baru aku laa.. hehe )

Family aku pergi 2 buah kereta. Kereta kakak dan kereta kawan abang. Aku naik dengan abang. The others naik kereta kakak. Then, sampai Pasir Mas, kami berkumpul kat masjid Tok Uban. Yaa. tu nama masjid tempat uncle aku nikah. *kalau aku tak silap laa.

Bersama adik..

bersama kakakku, atin. 

Ahmed's daughters with the groom.
left: atin, uncle, kakak(eldest), me!

comel bukan?? :D

Tahniah buat uncle dan aunty..
Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri. :)

nak ke rumah aunty kena lalu jambatan.
seronok ! :)

snap with my uncle.. haha.. sporting !!!
p/s : laki orang dah tu...

tangan adik buat peace..
poyo dalam keta.. :D

tak sedar gambar ini diambil.
sempat bergambar dengan uncle..
abaikan ke-childish-an aku.. :D


Itulah sedikit gambar yang aku boleh kongsikan. Ohh.. gambar abang dan kawan dia ada. Tapi, agak tidak dipersetujui untuk diletakkan di blog.. hehe.. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi buat bapa saudara dan mak saudara baruku.. Tak lama lagi, hopefully aku akan dapat sepupu baru pulaaa... hehehe...

Settle kenduri, aku dan family gerak ke Kota Bharu hantar kakak aku, Atin. On the way balik, kakak sulung aku singgah kat Ketereh. Singgah bagi sokongan kat team bola sepak Machang. Habis perlawanan, kami balik rumah. Itu jelah yang nak ditaip. haha.

Hari ni, cuti. Esok?? Tidak lagi....  Next week ada test. Sudahkah aku bersedia?? Tepuk dada tanya hati.. 

Doakan aku ! Stop sini dulu.

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Akhirnya aku berjaya sampai ke puncak ! Alhamdulillah..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


15 September 2012 : Coretan misi Menawan Puncak Hutan Lipur Bukit Bakar


Alhamdulillah, perancangan yang dirancang oleh adik-adik juniorku untuk menawan puncak Hutan Lipur Bukit Bakar hari ini berjalan dengan lancar. Syukur kerana dipermudahkan urusan oleh Yang Maha Esa. Akhirnya.... Misi untuk menawan puncak Hutan Lipur Bukit Bakar tercapai ! Fuhh. Gembira tak terkata saat melihat keindahan pemandangan dari puncak setelah berpenat lelah aku dan adik-adik mendaki.

Kami bernasib baik, sebab pendakian kami agak kurang menghadapi kesukaran. Maksud aku, jalan untuk naik ke puncak yang telah ditar, lebih memudahkan pergerakan kami. Berhenti sekejap sekejap itu biasa, untuk melepas lelah. Haha. By the way, jalan menuju ke puncak tu ditar sebab kat puncak tu ada stesen pencawang pemancar ni. Ehh. betul ke tidak aku sebut stesen tu. Nevermind lah kan. Asalkan sampai maksud tu.... hehe.

Serius, penat. Tapi, aku syukur sebab dapat uji aku punya stamina lagi sekali. Dalam tahun ni, dah 2 kali aku daki bukit. Awal tahun baru ni, aku daki Bukit Kluang. Best ! Tapi aku tak dapat tangkap gambar masa kat sana sebab masa tu kamera tak ada dengan aku. Huhu. Quite upset. Tapi memang aku tak boleh lupa bila tengok Pulau Ikan Paus (nama yang aku bagi sendiri sebab pulau tu macam bentuk ikan paus ). Wink ! Takpa, next time aku mesti bawa kamera bersama! Yeapppp...

Ohh ya. aku lupa nak cakap siapa yang aku maksudkan dengan 'kami' tu kan?? haha. Asal silahnya, ramaijunior aku nak menjoinkan diri. Tup-tup, lepas sorang-sorang ada kerja. So, last-last yang tinggal cuma aku, dan 3 orang adik-adik juniorku yang mempunyai keazaman yang tinggi. They are, adik Bella, adik Safa dan adik Lyn. Ahha ! Tak lupa the one and only, Mr Taifor Mahyiddin, Bella's dad merangkap kaunselor kami yang kami panggil ayah.Mujur ada ayah yang accompanied us mendaki tadi. By the way, serius aku tabik dengan bebudak ni. Bukan apa, semangat mereka nak tawan puncak Hutan Lipur Bukit Bakar tu. Mak aiii... Memang berkobar-kobar betul. 

Siap buat aku video kata-kata semangat lagi ! Haha.. kononnya lah.. Sebab kamera aku ada dengan mereka masa pendakian tadi.. Sempat lagi bebudak ni.. hahaha.. aduyai.. Kali ni aku nak upload video. Perhatikan video ni, aku tengah mendaki while bebudak ni tengah bercakap.  Jom usha ! :D



Walaupun jarak untuk naik ke puncak kalau dikira tak jauh sangat, lebih kurang 8 km. Tapi, bagi kami kaum hawa ni, dengan kedaan laluan yang bersimpang-siur, berbukit-bukau, itu agak menguji kami. Urmm. Bagi aku, lebih kepada ujian stamina dan ketahanan diri. Memakan masa selama lebih kurang 3 jam untuk sampai ke atas. Nak turun?? tak sempat nak kira tadi..

Dalam situasi macam ni, kecekalan dan kekentalan mental, fizikal tu yang penting. Lagi satu pastikan kesihatan kalian mengizinkan yerr untuk buat aktiviti macam ni. Aku?? Yaa. I admit yang kesihatan aku masih belum sembuh sepenuhnya, tapi aku sahut cabaran untuk uji daya ketahanan aku. Alhamdulillah, aku berjaya dengan izin Allah. 

Sedikit gambar kenangan yang sempat dicapture.. 

sebelum memulakan pendakian..


another 3700 m to go...
candid. *serius aku tak tahu siapa yang capture ni..

agak kepenatan time ni..

keadaan jalan yang boleh tahan banyak turun naiknya...


berehat sebentar bersama Yuyu Atiqa ! wink!

masih bersemangat dengan bantuan kayu sebagai sokongan untuk mendaki..
from left, Bella, Safa, Lyn

Ehemm. Atas bukit signal baik punya.. full signal okayyy !
haha..

bersemangat meneruskan pendakian.

Hahaha.. tu diaaa..
Penat ni sebenarnya.. huhu

Ayah..

Teknik memegang kayu itu diajar oleh YuyuAtiqa. hahaha

Lyn

Safa

Bella

Bella said, "Kak Iqah nampak kecik lah"..

Muka eksaited jumpa daun berbentuk hati. Serius, banyak rupanya..
Teringat kejap cerita Mohabbatien.. haha

Berehat sekejap. Berbual dengan ayah..
Tak sedar gambar ini diambil.

Lagi satu eksaited moment dapat jumpa dan pegang pokok periuk kera.
I found the small one.. 

Masih mampu tersenyum untuk meneruskan pendakian.

Jumpa lagi spesies periuk kera. yang ni warna agak kemerah-merahan.

AWAS !!! jeng jeng jeng...

Terjumpa tulisan ini " Never Give Up "..
tak tahu siapa yang mencoretkannya di sini.
Apa-apa pun, tulisan ini sangat membantu para pendaki untuk meneruskan pendakian !
Yeahhhh...
another 100 m to go.. 

Ahha ! 0 meter.. meaning? dah sampai kat atas laa.. :)
Love this picture. Actually, the background !
pokok yang menarik pandanganku!

Aku berjaya berada di puncak ! Alhamdulillah..
Indahnya menikmati pemandangan dari atas puncak.. 

We did it !!!

Capture through my samsung phone.


Perjalanan turun pulak..


Upload video memerlukan kesabaran yang tinggi ! serius aku cakap. memang aku tabik ahh dengan vloggers yang terus teguh buat video diorang. haha. Aku bukan vlogger. Jadi, video ni memang just video on the spot. Ni video yang sempat aku rakam masa kami berada di puncak. Abaikan keserabaian aku dalam video ni. Let's check it out!



Readers,

Percayalah.. Tak ada apa yang mustahil kalau kita betul-betul ada kesungguhan yang teguh untuk capai segala perkara yang kita nak dalam hidup. "Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang berusaha berubah menjadi lebih baik". Aku yakin itu ! 

Aku mohon maaf atas mana-mana kekurangan dalam entri kali ni ya. Also, the videos.. Those videos adalah kali pertama dimuat naik dalam akaun youtube aku. next time mungkin akan ada video-video lain yang menyusul? Who knows kan? Just wait and see.. :)

Wassalam.

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥