Monday, March 28, 2011

Something good to share ~



Assalamualaikum semua...

dah lama Cik Yuyu AtiQa tak update blog kan?? hehe.. actually, tak tahu nak update pasal apa... Kebetulan malam ni, Tiqa tak ada extra class while baru lepas study untuk Subjek Pendidikan Islam... So, Tiqa nak post something tentang apa yang dapat menarik perhatian Tiqa petang tadi.. Okay.. macam ni...

Kat kawasan rumah Tiqa ni ( Machang ) ada pasar malam iaitu pada setiap hari Isnin, hari ni laaa... Seperti kebiasaan para peniaga mula mempersiapkan gerai jualan sejak dari pukul 4.30 petang lagi.. Jadi, Tiqa singgah kejap kat pasar malam alang-alang tunggu kenderaan untuk balik ke rumah pukul 6.30 petang.. Bila Tiqa masuk aje dalam crowd kat pasar malam tu,

Tiqa pun terus menuju ke gerai menjual minuman kepunyaan ibu saudara Tiqa.. hehe.. Motif yang utama adalah untuk mendapatkan air " coconut shake " gratisan !! hahaha... teruk kan?? apa-apa pun, Tiqa sempat tolong ibu saudara Tiqa kat gerainya tadi...

Then, ada situasi yang berlaku sewaktu Tiqa kat gerai ibu saudara Tiqa tu... Macam ni, masa pasar malam which started petang tadi, tiba-tiba hujan turun... So, situasi macam tu agak menyukarkan para peniaga untuk berniaga..

Dan apa yang dapat menarik perhatian Tiqa ialah ada sorang mak cik ni... dalam keadaan hujan tadi kan, dia tetap tak putus asa bukak payung besar (yang orang selalu guna untuk berteduh) untuk jadikan tempat berteduh untuk dia berniaga betul-betul kat sebelah gerai ibu saudara Tiqa... walaupun cuma berniaga kacang dan " etok " tapi memang Tiqa kagum sangat-sangat dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mak cik tu... Tiqa respect laaa mak cik tu..

* Moral Of the Story : kita jangan mudah putus asa dalam mencapai sesuatu untuk kebaikan diri serta sentiasa berusaha + tawakkal untuk mencapai kejayaan kelak .... :)






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, March 17, 2011

Kisah seorang gadis ~



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Sahabat, dalam dunia ni macam-macam kisah kehidupan yang kita dengar kan?? Untuk kali ni, Tiqa rasa macam nak kongsi pengalaman Tiqa dengan kisah kehidupan seorang gadis yang inginkan kebahagiaan dalam hidupnya.

Gadis ini dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Dia dikelilingi oleh bermacam-macam ragam manusia. Dari situ dia mula bergaul dengan semua orang. Dia juga seperti gadis lain, diberikan pendidikan di sekolah rendah dan kini dia adalah salah seorang pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Tatkala melalui hari-hari dalam hidupnya, dia kian terasa kesunyian, kesepian dan tersisih dari keluarganya. Dia sering menghabiskan kebanyakkan harinya di sekolah berbanding di rumah. Baginya, dia mendapat kasih sayang daripada insan-insan yang sentiasa bersamanya di sekolah dan menganggap mereka sebagai keluarganya sendiri. Dia seolah-olah merasakan dirinya semakin disisihkan daripada keluarganya apabila berada di rumah.

 Dia sering mengalami kemurungan apabila memikirkan masalah yang terpaksa dihadapinya itu. Disebabkan itu, dia lebih cenderung untuk mengasingkan dirinya di dalam kamarnya. Namun, itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang bagi mengecap kebahagiaan yang diingininya iaitu mendapat ruang kasih sayang dalam keluarga kandungnya. Dia tidak pernah putus asa mendoakan kedua ibu bapanya dan adik-beradiknya menerima dan menyayangi dirinya seadanya.

Dia sering berkata,

"kalaulah saya berpeluang untuk mencium kedua-dua belah pipi ayah saya, saya takkan pernah lepaskan peluang tu"....

 Dia cuma inginkan perhatian daripada keluarganya. Tapi, Allah masih menguji dirinya untuk terus berusaha untuk mengecap kebahagiaan tersebut.

Pesanan yang sentiasa diingatinya,

“Ingatlah sayang, suatu hari nanti, engkau pasti akan dapat apa yang kau hajati itu..
Jangan putus asa ya” !! 

Sambil mengalirkan air mata gadis itu berkata dalam sedu,

"saya takkan pernah putus asa demi cinta dan kasih sayang saya terhadap mereka.."


Buat sahabat,

hargailah peluang yang kamu ada untuk bersama dengan keluargamu selagi kamu masih mempunyai kesempatan itu.

 Diharapkan kisah ini sedikit sebanyak dapat membuka mata sahabat sekalian..

Wassalam.


 

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, March 12, 2011

Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya ~

Assalamualaikum, semua... Tiqa dah selamat pulang dari Kem Kepimpinan PRS yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sri Pantai Beach Resort, Bachok. Alhamdulillah, syukur yang teramat Tiqa panjatkan ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi keizinan kepada Tiqa untuk terus menjalankan tugas sebagai khalifahNya di bumi Malaysia yang bertuah ini. Okay..

Melalui kem ini, Tiqa dapat menimba banyak pengalaman baru di samping berkongsi buah fikiran sesama peserta kem yang terdiri daripada rakan2 senior dan junior Tiqa. Di sini juga, Tiqa ingin coretkan satu pengalaman yang sangat berharga kerana ini merupakan kali pertama Tiqa harus berhadapan dengan situasi yang mencemaskan. Begini ceritanya...

 Pada 11 Mac 2011, lebih kurang jam 8.15 malam, Tiqa dan peserta yang lain dikejutkan dengan berita bahawa tsunami telah melanda Jepun.. Apa yang mencemaskan peserta lebih2 lagi junior2 perempuan ialah terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa tsunami akan melanda kawasan penempatan kem kami.. Timbulnya kekalutan kerana program kami berlangsung di resort yang bersebelahan dengan pantai... Pada saat itu, Tiqa dan SERIKANDI agak terkejut namun begitu kami teguh bersama membantu Mama Raha untuk menenangkan peserta.. Kami bersama-sama berzikir dengan diketuai oleh peserta2 lelaki senior...

Alhamdulillah, Kami dapat menenangkan peserta perempuan daripada terganggu emosi mereka terhadap khabar angin tersebut... Setelah itu, Mama Raha terus menelefon Ayah Taifor untuk memberitahu situasi yang sedang berlaku.. Setelah mendapat penjelasan oleh ayah, semua peserta semakin tenang.. Ayah menerangkan bahawa tiada apa-apa yang perlu dikhuatirkan..

Tsunami takkan melanda penempatan kem kami.. Ayah juga memberitahu kami, sekiranya akan berlaku sesuatu bencana seperti Tsunami dan sebagainya, pihak Kerajaan Malaysia akan mengeluarkan arahan dengan serta merta.. Oleh itu, kami tidak perlu risau dengan khabar angin yang tiada puncanya.. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar..

Syukur pada Allah kerana masih memanjangkan usia kami.... Itulah pengalaman yang amat memberi makna yang mendalam buat diri Tiqa khususnya.. Rakan2 sekalian, di sini Tiqa sertakan gambar2 kenangan Tiqa bersama rakan2 peserta Kem Kepimpinan PRS... Thanks a lot to all my caunselors..








♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, March 6, 2011

Something today...


Assalamualaikum, semua.... hari ni adalah hari last tiqa exam.. dua paper tadi.. physics and sejarah... best la jugak sit for my first exam as form 5 student this year... hahaha... okay.. something today... lepas habis exam tadi, tiqa hang out dengan SERIKANDI... seronok sangat sebab my SERIKANDI cukup tujuh orang hari ni.... macam biasa, kami pergi lunch then spend time together kat bilik UBK/ PRS... what a great moment! love them laaa... okay... about 5 p.m, my SERIKANDI wanna go home.. so, kami sama-sama kuar dari skolah.. sebelum balik, kami singgah jap kat Nani Juice Station ( lokasi wajib disinggah sebelum balik umah) untuk beli  ice blended .. hahaha..... lepas tu we move to our next station, Kedai Runcit Hassan ( tempat kami tunggu parents kami datang jemput) ngee ~
hahha... We had a great time together today!! 

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥