Feb 19, 2018

Pentingnya Bahasa Inggeris


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Hello there!

It's been more than a week since my last post in this blog. 

I eager to share something which I find might be beneficial for us to reflect.
Today, I am back in the office after 3 days off for Chinese New Year. 

Macam biasa lah, masuk pejabat jam 9 pagi kemudian turun bertugas di visitor centre jam 10 pagi. Hari ni agak produktif dan kejar masa sikit memandangkan I need to cover the newspaper monitoring for the past three days due to public holiday.

The story is like this. Hari ini, aku menerima kedatangan sepasang pelawat dari Jepun. At first, aku assume tak apa kot. Mereka tak banyak tanya kot. Tapi, jangkaan aku meleset sama sekali.

Nak dijadikan cerita, husband and wife ni mintak nak tengok Quay Side Apartment. Aku pun cakaplah omputih, direct mereka untuk ke sales gallery tak jauh dari visitor centre sebab mereka boleh dapat further information kat sales gallery tu.

Yang jadi masalahnya, husband dia tak tahu nak cakap omputih dan wife dia pun struggle nak cakap omputih campur-campur dengan Bahasa Jepun. Aku pulak, memang tak tahu langsung Bahasa Jepun selain arigato gozaimaz (tu pun tak sure betul ke tidak aku sebut), tapi aku cuba lah jugak fahamkan dia sepatah sepatah cakap omputih dengan harapan dia faham.

Then, aku mintak tolong colleague aku, SS turun untuk bantu. Nak tunjuk direction through google map, mereka tak ada internet lah pulak. SS pun cuba draw map yang boleh direct pasangan ni ke sales gallery. Dipendekkan cerita, lepas 15-20 minit cuba explain, at last mereka dapat gambaran direction nak ke sales gallery.

Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini sebenarnya ialah :

Betapa pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian kita sekarang 

Okay, listen. Aku cakap macam ni, bukanlah bermakna aku agung-agungkan bahasa asing dan abaikan bahasa ibunda. Jujur, memang aku lebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda memandangkan memang itu bahasa pertuturan aku sejak dari kecil.

Tapi, satu perkara yang kita semua kena sedar ialah, kita bukan lagi hidup dalam persekitaran masyarakat Melayu semata-mata macam dulu. Mungkin, kita masih dalam zon selesa sebab kita masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan bangsa Cina dan India di negara kita. Tapi, sampai bila kita nak duduk dalam takuk zon selesa kan? Makin lama, makin ramai pelancong yang datang ke negara kita. Siap ada yang bermastautin lagi. Nak tak nak, memang kita kena belajar juga Bahasa Inggeris, kalau tak mampu fasih sekalipun, sekurang-kurangnya kita tahu bertutur sepatah dua ayat asas dalam pertuturan harian kita.

Macam apa yang berlaku pada aku pagi tadi la..

Just imagine, what if aku hanya tahu bertutur Bahasa Melayu dan pasangan pelawat dari Jepun tu hanya tahu bertutur dalam Bahasa Jepun? Haaa.. Tak ke jadi macam itik dengan ayam bercakap.. Aku cakap A, orang tu cakap B. Orang tu faham C, aku duk ingat dia faham D. Haaa gitu lah..

Satu kelegaan dan kegembiraan terbit dalam hati weh bila tengok kepuasan terpancar kat wajah pasangan pelawat dari Jepun tu sebab kami berjaya explain apa yang mereka mahukan. Fuhh..
Memang satu pengalaman yang takkan aku lupa.

Well, tak ada ruginya pun kalau kita menguasai Bahasa Inggeris bahkan lagi banyak manfaat dan kelebihan kita boleh dapat tauuu! Macam yang kita tahu, masyarakat Jepun sangat mengagung-agungkan bahasa ibunda dan budaya mereka tapi tak bermakna mereka tak belajar bahasa asing yang lain. Even pasangan pelawat dari Jepun tu pun, boleh bertutur Bahasa Inggeris walaupun sepatah-sepatah, well at least dia boleh sampaikan mesej dia dengan baik dan kita juga dapat 'tangkap' mesej yang dia nak sampaikan. More than enough dah tu..

Serius cakap, sampai umur aku sekarang ni, aku envy yang amat pada kanak-kanak yang dah  dapat menguasai Bahasa Inggeris baik dalam pertuturan mahupun penulisan. Tercabar weh. Aku dah besar panjang ni pun, terkedek kedek tambahkan vocabulary supaya cerdik sikit bila bertutur dalam bahasa omputih ni. Haha. Tak apalah kan, better late than never.

Lagipun, ilmu tu luas. Tak terbatas dek usia bagi yang ingin menimbanya.
Wahhh, sempat berfalsafah! Haha





Okay dah. Harap kalian dapat cerap lah setiap apa yang aku cuba maksudkan.

P/s : Aku tengah slowly nak belajar Bahasa Mandarin sekali. Lagi banyak bahasa asing yang kita boleh kuasai, lagi bagus kan? Jom, belajar sama-sama tanpa putus asa.. We can do it! Yeahhh

Stop sini dulu. Bye!


Lots of love,
Yuyu Atiqa




♥ Thank you for reading ♥

Post a Comment

Thanks for your comment. I'll get back to you very soon.