Monday, January 22, 2018

Sleeping baby


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.


Hai gais. 

Aku baru lepas tidurkan anak menakan aku, Marissa.
Decide nak sambung marathon drama Hong Kong The Fox's Summer.

Belum sampai separuh jalan layan episod empat, aku toleh Marissa kat sebelah, elok-elok dia tidur mengiring tadi, tengok-tengok dah tukar posisi menonggeng. Haha

Terus aku teringat kat post Aiman Azlan recently tentang anak beliau tidur menonggeng ni jugak. If I'm not mistaken, beliau ada mention mungkin ni posisi tidur kegemaran bayi agaknya.

Sebab curious, gigih aku google parenting website untuk tahu posisi tidur menonggeng ni elok ke tidak sebenarnya untuk bayi. Well, kalau dah google, faham-faham sendiri lah kan..

Punyalah banyak website yang keluar tapi aku tertarik dengan info daripada website drypers.com.my yang cakap, bayi ni sebenarnya melalui fasa tidur yang berbeza sepanjang mereka tidur sebab tu ada masa kita nampak dia tidur nyenyak dan ada masa kita tengok dia bergerak-gerak macam tak selesa tidur. Sebenarnya, waktu tu proses perkembangan bayi sedang berlaku.

Bukan tu saja, rutin tidur bayi akan turut berubah bila usia mereka semakin meningkat. 

Berbalik kepada posisi tidur yang baik untuk bayi, website tu jugak cakap yang posisi tidur yang paling baik untuk bayi ialah tidur secara menelentang. Namun, sekiranya bayi sudah boleh berpusing, maka boleh biarkan bayi tidur dalam mana-mana posisi yang dia mahu tetapi haruslah sentiasa dalam pemantauan penjaga untuk elakkan perkara yang tak diingini misalnya muka bayi terpekup ke tilam, bayi jatuh katil dan sebagainya.


Jadi, tak hairan lah kalau Marissa tidur menonggeng since Marissa dah masuk fasa usia setahun, pergerakan pun semakin aktif sebab Marissa dah dapat kaki.

Kalau kalian nak tahu in details tentang tabiat tidur bayi, kalian boleh baca kat link bawah ni :



Woahh.. Menarik sungguh jaga bayi ni. You will learn something new every single day from them. Hahaha. Sindrom mak-mak sangat, Atiqah!
Okaylah. Jangan kalian pulak yang tidur menonggeng naaa..
Aku stop sini dulu, nak sambung layan The Fox's Summer sebelum Marissa bangun.

Inshaallah, jumpa dalam next post.

Lots of love,
Yuyu Atiqa



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^