Friday, March 10, 2017

yuyuatiqa in 2k17


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Entri pertama untuk tahun ini sekadar nak buat rumusan ringkas mengenai kehidupan seorang Nurul Atiqah Ahmed sepanjang 2016 yang lalu. 

Betul lah bila orang cakap, macam-macam perkara boleh berlaku dalam satu saat, inikan pula setahun. 

True enough, there were so many things I've been through last year. 

Mental breakdown, phone rosak, tekanan belajar, stress assignment, hilang kawan. Itu semua perkara-perkara sedih, duka yang kalau boleh nak dilupakan sampai bila-bila. Tak nak ingat langsung.

2016, tahun yang banyak ajar Nurul Atiqah tentang proses mematangkan diri. 
Bila tengok balik apa yang pernah dilalui, sebenarnya konsep ujian yang Allah turunkan dalam hidup saya ni macam sama ja. Cuma situasi, individu yang terlibat dan cara saya mendepani ujian tu yang berbeza. 

Alhamdulillah, bila tengok diri sendiri inshaallah harap lebih matang untuk ambil apa-apa keputusan dalam hidup kelak. 



Nak buang benda negatif jauh-jauh dari hidup.

Biar hidup tak ramai kawan, asalkan masih ada teman yang sudi terima, tegur dan tunjukkan keikhlasan nak kekalkan persahabatan dengan kita walaupun kita pernah buat silap.

Biar hidup tak semewah orang, asalkan masih ada yang sudi bersederhana dengan kita tanpa merungut dan memperlekeh kekurangan kita.

Inshaallah, untuk tahun 2k17, nak manfaatkan masa yang ada dengan mereka yang masih sudi mencoretkan kenangan bersama dengan diri ini. 

Semoga Allah sentiasa sayang, redha dan melindungi kita. Amiin.


Jaga diri semua.

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥