Monday, November 23, 2015

Ariffu's Graduation!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Dah banyak entri yang tertangguh untuk dipublish. Lepas satu-satu entri yang tak sempat ditaip sampai habis. Maka, bersusunlah entri-entri tersebut dalam draft. Hmm. Maafkan seorang Atiqah yang mengabaikan blognya tanpa mengemaskini entri-entri yang baru. :(

Kejap tadi, patutnya aku kena attend business meeting tapi kemudiannya dapat panggilan yang meeting ditangguh pada esok malam. Makanya, matlamatku pada malam ini adalah untuk menyiapkan dua tugasan, satunya tugasan untuk presentation subjek Media Society dan satu lagi tugasan subjek Public Relation yang perlu dihantar. Kedua-dua tugasan bertarikh ajal pada Jumaat ini. Padan muka Nurul Atiqah. Amalkan lagi kerja last minute macam ni. Astaghfirullahalazim.

Berbekalkan saki baki semangat yang ada, aku buka laptop dengan harapan dapat berjuang melaksanakan matlamatku itu. Haaa. Skema bebenor ayat. haha. Sebelum mula menaip tugasan, boleh pulak aku melencong kejap menjenguk blog ni. Sebab tu, tiba-tiba jari ni rasa nak update entri pendek. Okayla tu kan. Ambil mood nak siapkan esaimen (ejaan sebenar : assignment) kejap lagi.

Ya rabbi. Panjang pulak mukaddimah. Motifnya tak nak bagi nampak blog ni terbiar. Jadi, terdetik nak update entri tentang konvokesyen seorang Ariffudin. :D

Dia adalah antara manusia terawal yang aku kenal masa mula-mula aku jejakkan kaki di USM walaupun masa tu dia masih belajar di kampus kejuruteraan, Nibong Tebal. Kampus Kejut (singkatan daripada Kejuruteraan) agak jauh dari kampus induk. Kami jarang jumpa, tapi bila dah jumpa memang kecoh. Sebab sekepala. Jadi, perangai pun sama gila-gila. haha.

Dekat USM, ramai yang sayang dia. Sebab dia sentiasa bawa keceriaan pada semua orang. Aku respect dia sebab dia sentiasa senyum walaupun ketika dia tengah sedih. Dia salah seorang manusia tabah yang pernah aku jumpa dalam hidup aku.

Sebelum dia grad, aku tahu dia sayu teringatkan arwah abah dia. Tapi, dia tetap tunjukkan yang dia cekal sebab dia ada mak yang sangat dia sayang serta keluarga di sisi. Aku yakin, arwah abah dia mesti sangat bangga dengan dia.



Seorang Ariffu yang selalu dengan 'peace' tiap kali bergambar.
 Abaikan mukaku yang sememeh. erk


Alhamdulillah..
Congratulations, senior! Inshaallah, next convocation untuk master pulak.
Moga Allah permudahkan setiap perjuangan. Amiin.

Tak boleh nak taip panjang-panjang lagi dah. Dua esaimen menanti.

See you when I see you, my dear blog and readers (kalau masih ada) hehe


Wassalam :)





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥