Sunday, February 8, 2015

Kata hati gadis itu..

Hati gadis ni..

Kadang kita nampak dia senyum, kita anggap dia gembira. Mungkin, dia tunjukkan ceria untuk jadi penawar pada dukanya.

Kadang kita nampak dia tabah, kita anggap dia tegas. Mungkin, dia sedaya upaya cekalkan diri untuk suburkan rapuh hatinya.

Kadang kita nampak dia mesra, kita ambil kesempatan ke atas kebaikannya. Mungkin, dia sedang bertahan untuk terima kelemahan kita, kerana dia tahu dia juga tak sempurna.

Kadang kita tahu dia selalu ada untuk kita, kita cari dia bila bosan melanda, kita abaikan dia sesudah bahagia. Mungkin, dia tetap maafkan kita, mendoakan kita walaupun dia mengalirkan airmata.

Jujurlah dalam perhubungan.
Kalau suka, kata suka.
Kalau tak suka, usah beri harapan palsu semata. Kerana luka akibat pembohongan tu teramat pedih dan perit rasanya.

Nurul Atiqah Ahmed
Feb 8, 4.14 PM


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, February 6, 2015

Masih panjang umur..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Jumaat pertama dalam Februari 2015 juga entri pertama bagi bulan ini.

Saya berada di kampung. Masih dalam mood cuti semester. Gembira dapat balik jumpa mak ayah. Terima kasih Tuhan. :')

Mukaddimah ja tu. Hehe.

Nak ceritanya.. ada kaitan dengan tajuk entri.

Hari ni saya temankan adik keluar ke pekan, beli barang-barangnya sebelum dia balik ke kolej esok. Sebelum ke kedai, singgah sekejap kat pasar tani sebab adik nak beli susu segar. Dah lama tak minum katanya.

Nak dijadikan cerita, susah nak dapat parking dekat dengan deretan pasar tani. Jadi, saya dapat parking sedikit jauh. Lepas parking, berjalan lah Nurul Atiqah dan adiknya masuk ke pasar tani.

Dah jumpa susu segar, terus nak jalan balik ke kereta.

Pendek ceritanya, saya ni jenis cuai..

Jadinya... masa nak melintas jalan.. Saya hampir dilanggar sebuah kereta. Serius, tak nampak kereta tu.. Sebab kereta tu keluar laju dari selekoh. Huhu.

Nasib baiklah, adik saya sempat tarik tangan saya. Kalau tidak... tak tahu lah apa yang dah jadi sekarang. Terkejut serta merta waktu tu.

Huhu..

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur..

Moral of the story,

Lihat kiri kanan dan pastikan keadaan selamat barulah melintas ya..
Sayangi nyawa anda kerana malang tak berbau.. serius cakap ni..

Okay tu je nak taip untuk entri kali ni.

Wassalam..


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥