Sunday, September 6, 2015

Diari PPSL 2015/2016


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, berkesempatan update entri setelah berbulan-bulan menyepi. Maaf dan maaf. Entri kali ni, nak berkongsi secara ringkas tentang minggu PPSL. PPSL stands for Pembimbing Program Siswa Lestari. Program ni sebenarnya program wajib setiap sidang menyambut kedatangan siswa/i kemasukan baharu ke Universiti Sains Malaysia.

Alhamdulillah, saya terpilih untuk berkhidmat sebagai PPSL untuk sidang akademik 2015/2016. Orang nampak, jadi PPSL ni macam senang. Tapi, hakikatnya, hanya mereka yang mengalami sahaja tahu realiti yang berlaku.

Okay, saya kongsikan sedikit sebanyak tentang apa yang telah saya lalui sebagai seorang PPSL.

Sebelum saya dan PPSL yang lain dapat berada pada tahap sekarang (PPSL bertauliah), kami telah diuji dan berjaya melepasi beberapa peringkat yang sangat mencabar.

Peringkat pertama, sesi temuduga.

Saya tahu, ramai yang agak gerun bila dengar saja perkataan 'temuduga'. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab.. sebelum ni.. Nak mendapat tempat di universiti, ramai kenalan saya yang lebih cenderung memilih kursus-kursus universiti yang tidak memerlukan proses temuduga berbanding dengan kursus yang perlu ditemuduga.

Bila ditanya, rata-rata jawapannya, tiada keyakinan diri yang tinggi. Nah, di situ silapnya. Sebenarnya, rasa yakin tu sememangnya ada dalam diri setiap dari kita. Cuma, emosi kita yang telah berjaya mempengaruhi akal menjadikan kita tidak yakin dalam membuat sesuatu tindakan.

Macam mana nak atasi? Tak susah pun..

Percaya dengan kebolehan yang ada dalam diri, niat kerana Allah and be confident!


Kemudian setelah berjaya melepasi temuduga, barisan bakal PPSL wajib mengikuti kursus persediaan. Jadi, peringkat kedua ialah mengikuti kem persediaan PPSL.

Seumur hidup saya, kem persediaan PPSL kali ini merupakan satu-satunya kem yang tersangat menguji kesadoan mental dan fizikal saya. Kem persediaan tersebut kami jalani secara outdoor di Kuala Kangsar, Perak.

Bayangkan, berjam-berjam dijemur di bawah terik matahari hinggakan pitam. Kemudian, cari kayu api untuk masak sendiri, jaga itik sebagai amanah, bina khemah dan runtuhkan khemah setiap hari, hidup secara nomad berpindah dari satu tempat ke tempat yang baru dengan berakit dua hari berturut-turut sampai kena sunburn, berjalan lebih 20km dan tak mandi selama 4 hari berturut-turut.

Pada awalnya, timbul rasa tak puas hati, kenapa kami perlu melakukan semua perkara tu..

Tetapi, akhirnya.. kami faham semua yang kami lakukan itu bersebab dan sangat membantu kami sepanjang mengendalikan minggu siswa lestari.



Welfie group selepas tamat kem persediaan di Kuala Kangsar, Perak


Sekembalinya dari kem persediaan, kami perlu mengikuti peringkat seterusnya iaitu kursus persediaan fasa II (indoor) yang memberikan kami pemahaman mengenai setiap organisasi dalam universiti. Antara pengisiannya termasuklah penjelasan mengenai ombudsmen universiti, proses pengurusan biasiswa dan pinjaman PTPTN, pengurusan keselamatan, pembangunan, pusat sukan dan sebagainya.

Peringkat terakhir, apabila kami secara sah ditauliahkan sebagai Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) Sidang Akademik 2015/2016.

Gementar. Risau. Berdebar-debar. Seribu satu rasa bercampur ketika menanti hari pendaftaran siswa/i baharu. Lebih membuatkan saya tak senang duduk apabila saya diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai penghulunita di Desasiswa Fajar Harapan, salah sebuah kolej kediaman pelajar dalam kampus Universiti Sains Malaysia.

Pejam celik, sampai ke hari pertama minggu siswa lestari. Bermacam kerenah ibu bapa dan anak-anak kami perlu hadapi. Sentiasa bersedia untuk tidak bersedia. Setiap hari, setiap dari kami tak cukup tidur sepanjang minggu. Tekanan, stress, penat, ketika ini, emosi kami teruji.

Bila berdepan dengan situasi sepanjang minggu siswa lestari, kami mula sedar...

Setiap denda dan aktiviti yang kami lalui di kem sebenarnya satu latihan untuk kami.

Berjam-jam dijemur bawah terik matahari kerana berjam-jam kami perlu melayan satu persatu perangai ibu bapa dan pelajar sewaktu hari pendaftaran. Kami terpaksa tadah telinga tahan maki, ibu bapa yang cerewet, demand dan macam-macam lagi. Still, kami mampu bertahan dan terus ukir senyuman.



Sempat selfie bersama salah seorang PPSL Fajar Harapan, Chew dan 
PPSL Induk merangkap MPPUSM, Fahmi Fadzli


Situasi tegang yang paling menguji kekuatan mental PPSL ialah fenomena serangan persepsi di laman sosial oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab. Antara serangan persepsi yang agak tak logik ialah mereka mempersoalkan budaya 'cheers' yang dibuat oleh setiap desasiswa sewaktu minggu siswa lestari berlangsung.

Tapi kan.. Semua yang berlaku dengan izin Tuhan, segala provokasi yang timbul inilah yang membuatkan barisan PPSL bersatu hati dan cekal memikul amanah masing-masing. Salute!

Sebab, kami tahu masih ramai yang ada dengan kami. Ramai yang faham dan menyokong kami termasuklah junior-junior yang baharu. Macam yang saya cakap tadi, hanya mereka yang mengalami dapat merasai dan menilai dengan sebaiknya. :)



Whatsapp yang saya terima daripada siswi baharu desasiswa Fajar Harapan
meluahkan pendapat beliau mengenai PPSL


Satu perkara yang saya pegang, kalau kita buat sesuatu dari hati, yakinlah ia akan sampai ke hati. Betulkan nawaitu, inshaAllah, Allah permudahkan..

Secara keseluruhannya, diberi peluang berada dalam keluarga PPSL sidang akademik 2015/2016 merupakan pengalaman yang baru dan lebih mematangkan diri Nurul Atiqah.

Alhamdulillah, syukur untuk kesempatan dan ruang ini. :')



Bergambar di hadapan banner penghulu dan penghulunita Desasiswa Fajar Harapan



Okaylah, cukup di sini dahulu. Thank you for reading this entry till the end. hehe..

Lots of love,
Nurul Atiqah







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

1 comments:

  1. wah, siap ada gambar dalam banner lagi..orang penting USM ni :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^