Wednesday, March 25, 2015

EmceePro Workshop


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Lama tak mencoretkan sesuatu di blog disebabkan kekangan-kekangan tertentu yang tak dapat dielakkan. Moga masih ada pembaca blog yang setia membaca coretan perkongsian di sini.

Sedikit perkongsian tentang pengalaman baru yang saya dapat tempoh hari.

Pada Ahad yang lepas, 22 Mac 2015, alhamdulillah, diberi kemudahan oleh Allah untuk hadirkan diri dalam Bengkel EmceePro yang dianjurkan oleh Neuronworks Training. Bengkel tersebut diadakan di Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur.

Orang kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Disebabkan minat dalam bidang pengacaraan majlis ni, saya usahakan untuk sertai bengkel ni walaupun jauh dari kampus pengajian saya.

Alhamdulillah, saya bertolak dari Sg. Nibong ke Kuala Lumpur bersama senior saya, Hafiz pada 21 Mac dan selamat sampai sebelum bengkel bermula.

Bertuah rasanya bila sekali lagi dapat menuntut ilmu terutamanya ilmu pengacaraan dengan Tuan Rizal Rashid, seorang yang berpengalaman hampir 10 tahun dan mempunyai kepakaran dalam bidang pengacaraan majlis.

Kali pertama bertemu beliau sewaktu menghadiri Seminar Now Everyone Can Speak (NECS). Malangnya, tak berkesempatan menulis tentangnya dalam blog ni. Maaf. :(

Nevermind. Back to EmceePro Workshop. Apa yang saya boleh katakan, banyak ilmu baru yang saya dapat selepas sertai bengkel ni.


Dari kiri, senior saya, Hafiz, Encik Hafiz (peserta), Tuan Rizal Rashid, Puan Ros (peserta) dan saya.

Kalau sebelum ni, sediakan skrip emcee tanpa ada guide yang betul dan memakan masa yang lama, sekarang saya dah dapat tips untuk sediakan teks emcee kurang daripada 30 minit. Serius cakap. Sewaktu latihan amali dalam bengkel tersebut, saya berjaya siapkan teks emcee dalam masa 12 minit. Betul ni. Saya tak tipu.

Dalam bengkel tersebut juga, Tuan Rizal turut kongsikan teknik yang boleh diaplikasikan semasa mengendalikan sesuatu majlis. Teknik yang sangat teruja untuk saya praktikkan ialah gabungan teknik superfast dan stacatto stop.

Banyak lagi perkara yang Tuan Rizal kongsikan macam teknik format skrip majlis rasmi, soalan-soalan wajib yang seorang pengacara majlis patut tanya sebelum mengacarakan sesuatu majlis, apa yang perlu dan apa yang dilarang semasa mengacarakan majlis. Semua tu, saya dapat kat bengkel tersebut. Alhamdulillah, saya rasa sangat berbaloi dapat sertai bengkel tersebut.

Bagi rakan di luar sana yang terlepas bengkel EmceePro ni, jangan risau. Sebab Neuronworks Training ada anjurkan bengkel ni pada bulan April nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang ni. Okay? Untuk mendaftar, ikut saja langkah-langkah yang dimaklumkan dalam poster kat bawah ni.


Saya hentikan entri di sini dulu. InshaAllah, jumpa lagi dalam entri akan datang.

Salam sayang,
Nurul Atiqah Ahmed





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^