Tuesday, January 6, 2015

Semester break is coming!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Sekarang patutnya mengadap LMT100 sebab esok exam paper tu. Tapi, sebab mood mengadap short stories tu belum nak ada, eloklah kiranya ku isikan masa tu dengan update blog seringkas yang mampu.

Boleh macam tu? Haha.

okay, itu mukaddimah.

Almost 1 semester living a campus life.
Makin lama makin sedar bahawa hidup kita ni, makin lama makin mencabar. Ehh. Faham ke?

Senang cakap, campus life jauh beza dengan zaman sekolah. Dulu kat sekolah, semua benda termasuk apa yang kamu nak tulis dalam esaimen pun boleh menadah telinga dan disuap oleh cikgu.

Nahh, bila dah masuk universiti, jangan kamu harap lecturer nak bagi kamu satu-satu. Kamu yang kena cari. Kena usaha. Kena gali. Tak adanya dah bergantung pada lecturer. Kamu cari dan buat, kamu dapat. Kamu tak cari dan tak buat, kamu tak dapat.

As simple as that. Haha. Sarkastik kan? Tapi tu la hakikatnya.

Motif sebenar entri ni, nak katanya sekarang tengah final exam. Lepas final exam, akan ada semester break. Itu je nak kata sebenarnya.

Buku-buku kat bawah ni tengah menunggu untuk dibedah satu persatu. Haha. Bombastik bebenar! Haha.

Apa macam, salah satunya ada buku feveret kalian tak?

Kenapa baca buku waktu semester break? Kenapa tak kerja?

Haha. Kamu buka tafsir quran, belek surah al-alaq. Baca dan fahami terjemahannya.
*make sure ambil wuduk dulu!*

Nahhh. Kemudian, fikir sekali lagi, patut ke tak tanya kenapa baca buku? Hehe.. Kalau still tanya, memang nak kena ceramah la.. haha.

Taklah, gurau.

Okay dah. Mood mengadap LMT100 dah datang. 

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, semoga Nurul Atiqah Ahmed dapat amalkan ilmu yang dia cari dan dia dapat. Semoga dia dapat jawab exam dengan tenang, dipermudahkan dan dapat result yang baik. Ameen ya rabbal alamin..

Terima kasih mendoakan saya. :)

Terima kasih sebab masih bertandang untuk baca entri yuyu atiqa yang kekadang entah apa-apa jugak. Huhu.

Minta diri dulu. Assalamualaikum. ;)





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

  1. Haiii.. Cakkk..
    done follow sini no. 838
    salam kenalan yea..
    meh le singgah n follow blog teman,
    leh kita saling kunjung-kunjungan..

    http://tengkubutang.blogspot.com/ - blog official teman

    http://kucenkucenbleog.blogspot.com/ - blog kucen teman

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segalanya.. buat yang terbaik ye..

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^