Thursday, January 22, 2015

Kenapa tak balik?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Sekarang cuti semester. Pasti, rakan-rakan yang lain sudah ada di rumah masing-masing.

Suasana mungkin berbeza.
Ada rakan yang pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan gembira dan mungkin sebaliknya.

Apa jua situasinya, setidak-tidaknya kalian dapat berada bersama keluarga tercinta. Sesuatu yang wajib disyukuri.

Nurul Atiqah tak balik rumah ke?
Haha. Ya. Saya masih di sini. Di bumi Minden.
Saya akan balik. Cuma sedikit lewat dari rakan-rakan yang lain. Masih ada urusan yang perlu saya selesaikan di sini.

Tipulah. Kalau saya cakap tak terdetik rasa rindu nak balik. Rindu. Serius rindu. Rindu nak tengok wajah mak ayah. Rindu nak 'berperang' dengan gelagat anak-anak menakan. Rindu makanan Kelantan.

Tapi tak mengapa.
Selesai urusan di sini, pasti kaki ini akan kembali ke rumah. Secepat mungkin.

Sahabat,
Kalau ada rakan kalian yang tak balik sewaktu cuti semester, tahanlah diri dari bertanyakan sebab kenapa mereka tak balik.

Bukan apa, terkadang, kita melihat mereka menjawab pertanyaan kita dengan senyum dan riak wajah yang tenang. Tapi di sebalik senyuman tu mungkin tersimpan rasa sayu. Tuhan saja yang tahu.

Makanya,
Positifkan persepsi.
Tak balik tak bermakna tak ingat keluarga.
Mungkin ada komitmen yang perlu diberi keutamaan. Kan?

Apa-apa pun, moga hari-hari kalian sentiasa ceria dan indah. :)

Salam sayang,
Nurul Atiqah ♡



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

6 comments:

  1. semoga apa yang diuruskan berjalan lancar dan dapat berjumpa dengan keluarga tersayang... dulu masa kak u ni belajar.. pantang cuti... pasti hilang... hihihhi... maklum la rumah dekat... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. tima kasih kak ayu.. hehe.. alhamdulillah. Dapat balik umah kejap jumpa mak ayah pun dah bersyukur. Thanks kak ayu tau! ;)

      Delete
  2. enjoy ur holiday..my holiday is over..got to go back to work..huhu

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^