Tuesday, January 13, 2015

Allah panggil..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Allahurabbi. Masih berbaki 2 paper menjengah cuti semester.

Tadi, niat di hati nak buat sedikit ulangkaji selepas solat isyak untuk preparation paper ykt101 esok. Mungkin sebab kesihatan tak mengizinkan, aku terlelap sesudah solat.

Bila terjaga, sudah tengah malam. Mata sudah segar bugar. Masih berkira-kira sama ada mahu buat revision atau tidak.

Risau takut nanti buka lampu, ganggu roomate yang baru sahaja lena dibuai mimpi. Malangnya pulak, lampu belajar aku mati. Hmm.. dilema.

Lantas, aku bingkas bangun cuci muka dan ambil wuduk.

Bisik pada hati, Allahurabbi..

Lama sekali aku tidak berbual dengan Tuhanku..

Mungkin Dia aturkan 'date' kami malam ni.
Itu sebab Dia buat aku terjaga dari lelap.

Allahurabbi...

Benarlah. Mahu cari ketenangan, cari Dia.
Mengadu padaNya. Berbual denganNya. Ceritakan segalanya dalam sujud padaNya.

Waktu itu, hanya kita dan Dia.

Benar. Hati sangat tenang. Jiwa sangat lapang. Allahurabbi..

Tuhan itu Maha Tahu apa yang hambaNya perlukan..

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Terima kasih Tuhan.. :')


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^