Monday, June 16, 2014

A short visit to Shah Alam


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Cerita semalam. 15 Jun 2014.

Ada urusan di Shah Alam.

Saya dan sepupu menemani sahabat rapat saya, Safwan untuk menghadiri ujian kecergasan dan temuduga bagi kursus Pendidikan Jasmani di fakulti Pendidikan, Seksyen 17, Shah Alam. Sesi temuduga beliau bermula pada jam 2.00 petang. Kami masuk area Shah Alam sejam lebih awal.

Tapi belum jumpa penunjuk arah lokasi temuduga. Jadi, buat keputusan untuk tanya pak guard kat kawasan UITM Shah Alam tu. Satu nak puji pak guard tu, dia siap fotostat peta kasi kat kami sebagai petunjuk ke lokasi temuduga.

Sistematik! good job!

Kami ikut peta dengan bantuan waze, akhirnya jumpa lokasi temuduga kat INTEC, Seksyen 17.

Sedang elok sampai, azan zohor berkumandang. Kebetulan ada surau terletak dekat saja dengan tempat temuduga. Jadi, kami solat zohor dulu kemudian gerak ke lokasi ujian kecergasan iaitu di Gymnasium INTEC.

Lebih kurang pukul 2.15 petang, calon-calon untuk kursus Pendidikan Jasmani diminta masuk ke dalam gym untuk ujian kecergasan. Keluarga dibenarkan masuk sama untuk bagi moral support la kot. hehe.

Saya dan sepupu masuk sama dan tengok calon-calon termasuk sahabat saya tu buat ujian kecergasan.

Serius cakap, nampak je mudah. Tapi, memang sangat menguji ketahanan badan dan stamina.
Yelah kan, nak jadi cikgu PJ ingat boleh main jadi macam tu je ke? Bukan mudah!

 Jangan pandang rendah pada mereka ya!

Lepas ujian kecergasan, calon diberi masa untuk salin pakaian untuk sesi temuduga dalaman.

Sepupu saya nak tunggu Safwan semasa sesi temuduga dalaman berjalan sementara saya keluar kejap jumpa sahabat rapat saya area Shah Alam. 

-----------------------------------------------------------------------

Alang-alang dah ada kat area Shah Alam, saya tak lepaskan peluang untuk jumpa dua ex-classmates masa tingkatan 3 arab dulu, Madiah dan Alibuni. Dah berkali rancang nak jumpa, akhirnya kali ni dapat jumpa. Alhamdulillah...

Madiah datang ambil saya kat INTEC dan kami decide dengan Buni nak jumpa dekat Restoran Ayam Bakar Mas Mono. Dah lupa area mana kat Shah Alam tu sebab tak familiar dengan jalan. huhu. sorry. Tapi yang pasti, restoran dia betul-betul bawah butik online yang famous amous kat Instagram, Qalaqisya.




 Sempat masuk Qalaqisya kejap tapi tak jumpa dress yang dicari.

Back to Resotran Ayam Bakar Mas Mono bawah butik Qalaqisya.

Serius cakap, sedap sangat nasi ayam bakar dia! JJCM pun dah pernah sampai kat situ.

Thanks to Buni sebab paksa saya makan sebab saya belum lunch. So sweet of him. haha. Mula-mula takut tak habis sebab nampak macam banyak, tapi maybe sebab lapar, licin satu pinggan! heeee..

Walaupun dapat luangkan masa kejap je, tapi saya sangat gembira dapat jumpa mereka! Tuhan je yang tahu perasaan dalam hati ni..



 This is Madiah!
Dari dulu sampai sekarang, sempoi je.
Love her!


This is Alibuni!
Budak handsome kat MSU katanya! haha..
Buni makin talkative rasanya. heee.. 



 Welfie! Welfie! Welfie!



Madiah makin cantik, Buni makin kacak. 
Well, both of my friends memang student cantik dan kacak MSU. heeeee...



Moment yang sekejap tetapi menggembirakan.
Thank you so much Madiah and Buni sebab sudi luangkan masa jumpa.

Belajar bebaik! Nanti graduate, jadi doktor yang berkualiti k! Bangga dengan kamu berdua!


Lepas makan, Madiah hantar saya balik ke INTEC. Buni terus balik Klang rasanya.
Sampai INTEC, sepupu dan Safwan duk menunggu. heee..

Kami gerak balik Sungai Buloh.

That's the story of my short visit to Shah Alam.

See you in my next entry!

Thanks for reading!

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, June 15, 2014

Myn's E-Day


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Tabik sama mereka yang konsisten update entri blog setiap hari.

Haha. mukaddimah yang klise. Saya tahu itu.

Okay. Entri kali ni nak kongsi moment majlis tunang one of my closest friend, Farisya Syamin.

Flashback on our first met masa dekat Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk program PPDa-Petronas. Kami ditakdirkan menginap dalam satu bilik. Mula-mula ingat dia ni sombong.. Tapi sangkaan saya meleset sama sekali.

Dari mula-mula tekan loceng bilik, dia bukak pintu then dia yang mula-mula menyapa dan mulakan sesi perkenalan.. She's so sweet. Seriously..

Dari situ kami kenal-kenal dan lepas habis program pun kami masih berhubung melalui laman sosial sampai sekarang. Alhamdulillah. Ada masa saya turun KL, dia ajak ke rumah dia, dan keluarga dia sangatlah ramah. I'm touched! Pejam celik pejam celik, dah hampir 4 tahun kami kenal dan bersahabat.

Allahu.. moga Allah berkati ukhwah persahabatan ini dunia akhirat. ameen..




 View dari bilik Myn.
Sangat jatuh cinta dengan dekorasi ala-ala garden dengan tanglung ni semua.
Ringkas dan menarik !!!!



We're at the same age and now, she's someone's fiancee and InshaAllah will be getting married soon!
I'm extremely happy and excited! haha.. sounds quite melebih kan! haha..

Majlis tunang Syamin diadakan secara sederhana tetapi meriah, dihadiri oleh saudara mara dan sahabat rapat. Alhamdulillah, sekali lagi dapat jumpa one of our friend yang jumpa dekat Negeri Sembilan jugak, Imran!




Imran dah kurus sekarang berbanding dari the old Imran I met 2 years ago on his sister's wedding. haha. Perubahan yang agak bagus! Yet, he's still the same Imran yang selalu membuli and kept calling me mok mok because of my cheek yang dia cakap macam kuih pau. (I don't think so, actually) sighh. haha

Satu lagi moment yang tak boleh dilupakan. Guess what?




I finally met Dena Bahrin! heeee..
Actually, Kak Dena ni anak sedara Myn. Such a small world kan?
Pi mai pi mai tang tu jugak.. heeeeeee
 
She's such a humble person.. Tak sempat nak tangkap gambar dengan Saif, her charming son. heee
(actually segan)

Apa-apa pun,

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Akhirnya, dipermudahkan urusan dan dapat jugak attend majlis tunang Myn. InshaAllah, harap dapat attend her wedding nanti. Moga dipermudahkan.. ameen..

So, who's next?? heee..

Till then!

Wassalam.. :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, June 8, 2014

Bila cakap pasal kahwin


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Seminggu tak update entri gara-gara sibuk dengan majlis kawin.
Alasan je tu sebenarnya..

hehe..

Ya rabbi.. serius, rindu nak berceloteh kat blog.

Baru ni, sibuk dengan persiapan majlis kawin kakak saya diikuti majlis kawin sepupu saya. Alhamdulillah, tanggal 3 Jun 2014, kakak telah sah bergelar isteri kepada abang ipar saya.. Pejam celik, ketiga-tiga kakakku dah berkahwin. Tinggal saya dengan adik je lagi.Cepat betul masa berlalu.......

Cakap pasal kawin ni kan..

Dulu macam tak ambil kisah sangat tau.. Tapi lepas kakak saya kawin, soalan cepu mas yang agak terlalu awal untuk ditanya, telah beralih kepada saya.

"Bila yuyu punya majlis pulak?"

Kakak semua dah kawin, lepas ni yuyu la pulak ye dak!"

Haha.. soalan itu kini telah ditujukan pada diri ini.. Reaksi saya? hehe..

Relax je.. Cool je..

Senang jawab,

belum lagi kot.. InshaAllah, sampai jodoh nanti, kawin la. hehe..

Lagipun, baru menjengah umur 20.. hehe. Percayalah..
Buat masa ni, nak fokus sambung degree.. Dalam 4, 5 tahun lagi, InshaAllah, kita bukak balik cerita pasal kawin ni semua ya. Masa tu, InshaAllah kalau panjang umur, umur saya around 24, 25 tahun.. Dah boleh dah kalau nak cari pasangan pun masa tu. Haha..

 Lagi beberapa hari nak ke Kuala Lumpur untuk majlis tunang kawan baik saya. InshaAllah, moga dipermudahkan urusan dan perjalanan. ameen.
waaaaa... satu persatu sahabat saya dalam perancangan nak mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, gembira untuk mereka..

Saya??
InshaAllah, masa itu akan tiba.. Cuma cepat atau lambat je.. weee..

Doakan yang terbaik.. ameen. :)

Jom tengok sekilas foto kenangan semasa majlis kakak sulung saya minggu lepas. :)


Adik beradik tanpa adik bongsu kami, Asma.
Tak lupa juga anak buah kami, Zara.
Kiri : Amy (kakak nombor 2), Kakak sulung (pengantin), Fatin (kakak nombor 3)
Bawah : Saya dan Zara. 
-malam berinai-


Saya, kakak sulung (pengantin) dan Fatin (kakak nombor 3)



 Saya dan kakak. 
Gembira untuk perkahwinannya.. :')



Saya dan kakak semasa majlis sebelah pengantin lelaki. :)



Alhamdulillah.. Syukur segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

Di sini saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat sahabat blogger yang baru mendirikan rumah tangga..

Blogger Izma
Blogger mat yie
Blogger Syahir (Fuh.My)
Blogger Nadia Johari
Blogger Cik Epal
dan mungkin beberapa orang lagi yang saya terlepas pandang.. maaf dipinta..

Selamat Pengantin Baru.. 
moga berbahagia hingga ke syurga. ameen. :)

 


Gambar kenangan kenduri rumah blogger Izma..
credit : Blogger Muja


Okaylah. stop sini dulu.

Jumpa dalam next entri..

Thanks for reading!

Wassalam..




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥