Saturday, May 31, 2014

Video Resume Ilman Nazim


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Saya ada seorang sahabat. Nama dia Muhammad Ilman bin Nazim. Saya kenal dia ketika menghadiri temuduga untuk jurusan Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM).

Dari pengamatan saya, dia seorang yang sangat meminati bidang Komunikasi. Kali ini, dia mendapat tawaran temuduga dari Universiti Kebangsaan Malaysia untuk jurusan yang sama. Haa.. Nampak tak 'kimia' dia dengan bidang komunikasi di situ? hehehe..

Untuk melayakkan diri supaya terpilih menjadi salah seorang mahasiswa UKM, dia perlu mencipta video dengan kreativiti tersendiri sebagai resume mengenai dirinya dan mengapa dia patut dipilih.

Jadi, bagi saya...

Dengan melihat kesungguhan yang dia tunjukkan serta minat yang mendalam dalam bidang komunikasi, dia sememangnya layak diberi peluang untuk belajar dan mendalami bidang yang dia minati.

Dengan semangatnya yang berkobar itu, saya pasti, dia mampu memperbaiki kekurangan yang ada serta menjadi satu aset yang lebih baik untuk UKM, mungkin juga untuk negara malah mungkin seorang yang berjaya di mata dunia kelak, InshaAllah.

Justeru, saya menyeru rakan-rakan sekalian untuk menonton resume yang telah Ilman Nazim sediakan serta menyokong (kalau tak keberatan untuk like video tersebut) dan juga mendoakan apa jua perkara yang terbaik untuknya.





Tak salah kalau kita mendoakan yang baik-baik untuk orang kan? Lagipun dia juga saudara seislam kita.. :)

Saya mewakili sahabat saya, Ilman memohon maaf atas kekurangan pada video ataupun persembahan Ilman dalam video tersebut. InshaAllah, kekurangan tersebut akan diperbaiki. Mohon doa dan sokongan dari kalian.


Terima kasih daun keladi.

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, May 26, 2014

Cakap baik atau sebaliknya?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Apabila saya berumur 18 tahun, baru saya sedari, ada satu perangai baru yang semakin sebati dalam diri saya. Memerhati. Ya. Saya yang dulu, jarang sangat nak perhatikan perkara yang tak ada kaitan dengan saya. Jauh sekali nak ambil tahu dan masuk campur. Agak sombong bunyinya di situ, bukan?

Ya. Mungkin, tingkah saya sedikit demi sedikit mengalami perubahan apabila menjengah ke alam pembelajaran sebagai pelajar tingkatan 6. Hari demi hari dilalui, pelajaran baru satu persatu dipelajari. Ilmu terus menerus dicari. Mungkin, keadaan tersebut telah mengubah corak pemikiran dan kehidupan saya.

Bukan perubahan itu yang saya nak kongsikan dalam entri kali ini. Apa yang saya nak kongsikan kali ini ialah satu perkara baru yang saya belajar melalui perubahan yang telah berlaku pada diri saya.

Belakangan ini, saya lihat begitu ramai orang yang lantang mengeluarkan pendapat dan hujah masing-masing. Terutamanya di laman sosial. Ya. Tidak dinafikan. Kita memang mempunyai hak untuk bersuara. Tapi, adakah dengan hak yang diberi, kita senang hati untuk mengeluarkan kata-kata? Tanpa memikirkan akibat dari kata-kata kita? Tanpa mengambil kira perasaan dan sensitiviti mereka yang melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga?

Baiklah. Kali ini, saya cuma mahu menyatakan pendapat dan pandangan saya.

Setengah dari kita, suka berterus terang dalam apa jua perkara. Bagi saya, berterus terang itu bagus. Cuma, biarlah berpada-pada. Jika kita tidak suka, tegurlah dengan berhemah. Utarakan pendapat dan pandangan dengan bijaksana. Bukan dengan cara menyindir, mengaibkan dan menghina.

Kita dikurniakan akal. Boleh bezakan yang baik dan buruk. Jangan sampai, yang buruk kita anggap baik di mata kita, dan yang baik, kita butakan mata. Tak betul la macam tu. Kan?

Yang buruk, memang patut kita tegur secara membina.
Kalau boleh, tak perlulah mengata sini sana.
Kita hidup untuk mara ke depan. Patutnya kelihatan dan berfikiran matang.
Kenapa perlu membenci dan bermasam muka?
Itu bukan ajaran Rasul kita.

Yang baik pula, adilkah jika kita menutup mata?
Buat tak tahu saja?


Janganlah disebabkan beberapa kelemahan dan keburukan yang kelihatan,
Kita butakan mata untuk tidak melihat dan mensyukuri segala kebaikan dan kesejahteraan yang diberikan.
Janganlah melulu memberikan hukuman.

Berhemahlah. Berhikmahlah. 

Saya berbicara atas dasar seorang manusia.
Yang masih cetek ilmu untuk menongkah arus dunia.
Yang dahagakan pengetahuan.
Yang sayangkan keamanan.
Yang ingin berjuang menggapai cinta dan syurga Tuhan.


Bagi saya,
Akal kita membawa kita kepada apa yang kita fikirkan.
Niat kita mendorong kita kepada apa yang kita lakukan.
Pandangan kita mempengaruhi tindak tanduk yang kita tunjukkan.

Positiflah menghadapi kehidupan.
Teruskan berdoa untuk kebaikan.
Bersyukurlah atas segala nikmat Tuhan.
Musibah, malapetaka, kejahatan, mohon dijauhkan.





Segala tutur bicara,
Setiap aksara taipan jari saya,
Jika mengguris rasa hati sesiapa,
Mohon diampunkan,
Kerana saya juga hamba yang sering melakukan khilaf dan dosa.


Moga kita sentiasa menyampaikan perkara yang baik,
Moga kita sentiasa berkata segala yang baik,
Moga kita sentiasa berusaha menjadi insan yang baik,
Moga Tuhan redhai kita untuk kehidupan yang lebih baik.

Ameen.


Salam sayang,
Nurul Atiqah.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, May 25, 2014

Di sebalik penghargaan.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Saya baru balik dari temuduga untuk Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa,UITM. InshaAllah, akan saya kongsikan cerita tentangnya dalam entri akan datang.

Jujur, agak kepenatan untuk update entri. Tetapi, ada sesuatu yang mendorong saya untuk gagahkan diri menaip sedikit entri ringkas malam ni.

Tentang saya terpilih sebagai blogger pilihan untuk menghiasi ruangan blogger pilihan dalam Utusan Malaysia.




Utusan Malaysia
(24 Mei 2014)



Alhamdulillah, jujurnya ianya satu penghargaan buat saya.
Alhamdulillah, mungkin kali ini rezeki berpihak pada saya.

Bukan ucapan tahniah jauh sekali pujian yang saya cari. Serius.
Niat di hati memang hanya untuk berkongsi rasa.

Tetapi, jujur.. sekali lagi saya katakan..
Saya sememangnya belum layak mendapat pujian dari kalian.
Jauh sekali nak dibanggakan.
Tiada kehebatan dalam seo, tiada pageviews yang mencecah jutaan pengunjung..
Bukan itu yang saya kejarkan.
Cukuplah sekadar diterima untuk 'memberi' apa yang saya ada untuk dikongsikan bersama melalui blog ini.

Blog ialah medium untuk saya mencoretkan sesuatu bertujuan untuk berkongsi.
Mungkin ada darinya yang boleh membawa manfaat untuk kita bersama.
Hanya itu niat saya.
Moga sedikit sebanyak mampu saya jadikan pencen kubur.

Di sini..
secara terbuka..
Ada beberapa insan yang selayaknya kalian ucapkan tahniah dan diberi pujian.
Kerana tanpa mengenali mereka, saya mungkin takkan mampu bergerak ke depan sehingga sekarang.


Siapa mereka?

Pertama..

Saudara Ben Ashaari.

Ya. Beliau sifu saya. Pada awal saya berjinak dalam dunia blogging, beliau yang banyak memberi bimbingan pada saya untuk terus yakin dalam menempatkan diri dalam bidang ni. Nasihat dan panduan yang beliau tunjukkan pada saya, takkan mampu saya balas. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan beliau. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan keluarga dunia akhirat. Masih segar dalam minda saya, kata-kata perangsang beliau..

"Manfaatkan blog untuk logkan coretan kehidupan kita. Menulis kena guna akal, ikhlas dari hati."


Saudara Hami Asraff.

Ya. Seorang yang saya kagumi. Beliau antara individu yang berjaya menarik perhatian saya dengan dakwahnya yang santai dan 'berisi' melalui blog beliau. Belum pernah berpeluang bertemu mata, tapi alhamdulillah pernah berbicara melalui telefon. Hebat orangnya. Sering mengungkapkan kata-kata dan penulisan yang memberi inspirasi kepada pembaca. Penulisan beliau sedikit sebanyak mempengaruhi saya untuk sentiasa positif dan lebih bermotivasi untuk terus maju menapak ke hadapan..

Sahabat-sahabat blogger yang lain yang memberi saya inspirasi untuk terus 'memberi' yang terbaik dalam setiap penulisan entri..

Blog MariaFirdaus.. Bro Hasrul Hassan.. Bro Framestone.. Hazanis.. Mujahidah.. Team Denaihati..

Sahabat-sahabat blogger yang kenal masa iftar blogger Kelantan, sahabat blogger yang kenal kat Blogrrr Event, sahabat blogger yang baru kenal kat SBB2014 tempoh hari..

Mengenali dan bersahabat dengan kalian adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai dalam hidup saya. Kalian guru saya, kerana setiap dari kita sentiasa cuba untuk menyampaikan sesuatu kepada satu sama lain. Dan perkongsian yang disampaikan pastinya tersirat kebaikan tertentu. InshaAllah..

Kalian tulang belakang saya.

Tanpa kalian, saya mungkin gadis biasa yang mempunyai blog picisan yang mungkin masih berada di takuk lama.

Moga kita dijauhkan dari lupa diri. Moga Allah lindungi hati ini.

Moga mazmumah jauh dibentengi,
Moga mahmudah terus subur di sanubari.


Mohon pada Allah, moga kita sentiasa bersatu hati..
Tak kira tika jatuh atau tika bangkit kembali.



Pada mereka yang mengenali diri ini,
pertemuan dan perkenalan dengan kalian memberi pengalaman dan pembelajaran tertentu buat saya.

Terima kasih atas segalanya.

Mohon maaf tulus dari benak hati saya sekiranya ada menyinggung hati sesiapa sepanjang keberadaan saya dalam dunia blogging. Saya tak sempurna. Pasti ada tiris robek di mana-mana. Mohon diberi tunjuk ajar dan teguran untuk terus memperbaiki diri yang lemah ini.

Salam sayang..
Nurul Atiqah.
(24/5/2014)
(11:31 pm)

Wassalam..



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, May 23, 2014

Photoshoot Punya Cerita.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Sedikit coretan untuk hari ini.
Last few days, saya dapat call dari pihak Utusan Malaysia untuk shoot dalam ruangan blogger pilihan. Suggested by my sweet bloggermate, Mujahidah. Thank you kak Muja sayang.. Alhamdulillah, saya terima peluang ini sebagai medium untuk saya berkongsi cerita saya dengan kalian di luar sana.

So, Rabu (21 Mei 2014) jam 12 tengah hari ialah masa yang dipersetujui untuk sesi photoshoot.

I asked my gorgeous bloggermate, siapa lagi kalau bukan Cik Hazanis yang kecik molek tu kan... untuk temankan saya.. hehe..

Usually, kalau keluar ke Kota Bharu, saya mesti akan gather dengan Hazanis dan Muja. Tapi, kali ni kak Muja tak dapat sertai kami berdua disebabkan kekangan beliau yang sedang berjuang menghadapi peperiksaan. sobss..
Rindu sangat telatah beliau. :'(

and Yupp... Kak Hazanis dan Kak Muja ialah dua bloggermates merangkap kakak-kakak (lain mak lain bapak) yang sangat saya sayang sebab mereka selalu sabar layan adik mereka yang banyak songeh ni. heee... Tak caya? Terpulang.. hehe

Back to story. Macam biasa, saya gerak dari Machang dengan menaiki bas kemudian turun kat stesen bas Kota Bharu. Kemudian, kak Hazanis pick me up there dan kami terus gerak ke lokasi untuk photoshoot iaitu Perpustakaan Awam Kota Bharu.

To be frank, ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke Perpustakaan KB. Rasa nak ketuk kepala sendiri sebab tak ambil peluang sebelum ni menjengah dan meluangkan masa kat sini. Yela, selalunya kalau perlukan buku, saya lepak kat library sekolah je kan. haha.

Tapi, serius cakap, memang rasa jakun kejap bila masuk Perpustakaan KB. Satu tempat yang sangat kemas, selesa dan yang paling saya salute ialah perpustakaan ni sangat menitikberatkan soal keselamatan dan batas pergaulan pengguna di dalamnya. Maksud saya, terdapat ruangan tertentu yang disediakan untuk kaum hawa dan kaum adam secara berasingan. Sangat menjaga batas. Bagus kan? Salute!

Bab photoshoot pulak...

Bila kita tengok model-model dalam majalah tu semua posing nampak macam mudah je kan..
Percayalah, bagi orang macam saya yang tak pernah shoot dengan khidmat jurugambar profesional, ianya tak semudah yang disangka! Seriusss! Haha. Saya rasa saya ni memang jenis yang macam boleh je posing bila nampak kamera ni kan.. Tapi tetiba rasa macam aihhhh... Apa pasal tetiba rasa kekok dan susah nak pose nihhh! Haha. Adoilah.. Nasib baik photographer, Encik Rosni ni sporting orangnya.

Banyak jugak tips yang beliau share. Bagus betul beliau ni. Nasib baik jugak ada Kak Hazanis yang cool dan selalu tenangkan saya. Tak adalah saya nak gabra sangat kan.. heee..

Alhamdulillah, the photoshoot went well. Settle photoshoot, Encik Rosni kembali ke office. Saya dan Kak Hazanis pula gerak pergi basahkan tekak dan isikan perut kat KFC. Kami decide lepak kat KFC sebab masing-masing tak rasa lapar sangat, sekadar haus. hehe.


selfie dengan Kak Cah sementara tunggu bas sampai.


Lepas isi perut, kami gerak pergi window shopping kat Parkson sebelum saya naik bas untuk balik ke Machang. Di Parkson, saya ada terbeli a few cosmetic products from FCC. InshaAllah, review dalam entri akan datang ya. hehe..

Keseluruhannya, rasa agak penat tapi seronok! Dapat pengalaman baru dan mood baru. Ehh? haha...

Terima kasih kak Muja sebab cadangkan yuyu.
Terima kasih kak Hazanis sebab temankan yuyu kat sana.
Terima kasih team Utusan Malaysia (Encik Azrin, Encik Rosni, Encik Irwan)
Terima kasih wakil Perpustakaan Awam KB (Encik Hafiz)
Terima kasih semua!


teaser



Okaylah. Entri kali ni setakat ni dulu.
InshaAllah, jangan lupa beli akhbar Utusan Malaysia hari Sabtu ini. Ehh! haha
Segan sebenarnya. Face palm! -_-'

Thanks for reading.

Till then, wassalam..





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, May 19, 2014

Kisah Malaikat Kecil.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Sedikit kecewa dengan diri sendiri sebab tak sempat celah masa nak update blog. Lately, sibuk dengan preparation untuk interview. Tak lama dah nak sambung degree, InshaAllah kalau ada rezeki. ameen.

Doakan yang terbaik untuk saya ya..

Ni mencelah masa untuk kongsi satu kisah yang sangat terkesan di hati saya.
Kisah yang sempat saya baca di facebook. Tergerak hati nak kongsi di sini.


------------------------------------------------------------------------------

Kisah Malaikat Kecil.


Gambar Hiasan : google



“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata 


“Ayah! Saya dah bersedia!"
"Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
 “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?”


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat?"

 "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?”

Ayahnya menambah 


“Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini..."

 Dengan merintih anaknya merayu,
“Benarkan saya pergi ayah?” 

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”


 ”Terima kasih Ayah!”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu nam
un sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.


 “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” 

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. 


Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya 


“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?” 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.

Dia adalah perempuan separuh umur itu. 


“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni.

Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi.

Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu.” 

”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu."

Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat.”


“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka.”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!


Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (HR. Bukhari)



------------------------------------------------------------------------------

Subhanallah.
Kagum dengan adik kecil itu.
Mungkin dia masih seorang kanak-kanak, tetapi dia mempunyai jiwa yang besar dan semangat yang benar-benar hebat!

Mampukah kita berusaha menjadi sekuatnya?

InshaAllah...


Thanks for reading.

Wassalam.


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, May 6, 2014

Anugerah Khas PIBG SMKH 2013


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Banyak entri tertangguh disebabkan kekangan internet. Tak mengapa, aku usahakan juga untuk update.

Pada tarikh 3 Mei 2014 yang lalu, berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 dan Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah.



Program pada kali ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Turut hadir dalam program ini ialah Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Datuk Haji Yaakub, Ahli Parlimen Machang serta dif dif jemputan yang lain.

Situasi di luar jangkaan berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya sejurus sebelum aturcara penyampaian sijil penghargaan dan hadiah buat penerima anugerah kecemerlangan bermula.

Alhamdulillah, lafaz kesyukuran diucap apabila hujan membasahi bumi Machang setelah berminggu minggu bumi Machang tidak disirami hujan. Tiada siapa yang menyangka.. Barangkali hujan rahmat dikirim bagi mengiringi program yang sedang berlangsung. Biiznillah..

Alhamdulillah, aku dijemput oleh pihak sekolah sebagai penerima Anugerah Khas PIBG 2013. Syukur pada Ilahi, betapa terharu diberikan penghargaan atas penglibatan dan pencapaianku sepanjang 7 tahun di SMK Hamzah, Machang.



Menerima anugerah daripada Yang Berbahagia Tuan Haji Harun bin Mail, Yang Dipertua PIBG, SMK Hamzah, Machang.


credit gambar : Sidang Redaksi SMKH/Cikgu Zalina Ab. Razak


Perkara yang membuatku lebih terharu apabila mak turut berada di sisi melihat aku menerima anugerah.

Masih segar dalam ingatan, ketika itu aku terpilih sebagai tokoh pelajar untuk menerima anugerah pada Malam Anugerah Kokurikulum sekolah pada tahun 2010. Mak menggantikan tempatku untuk menerima anugerah tersebut kerana aku sedang berada di Negeri Sembilan pada waktu yang sama untuk menerima anugerah Sahabat PPDa-Petronas di sana.

Alhamdulillah, untuk anugerah kali ini, aku berpeluang menerimanya sendiri dengan adanya mak di sisi. Syukur pada Tuhan.. :')


Gembira melihat senyuman mak. :')



-----------------------------------------------------------------------------------------

aku mungkin tak sebijak orang lain, dapat pointer tinggi... dapat biasiswa..
tapi.. aku bersyukur dengan apa yang aku ada, apa yang aku mampu beri pada orang..
aku cukup bertuah dikurniakan kedua mak ayah yang sentiasa ada di sisi..
aku takkan sesekali mudah goyah.. kerana aku tahu dan aku yakin..
doa mak ayah dan mereka yang menyayangiku sentiasa mengiringi perjuanganku..
terima kasih Tuhan atas pinjaman yang Engkau kirimkan.. :')
Dengan izinMu, perjuangan sebenarku kini bermula...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum hentikan entri kali ini, sekalung terima kasih buat pihak sekolah dan PIBG atas penghargaan yang diberikan.

Tahniah buat sahabatku, Anis Amira binti Abu Bakar telah mendapat anugerah pelajar cemerlang STPM 2013 dengan pointer 3.58.

Tahniah juga buat sahabatku, Muhammad Safwan bin Mohd Nasir yang turut menerima Anugerah Khas PIBG 2013 bagi kategori lelaki.

InshaAllah, jumpa dalam entri akan datang.

Thanks for reading!

Wassalam..



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥