Thursday, April 24, 2014

Official result.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah.. Baru balik dari ambil result rasmi STPM 2013. Syukur, pointer aku sedikit meningkat, 3.33. Aku ada ceritakan mengenai result tak rasmi aku dalam entri ni, Result. Tak terkilan sangat walaupun tak dapat capai 3.5 above. Takpa, aku berjuang bila di peringkat IPT nanti, InshaAllah..

Sekarang, cuma tunggu tarikh dibuka untuk kemaskini permohonan upu untuk fasa yang kedua. Moga-moga dapat melanjutkan pelajaran ke tempat yang terbaik untukku lakarkan kejayaan. ameen.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Okaylah, aku hanya dapat buat short entry sebab aku nak kena gerak ke satu tempat. ada urusan. Tak sempat nak selitkan slip exam dalam entri. huhu. not a big deal kan... hehe

Jumpa dalam next entry, InshaAllah.

Thanks for reading! :)

 Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, April 23, 2014

'Aku Blogger dan Hasrul Hassan'


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


http://www.hasrulhassan.com/2014/04/giveway-rm50-aku-blogger-dan-hasrul.html


Kebetulan, aku menjengah ke blog Hasrul Hassan. Beliau tengah buat short giveaway. Salah satu syaratnya, kena letakkan gambar. Gambar di atas adalah gambar yang sempat aku repost dari instagram beliau semasa kali pertama aku bersua muka dengan beliau di event Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014. Kebetulan jugak, aku ada buat entry tentang beliau beberapa hari lepas.

Belum baca? Boleh klik entri ini : Siapa HH???

Kalian yang pernah bertemu ataupun mengenali beliau pun boleh sertai. Klik saja gambar kat atas ni ya! :)

Penyertaan berakhir pada jam 11: 59 : 59 malam  ( 23 April 2014 )



 Thanks for reading.. 




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, April 21, 2014

Bertenang, Allah kan ada.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah sebab aku dikurniakan kecenderungan untuk mendalami ilmu kaunseling dari usia 14 tahun. Mungkin, disebabkan inilah aku masih mampu bertenang dan hadapi setiap cabaran yang muncul dalam hidup aku.

Aku juga manusia biasa. Pernah goyah dan rasa lesu apabila diuji. Sering menangis dan kecewa tatkala ujian menimpa. Ya. Semua manusia mungkin mengalami perkara yang sama. Cuma ujian dari Allah untuk kita lalui itu yang berbeza. Kembalilah sujud padaNya.

Mengadu padaNya. Berserah padaNya.

Ujian itu datang dari Dia.
Berlaku pada kita dengan izin Dia.
 InshaAllah, akan dapat kita lalui juga dengan kemudahan dan kekuatan dari Dia.


Seorang sahabat pernah meluahkan pada aku,
macam mana kita nak berdepan dengan mereka yang cuba menjatuhkan kita?

Pendapat aku.. mudah.

Jangan pernah lari dari terus berpegang pada Yang Maha Esa.
Dalam setiap doa, jangan pernah lupa untuk berdoa,
 
-------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
sesungguhnya aku berlindung padaMu dari niat dan perbuatan jahat manusia yang ingin mencelakakan diriku,

Ya Allah,
andai aku akan diuji melalui keadaan sebegini dalam percaturanMu,
persiapkan lah aku,
berikanlah aku kekuatan, kecekalan dan kesabaran yang tinggi untuk melepasinya,

Ya Tuhanku,
jika ada yang berniat jahat padaku,
Engkau ampunilah mereka,
kerana mereka juga berbuat dosa sepertiku,
Engkau bimbinglah mereka untuk tidak tersasar dari jalanMu,

Ya Allah,
permudahkan aku melewati segala ujianMu,
sama ada ujian kesulitan mahupun ujian kegembiraan,
kerana segalanya berlaku atas izin dan kehendakMu.

ameen ameen ya rabbal alamin..


-------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, segala yang telah aku lalui banyak mengajar aku untuk terus positif menyusuri laluan kehidupan yang mendatang.

Biar orang buat kita,
Jangan kita buat orang.
Kita doakan Allah ampuni dosa dia,
berikan hidayah padaNya dan tingkatkan kesabaran diri kita.

Biar orang benci kita,
Jangan kita benci orang.
Kita doakan Allah lembutkan hati dia,
untuk tidak membenci manusia di dunia,
dan lembutkan hati kita untuk sentiasa memaafkan sesama hambaNya.

Aku yakin pada aturan Allah..

Orang buat jahat, kita balas kebaikan.
Moga dilembutkan hatinya untuk turut berbuat baik.


Moga kita sentiasa diberi keberkatan dan rahmat dari Allah untuk kehidupan kita.




Bertenang, Allah kan ada.. :)


Thanks for reading.

Wassalam.. :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, April 20, 2014

Ada apa dengan Bro Framestone?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Penghuni dunia blogging kebanyakkannya dah pernah dengar nama beliau kan? Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk mengenali dan bersua muka dengan beliau.

Masa aku rajin berblogwalking dulu, aku pernah jengah blog beliau. Tapi time tu, terlebih rajin blogwalking sampaikan lupa dah macam mana rupa beliau. Kenal nama je. Hoho.. Teruk bebenor aku..

First time aku jumpa beliau kat The Mines untuk event Blogrrr . Beliau kasi bisnes card beliau. Bila aku baca nama pada kad tu, baru lah aku ingat balik ini rupanya Bro Framestone. aduyai.. Memang padah, kalau cuma kenal nama blogger di alam maya, tapi tak kenal rupa. Padah wehh.. Bila jumpa depan-depan, termalu sendiri.

Ku akui kelalaianku.. sobs.. sorry bro!

Yang pasti, aku terhutang budi dengan bro. Kenapa? Beliau seorang yang prihatin. Serius cakap! Sebab walaupun baru first time beliau jumpa aku, beliau dah tolong aku.

Aku ingat lagi,.. masa kat Blogrrr event, phone aku low battery, memang tahap nyawa-nyawa ikan la. Dan aku pulak time tu takda benda alah yang namanya powerbank nih. Dengan tekunnya aku cari plug nak charge phone, kemudian jumpa plug kat booth tonton. Masa tu, bro pun duk lepak dengan team tonton kat situ. Baru nak charge, team tonton sekali dengan bro nak turun ke Big Bad Wolf kat tingkat bawah. Aku pun nak join gak. Ushar buku banyak weh. Serius! Tapi bateri phone nazak.. Uwaaaaaa.... Alih-alih, bro kasi pinjam aku charge phone kat powerbank beliau.

Serius, terharu wehh! Allah datangkan beliau untuk tolong aku ketika aku betul-betul perlukan pertolongan. Subhanallah. Memang aku bersyukur sangat...

Sehinggalah aku jumpa bro buat kali kedua kat event SBB 2014 baru-baru ni. Pertemuan kali kedua in advance, dapat jumpa family beliau sekali, wife beliau yang peramah, kak Iera dan puteri beliau yang sangat comel, Fisha.. sedikit terkilan sebab tak berpeluang bergambar dengan mereka..


Yang pasti, Bro Framestone merupakan salah seorang blogger yang aku respect dalam dunia blogging ni.

Kalian jangan lupa selalu singgah dan baca setiap entri di blog beliau ya!







P/s :

Beliau ada tanya aku, bila nak buat entry khas untuk beliau?

Sorry, bro..
Actually... Dah lama tulis entri. Cuma belum publish. Segan. hoho..

Be a great husband and a charming daddy always ya! hehe

 May Allah bless you and your family.. ameen..


------------------------------------------------------------------

Okaylah, aku stop sini dulu.
 Nak ke dapur, cari makanan untuk dimakan. Lapar.

Kbai !


Thanks for reading!

Wassalam..




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Siapa HH ???


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Siapa HH?

Manusia-manusia yang berkecimpung dalam dunia blogging ni mungkin kenal beliau. Kira beliau ni blogger otai la.. Aku kenal beliau bila first time masuk blog beliau. Aku jumpa blog beliau lepas google tips-tips nak berblogging ni kat Google. Aku sendiri pun dah lupa bila tarikh tu. huhu..

Kemudian, aku akhirnya dapat bertemu mata dengan beliau masa event Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 dekat Saloma Bistro haritu. Kalau dalam blog, kita nampak beliau ni macam cool je orangnya melalui penulisan kat blog beliau. Nah, bila jumpa depan-depan, sempoi jugak rupanya.. hehe..

Best weh kalau borak dengan beliau. Di samping dapat ilmu blogging, dapat jugak berkongsi sekerat dua cerita dan cita-cita. cehh.. hehehe..

Yang pasti, beliau seorang yang ramah dan sporting! serius aku cakap. hehe..

Haritu, aku tersenarai dalam salah satu entri blog beliau. Pergh.. kembang kejap!

Kat entri ni : Blog-blog Remaja Malaysia

Terima kasih bro HH ! Mohon take note, aku blogger remaja weh. Baru 20 tahun. hehehe.. :D
Sensitif tau orang assume kita tua sebelum usia.. uwaaa.. sobs!

Pokoknya, InshaAllah banyak manfaat yang kalian boleh dapat bila kalian merajinkan diri menjengah dan membaca entri-entri dari blog beliau.

So, yang mana belum pernah masuk blog beliau, mohon rajinkan diri ya! Tak rugi.. betul nii!

Yang mana yang dah kenal dan selalu baca entri beliau, mohon teruskan setia membaca ..





Okaylah.

Aku stop sini.

Nak fikir idea untuk next entry pulak.

Terima kasih sudi baca.

Kbai !
Wassalam..



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, April 15, 2014

Bertahan.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..



Aku tergerak hati nak ajak kalian selami beberapa situasi. Realiti kehidupan yang dilalui oleh seorang hamba Allah yang aku kenali. Tetapi identitinya dirahsiakan untuk menjaga aib.

----------------------------------------------------------------

Alangkah bahagianya kalau dapat berkongsi berita yang menggembirakan dengan orang yang kalian sayang kan? Maksud aku, macam ayah dan adik beradik kalian. Lepas tu, dapat ucapan tahniah dan support dari mereka untuk kalian terus semangat untuk tingkatkan usaha. Tambah lagi kalau kalian dapat peluk mereka. Betul tak?

Bersyukurlah kalau kalian dapat peluang untuk buat macam tu. Sebab ada insan yang tak begitu bertuah seperti kalian. Dapat rasa kasih sayang itu. Even dia berada dalam suasana berkeluarga, dia seolah-olah seperti orang asing dalam keluarga sendiri.

 Alangkah bahagianya...
Kalau kalian dapat cium pipi dan peluk ayah kalian. Tetapi... dia pulak tak dapat berbuat macam tu sedangkan ayahnya ada di depan mata. Walaupun dalam benak hatinya, meronta-ronta ingin sekali memeluk ayahnya.

Alangkah bahagianya...
Kalau kalian dapat berkongsi cerita suka duka dengan adik-beradik. Bertepuk tampar dengan mereka. Bergurau senda dengan mereka. Peluk mereka tak kira ketika bersedih mahupun ketika ceria. Setidaknya dapat merasakan keakraban dan kasih sayang dalam hubungan tu. Tetapi.. dia pulak tak dapat peluang nak rasa semua tu. Walaupun tinggal sebumbung dengan mereka.

Alangkah bahagianya...
Kalau dapat diberi sedikit saja ruang untuk rasa dihargai oleh mereka yang kita sayang. Dia tak minta lebih. Dia tak minta harta. Dia cuma minta sedikit saja kasih sayang dan perhatian untuk dirasai.

Salahkah dia?
Tak layakkah dia?
Buruk sangatkah dia?

Setiap kali sujud pada Allah, dia sering meminta. Dia sering menangis dan mengadu pada Allah moga dibukakan pintu hati orang-orang yang dia sayang, untuk memberikan sedikit ruang dan kasih sayang untuk dirinya.

Dia mungkin banyak khilaf dan kekurangan. Tetapi dia cuba untuk melakukan yang terbaik.

Terkadang..

Dia merasakan dirinya sudah tidak diperlukan.

Mahu saja dia pergi jauh.
Marah dengan dirinya yang begitu haus menagih kasih sayang dari darah dagingnya sendiri.

Tetapi dia masih ada Tuhan.
Dia masih fikirkan ibunya.
Dia cuba bertahan demi kasih sayangnya pada ibunya.
Dia cuba bertahan demi mereka yang dia sayang.

Pujuk hatinya.

Mungkin,
dia akan peroleh kasih sayang darah dagingnya bila dia sudah pergi jauh nanti.

Mungkin juga..
dia akan dirindui oleh darah dagingnya bila dia sudah tiada kelak.


Satu perkara yang membuatkan dia terus bertahan..

Sebab dia tahu..

Walaupun dia disisih keluarga, dia tetap yakin.. Allah masih sayangkan dia.

kerana apa?

kerana Allah berikan kewarasan akal padanya untuk terus bertahan, bersabar dan cekal menghadapi ujian.

Dia yakin..

Walau pahit pada awalnya, kelak manis pada hujungnya... 


----------------------------------------------------------------

Apa yang aku cuba sampaikan di sini..

Bersyukurlah bila dapat merasai kasih sayang dari keluarga, darah daging sendiri.
sebab ada insan yang sedang bertahan dengan ujian Allah demi mendapatkan kasih sayang dari keluarganya.

Moga dia terus kuat.

InshaAllah..

ameen.


Thanks for reading!



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, April 8, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Saya ada berita baik untuk semua ulat buku yang ada di luar sana. Yuppp! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur semakin hampir! Yeayyyyyy!



Bagi sesiapa yang terlepas peluang untuk shopping buku-buku dalam pesta buku yang lepas-lepas, jangan risau! Kali ini, kalian boleh memanfaatkan ruang dan kesempatan untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang akan berlangsung pada 24 April 2014 sehingga 4 Mei 2014 bertempat di Tingkat 4, Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kali ini lebih menarik!

Kenapa saya cakap lebih menarik?

Sebab....

PTS akan buka booth!

Tambahan pula..


Kali ini, banyak aktiviti yang sangat bermanfaat akan diadakan! Antaranya ialah :
 

Aktiviti Pentas


Aktiviti Booth


 Selain itu, pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah dan cabutan bertuah! Serius, teruja!
Hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan bukan calang-calang hadiah tau!


Hadiah Cabutan Bertuah!
3x iPad Mini
2x Instax Mini



Setiap 50 pembeli terawal setiap hari akan dapat hadiah misteri!
*selagi stok masih ada*



Setiap 15 pembeli terawal yang berbelanja RM250-RM500 ke atas
akan menerima hadiah!
*tertakluk kepada terma dan syarat*


Sudah menjadi kebiasaan, kalau adanya pesta buku, memang tak sah kalau tak ada promosi. Ye dak??? hehe... Jangan runsing... Jangan risau..... Banyak sangat promosi yang akan dijalankan nanti. Antara buku-buku yang dipromosikan oleh PTS Millennia ialah :







Bagi sesiapa yang masih tertangguh untuk membeli buku-buku bestseller keluaran PTS Millennia, kalian boleh dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang akan diadakan nanti. 
Antara buku-buku tersebut ialah :





Bukan itu saja.... PTS Millennia turut menerbitkan buku-buku baru yang menampilkan pengisian yang baik dan positif dalam pelbagai bidang ilmu. Antaranya ialah :







Baiklah.. Bagi yang tertanya-tanya mengenai lokasi dan cara untuk ke booth PTS nanti.. Jangan risau. Ada video yang disediakan oleh PTS Media Group untuk guide kalian ke sana. Bagus kan? 



Pelan Lokasi Booth PTS



Panduan dari tempat letak kereta PWTC :





Panduan ke booth PTS dari kawasan menurunkan penumpang PWTC :





Panduan ke booth PTS untuk pengguna KTM :





Panduan ke booth PTS untuk pengguna LRT :




Lagi satu....

Jangan lupa follow media sosial PTS :

Like facebook PTS : SINI

Follow Twitter PTS : SINI 

Follow Instagram PTS : SINI

Lawati Youtube PTS : SINI


Okay semua? Apa-apa pertanyaan boleh tanya di ruangan komen ya!

Save the date! See you there!

Happy shopping and thanks for reading!







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, April 7, 2014

Nurul Atiqah dan Majalah Harimau?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Majalah Harimau? Majalah apa tu? Tak pernah dengar pun. Macam majalah Dara.Com ke? Atau macam majalah Remaja?

Actually, majalah Harimau ialah majalah rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah. Lokasinya bertempat di bandar Machang, Kelantan Darul Naim. Ya. Sekolah di mana tempat saya menuntut ilmu dari tingkatan 1 sehingga tamat tingkatan 6.






Apa kaitan saya dengan majalah Harimau? meh sini nak pendekkan cerita.

Alhamdulillah, sebelum meninggalkan alam persekolahan (tamat tingkatan 6), saya telah diberi peluang untuk menggalas amanah sebagai ketua editor majalah Harimau edisi ke-45 . Tak pernah terlintas untuk diberikan kepercayaan memikul tanggungjawab tersebut.



Berkat bimbingan guru-guru penasihat, semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh badan redaksi serta kerjasama dan komitmen baik yang diberikan oleh warga sekolah telah memudahkan kerja buat pihak redaksi untuk menerbitkan majalah Harimau edisi ke-45. Syukur alhamdulillah.

Terima kasih pada Cikgu Zalina Razak yang sentiasa percaya pada saya dan menyokong tindakan saya sepanjang menjalankan tugas. Sebak dada bila mengenangkan setiap jatuh bangun yang diharungi sepanjang keberadaan saya di bumi Hamzah. Pengalaman itulah yang menjadikan diri ini semakin cekal dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan. InshaAllah..

Apa yang membuatkan saya lebih terharu apabila dapat mencoretkan nukilan penghargaan buat allahyarham Hj. Taifor bin Mahyiddin , seorang kaunselor yang telah banyak berjasa kepada warga Sekolah Menengah Hamzah dan masyarakat sekeliling. Niat di hati hanyalah untuk membuka mata mereka bahawa ada insan yang berjasa tidak mengharapkan balasan dunia, tapi mengejar ganjaran akhirat yang dijanjikan olehNya.



Terima kasih cikgu. Terima kasih team redaksi atas komitmen kalian sepanjang penggambaran majalah berlangsung. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian. Moga terus sukses! ameen.

Thanks for reading!


Yuyu Atiqa :
Fikir sebelum menilai. Kita takkan pernah tahu keperitan seseorang dalam memikul sesuatu beban tugas melainkan kita sendiri berada di tempat mereka. Allah lebih Tahu. :')







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, April 4, 2014

Review : Handsocks Jordan/Mariam


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. Kebelakangan ni, saya lihat dah ramai gadis yang mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Salah satunya melalui pemakaian. Tak dinafikan, bukan mudah nak menutup aurat dengan sempurna tetapi ianya tak mustahil. Betulkan niat, banyakkan doa pada Allah untuk tetapkan hati kita untuk terus istiqamah.

Mulakannya dengan perlahan-lahan. Tak perlu perubahan yang drastik. Biar perlahan, asalkan istiqamah. Ye dak? Saya dulu pun susah nak jaga aurat especially bab lengan dan kaki. Bahagian ni yang selalu diambil mudah. :'(

Jadi, bagi yang dalam jihad untuk menutup aurat dengan sempurna, teruskan! Jangan takut. Boleh mulakan dengan pakai handsocks dan stokin.. Kemudian tutup keseluruhannya mengikut syarak. InshaAllah, kalau saya mampu berbuat demikian, kenapa tidak kalian? Kan? Yakin pada diri! :')

Ada yang bertanya,
tak panas ke pakai handsocks? Bila berpeluh, mesti rasa gatal-gatal kat lengan. Mana nak dapatkan handsocks yang selesa? Tak gatal?

Baiklah. Bagi yang masih tercari-cari handsocks yang selesa, tak panas, tak mudah longgar, sesuai dengan saiz lengan kalian.. Kalian boleh cuba beli handsocks melalui Butik Pesona Syifa. Ikon muslimah, Dena Bahrin pun beli dengan mereka. InshaAllah, ianya selesa untuk kalian.



Selain Dena Bahrin, Ainan Tasnim, Juliana Nazarudin (isteri Taleeb Mizad) pun suka dengan handsocks ni.

Jangan lupa jengah instagram Pesona Syifa untuk lihat feedback dari pelanggan yang sudah berurusniaga dengan mereka termasuk saya! Setakat ini, semua feedback pelanggan adalah positif!Alhamdulillah..

Okay!
Kalian boleh beli secara online melalui instagram mereka :

Butik Pesona Syifa

Atau boleh hubungi :
 017- 3572414 ( Syifa) 

Atau sesiapa yang nak membeli secara walk-in 
boleh terus ke butik mereka di alamat :
F11 Tingkat 1, Mydin Mall, Mitc Ayer Keroh, Melaka.



Yuyu Atiqa :
Jangan takut untuk berhijrah di jalan Allah. Persetankan mereka yang mencaci dan mengeji. Kita cari redha Allah, bukan redha manusia. Jangan goyah, terus mara! Yakin, Allah itu ada. :')



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥