Thursday, March 20, 2014

Result


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Minggu ni minggu 'demam result' untuk pelajar lepasan STPM dan SPM.
In my family, bermaksud aku dan adik aku.

Semalam, 19 Mac 2014. Keputusan keseluruhan STPM 2013 terungkai sudah.
Alhamdulillah.. Syukur pada Allah.. Aku dapat keputusan yang melegakan hati buat masa ni.

Kenapa buat masa ni??

sebab.. if in case ada yang tak tahu, STPM sekarang dah bertukar sistem. Sistemnya hampir sama dengan sistem di matrikulasi dan universiti iaitu sistem modular.

Jadi, pelajar yang mengambil STPM akan menduduki peperiksaan mengikut penggal. Semuanya ada 3 penggal. Kalau nak bunyi advance sikit, kita panggil semester. hehehehe

Jika ada pelajar yang nak baiki result subjek-subjek yang tak memuaskan hati, mereka boleh repeat paper tersebut.

Makanya, result penggal 3 aku baru-baru ni tak dapat capai target 4.00. Jadi, aku repeat 2 papers dengan semangat dan harapan dapat capai pointer lebih baik. 2 papers dah capai target, so, cuma tunggu result ulangan semester 3 yang dijangka keluar bulan 4 nanti.

Setakat result yang aku dapat semalam, alhamdulillah.. 3.17..
Walaupun, tak setanding dengan sahabat baik aku yang dapat 3.58, aku tetap bersyukur. Setidaknya, aku masih kekalkan 3 pointer ke atas..

Aku tak sedih, sebab aku yakin percaturan Allah adalah yang sebaiknya..

Masa ambil result semalam, aku straight away jumpa guru pengajian am aku, Cikgu Zul. Beliau banyak bagi support pada aku. Bimbing aku. Tak jemu bagi tunjuk ajar pada aku.

Pada awalnya, aku berlagak tenang. Dah warning awal-awal pada diri sendiri, no matter apa result akan keluar, jangan nangis! Tapi itulah kan..

Apa yang buat aku sebak dan terharu sangat apabila aku melihat airmata kegembiraan cikgu Zul lepas beliau bagitau result aku.

Masih ingat ayat beliau,

"Tahniah, Tiqah! Saya duk runsing kat result awak. Alhamdulillah. lega bila tengok result awak. Ada harapan untuk dapat lebih tinggi nanti. Kita tunggu result awak bulan 4 nanti deh. Saya yakin mesti tinggi."

Aku tak dapat tahan sebak. Aku turut sama nangis. First time tengok cikgu yang paling cool mengalirkan airmata. sebab aku. Terharu !


Me, cikgu Zul dan anis (bestfriend)


Semalam dah berlalu, tapi ada satu perkara yang buat aku terkilan..
Insan yang selalu dorong aku untuk tak putus asa tak sempat tengok result aku..
Al-fatihah, Allahyarham Haji Taifor bin Mahyiddin.. 


Aku tak dapat berkongsi rasa syukur ini dengan insan yang sangat aku hormati..
Dialah kaunselor.. Dialah ayah... Dialah sahabat..
Ayah... Iqah rindu ayah sangat.... :'(


Walaupun arwah dah pergi, tapi pesanan, ilmu dan segala yang arwah turunkan pada anak didiknya masih subur dan akan sentiasa menjadi pegangan dan pendorong untuk kami terus lakar kejayaan.

Ayah, Iqah akan cuba yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Semangat ayah ada untuk buat Iqah kuat. Iqah cuba ya, ayah.. :')

Allahuakbar.. sebak pulak...
Dah-dah.. taknak sedih-sedih..

Terima kasih kepada semua yang mendoakan..
Terima kasih blogger otai, Hasrul Hassan yang sempat bagi kata-kata semangat before gerak pergi ambil result semalam.

Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu dipelajari dan ditempuhi.
Moga aku kuat! Ya. Aku kena kuat !

Bismillahitawakkal alallah...

Terima kasih sudi membaca...

Sayang kamu semua!

Wassalam..



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, March 16, 2014

Kritikal !


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Apa yang aku maksudkan dengan kritikal?

Ni ha.. Internet rumah aku ni ha.
Aduyai. Kritikal bebenor semenjak dua menjak ni. Menguji kesabaran. Kejap dapat, kejap dia buat hal.

Mohon rakan-rakan yang ada urusan dengan aku, contact aku melalui sms/call ya!

serius, terasa sedikit 'tertinggal' di belakang.

esok aku exam! mohon doakan segalanya dipermudahkan. ameen.

thanks semua!

ada entry baru nak update. Tajuknya agak emosional sedikit. Eh!
sila bersedia.. hahaha!

Kbai semua!

Wassalam..




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, March 14, 2014

Gangguan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Aku nak tanya sikit ni.

Cuba bagi respon kalian kalau situasi ni jadi kat kalian..

Kalau kalian tengah syok tidur, tanpa mengganggu orang lain...

tetiba.. ada orang masuk bilik kalian tanpa ketuk pintu..

then dengan nada yang macam tak belajar sopan santun, kejutkan kalian semata-mata nak suruh belikan sesuatu untuk dia.

Yang sakit hatinya, hanya satu benda. kecik pulak benda tu.

Sakit hati tak?!


Ya rabbi...

kesabaran teruji !



Moral of the story :


nak mintak tolong orang, buat cara nak mintak tolong.
Setidaknya, tolonglah beradab!
Sudahlah ganggu orang tidur.
Menyusahkan orang untuk memudahkan kerja kita.
Bagus bebenor la gitu gamaknya?!!! Haihhh...

Lagi satu..
Jangan buat orang ni macam hamba kita.
Orang ni manusia jugak.
Ada perasaan.
Kesabaran dia ada limit.
Dia tak bangkang kau sebab dia masih hormat kau.

Jangan sampai dia hilang rasa hormat tu kat kau.
Menyesal tak sudah!

Astaghfirullah hal azim..



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, March 10, 2014

Coret-coret #SBBYEOS2014


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Kering idea nak buat mukaddimah. Makanya, aku straight to the point.

Alhamdulillah, ni kali kedua aku berpeluang menghadirkan diri bertemu rakan blogger dari seluruh Malaysia. Punyalah eksaited. Rela kot pakat dengan bloggermates, Mek Cah dan Muja naik belon nak datang event. Nampak tak semangat kat situ?

SBB pada tahun ni meriah dengan kehadiran blogger-blogger yang super awesome dan sangat sporting bertempat di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.
Seriously, sangat teruja!


Berhastagkan #SBBYEOS2014 #SBB2014 #funderful

aku dapat lihat rakan-rakan blogger siap boleh buat live update dari Saloma Bistro melalui laman-laman sosial terutamanya twitter, instagram dan facebook. Seronok melihat telatah dan gelagat masing-masing.

Rasa terharu bila dapat bersemuka bertemu mata dengan blogger-blogger otai yang sangat aku respect. Mereka humble di alam maya, dan begitu juga mereka humble bila jumpa depan-depan. Serius, salute!

Dalam event ni, ada blogger yang baru first time aku kenal dan jumpa. Ada yang dah kenal kat alam maya then baru first time jumpa depan-depan. Ada juga yang dah kenal kat alam maya, dah jumpa depan-depan, dan berkesempatan jumpa balik dalam event ni.

Tergelak bila teringat balik insiden aku naik pentas dan teka minuman yeos. Boleh pulak dengan selamba aku teka yeos jagung! konfiden pulak tu. Adoilaaaaa... Dah tu, Lal Azmi siap kenakan aku kat atas pentas. Kena denda menari. Dengan muka tebalnya aku hentam keromo je menari. Aduyai. Terus feeling menari macam Siti Nurhaliza. gamaknya gitu laaa. Haha! :p

Walaupun aku takda rezeki nak menang satu pun hadiah cabutan bertuah, aku takda hal.. Seronok tetap seronok. Tu yang penting! Moga ukhwah sesama rakan blogger akan terus erat dan harmoni..

Serius, teringin nak join lagi event-event macam ni.

Kalau ikutkan, banyak benda aku nak cerita. Tapi, confirm takda orang yang sanggup baca kalau entri aku panjang lebar. So, kita ushar gambar-gambar sepanjang majlis #SBBYEOS2014 . Biar caption setiap gambar bercerita pulak! hehe..

Jom!!!


Demam #selfie !!!


Teruja berselfie dengan mereka yang cun!
Dari kiri, Sheda, Muja, Hazanis and Me. :)

Nasib baik ada monopod blogger cantik, Hazanis..
dapat tangkap selfie dengan mereka yang sporting habis!
Dari kiri, Hazanis, Me, Hilal Azmi, Bro Framestone, Ninie.. :)
Wajib selfie dengan blogger otai,
Bro Framestone.
Dapat jugak berselfie dengan blogger suka pink ni,
Cik Uzu aka Emas Putih.. :)
Cc gambar dari Kak Cah..
Dari kiri, Kak Qaseh, Kak Sue, Me, Kak Cah ( Hazanis), Kak Muja, Kak Mieza
Ninie, Me, Hazanis.. 
Kat luar pun bolehhh!
Kak Muja, Kak Cah, Me, Ninie, Bro, Khai Artzfar
Mereka semua awesome!

Lensa #SBBYEOS2014 

Banner SBB 2014

Background baik punya!

Dapat peluang bergambar dengan mereka!
Gumbiraaa...
Elia Jejariruncing, Pen Merah, Norfanil

Mereka dah maju ke depan..
InshaAllah yuyu atiqa menyusul. ameen... :D

Thanks Boni Kacak sebab sudi insta video dengan yuyu atiqa. :)
Gambar bersama founder amanz.my
Bro Aman Firdaus.
Serius, at first takut nak minta izin bergambar.
Ternyata, beliau sangat cool ! heee

Kenangan bersama Ninie yang sangat comel..
Tiqa tak dapat link ke blog ninie..
ninie private blog.. nanti public ya..

Geng KBBA..
Kiri, Abang Najeeb, Kak Qaseh, Kak Sue, Kak Mieza 

Ni gambar formal bersama Bro Framestone.
Sorry bro, tak dapat sorok aset kat depan tu.
Okay apa! Heeeee

Bersama blogger, Nizam Ijam.
Mula-mula ingat mamat ni poyo. Tak berani nak menyapa.
Rupanya bila dah sapa, friendly jugak rupanya..
Blogger retis ni oittt ! hehe
Thanks Ijam sudi insta video dengan yuyu atiqa.
ala carte !!!

Bersama blogger, Tengku Syukri.
Seronok berbual dengan Syukri kat event, tup tup dapat berita pada malamnya, Syukri eksiden.
Terkejut. Alhamdulillah, nasib baik dapat berita susulan yang Syukri okay.
Get well soon, bro! 

Saya sayang mereka berdua!
Tanpa mereka, mungkin yuyu atiqa tak dapat menghadirkan diri di SBB2014.
Thank you so much for everything, Kak Cah and Kak Muja!
Memey Suhaiza sangatlah flawless!
Tinggi lampai, langsing,  putih!
Beliau cantik sangat. Serius!
nampak gayanya, yuyu atiqa kena try consume ephyra nih!
erkk..... 
Geng KBBA Pantai Timur,
Kak Qaseh dan Kak Sue yang sweet.
Sayang mereka! 

Candid #SBBYEOS2014


Nampak tak pendekar berkuda enterframe kat situ!
haha.. 

Gambar diwhatsapp oleh pendekar berkuda.
Natural candid katanya!
Thank you! :D

Whatsapp dari Kak Sue..
thanks kak sue.. :)

Last but not least....


Antara blogger card yang aku dapat masa event..
Alhamdulillah..
keepin touch ya semua!
Okay dah.

Terima kasih sangat-sangat pada team denaihati yang bertungkus lumus buat segalanya untuk #SBB2014. Terima kasih pada semua sponsors..

Terima kasih semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam menjayakan event Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014. InshaAllah, ada rezeki, boleh jumpa tahun depan. Ameen..

Till then, take care semua!

Wassalam.. :)





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥