Sunday, August 17, 2014

Reunion - gathering form 5 batch94





Bismillahirrahmanrrahim.
Assalamualaikum wbt.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
 
Gembira. Satu kata yang hanya mampu ditulis bagi melafazkan betapa bersyukurnya dapat bersua muka dan berkumpul kembali dengan ex-batchmates.. Alhamdulillah, setelah beberapa kali rancangan untuk mengadakan reunion asyik tertunda dan tertangguh disebabkan kekangan komitmen masing-masing, akhirnya.. kami sepakat untuk berkumpul pada hari Jumaat lalu di Sri Permai Beach Resort, Tok Bali, Kelantan..

Kami bertolak dari Machang sebelah pagi, lebih kurang pada pukul 10 pagi.. Sampai sana sebelum tengah hari. Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk tampil secara individu dan bercerita secara ringkas tentang perkembangan terkini masing-masing..




Haaa.. Nampak tak tu.. betapa khusyuk dan tawaduknya si gadis itu kalau dapat peluang bercakap! 
Muncung tang mulut tu haaa! Erkkkkk..



Masa ni.. tak tau laaa tengah tengok apa.. 
ish ish ish....

Alhamdulillah, seronok apabila dapat tahu masing-masing belajar kat mana.. Ada juga yang menyambung pelajaran di luar negara. masyaallah... Tumpang gembira untuk mereka kerana berpeluang menuntut ilmu di negara orang..

Bila dah berkumpul ramai-ramai, tak dinafikan memang masing-masing mempunyai banyak cerita yang ingin dikongsikan.. Masyaallah.. riuh dibuatnya!


 

 Kalau ikutkan.. memang banyak laaaa yang nak dikongsikan bila dapat berkumpul macam ni...
Nampak tu.. muka ceria tu!


Jam 12 lebih, kami tunda aktiviti untuk beri laluan pada rakan-rakan lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.. Sementara tunggu kaum lelaki balik dari masjid, kami ni, kaum hawa tunaikan solat zohor dan berehat..

Alhamdulillah, aktiviti sebelah petang ialah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh geng lelaki iaitu, BBQ! hehehe.. Bab makan ni memang mereka teruja.. Sambil makan, sambil bercerita panjang lebar.. Yup.. semuanya berjalan secara santai.. Rasa sangat relax! Alhamdulillah..
 
Tapi kan... gambar masa BBQ lupa nak ambil.. maklumlah... masing-masing tengah khusyuk menikmati juadah... hehehee

 
 
 Gambar kenangan bersama Najah, sahabatku yang makin anggun. :)







 Selfie welfie fie fie fieeeee!
cc picture : najah's iPhone


Lepas BBQ, kami solat asar kemudian teruskan dengan aktiviti santai. Kaum hawa ke pesisir pantai untuk bersantai, acah-acah main pantai dan pastinya bergambar, kaum adam pulak riadah dengan permainan bola sepak pantai..



 
Haaa.. nampak tak betapa terujanya budak perempuan itu apabila dapat sentuh air laut!
Haiyyaaa.. childish tetap childish...




Moga ukhwah ini terus utuh.. ameen..
left : Fadzillah, Alia, Intan, Me, Amalin El.



Gambar kenangan bersama Adilah! :)



Dua orang gadis yang pantang nampak pantai, wajib sentuh air laut!
With Alia.. :)



Fadzillah yang selalu sempoi.. :D
Budak kat bawah tu tengah feeling titanic! hahaha


Selfie bersama Adilah sayang! :)
Mata tu pejam sebabnya silau dek terik mentari.. Haaa gitu! :D





Sahabat sekepala, Azim!
gambar atas kami bersama Intan..
 cc picture : Azim's smartphone

 --------------------------------------------------------------------------------


 


 

 Us!

 Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Tahniah dan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada reunion planner, saudara Muhd Muslim dengan dibantu oleh beberapa orang rakan yang lain kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan reunion kali ni. Bermula dari survey lokasi reunion sehinggalah ke penyetujuan menu reunion pada hari tersebut.


 Good job, everyone! 


Tak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-rakan yang sudi hadirkan diri.. Terima kasih yang teramat sangat buat Ahmad, Najah, Adilah dan Azim untuk gambar-gambar kenangan reunion yang super duper awesome!!!


Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T... 


Moga kita berpeluang berkumpul bersama-sama lagi kelak. InshaAllah, next reunion, lagi ramai kita kumpulkan! hehe..

Okaylah, thank you readers sudi baca perkongsian saya kali ni. Jumpa dalam next entry, inshaallah..

Take care!

Wassalam.. :)



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

1 comments:

  1. wah bkn senang nk kumpul ramai2 gini sebenarnya

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^