Friday, July 25, 2014

Iftar bersama keluarga PRS


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Masyaallah.. Dua minggu blog terbiar tanpa entri. Hmm.

Harap masih ada yang setia menanti entri-entri dari blog ini.. huhu..

Alhamdulillah, semalam, 24 Julai 2014, saya berkesempatan untuk menghadiri iftar bersama adik-adik prs yang sudah saya anggap seperti keluarga kedua saya.. Masyaallah.. Sangat rindu untuk beraktiviti bersama mereka.



Empat serikandi, Me, Fadzillah, Adilah, Amalin without Alia, Anis dan Abby.  
cc pic : Amalin's phone


Alhamdulillah, selain saya, beberapa orang alumni prs yang lain turut meluangkan masa bersama-sama. Mereka ialah serikandi saya yang sangat dirindui, Adilah, Fadzillah dan Amalin. Walaupun tak cukup chorum tanpa Alia, Anis dan Abby, kami tetap bersyukur dan gembira dapat berkumpul bersama-sama.. Syukur..




Sementara menunggu waktu berbuka, Aisyah Nabila diminta tampil untuk berkongsi pengalamannya sepanjang berada di Jepun pada awal ramadan lalu. :)
cc pic : Amalin's phone

Sebelum berbuka, adik-adik prs turut adakan tahlil buat arwah kaunselor kami yang sangat dirindui, Allahyarham Tn. Hj. Taifor Mahyiddin dan arwah penolong kanan HEM yang baru beberapa hari lepas meninggal dunia, Allahyarham Encik Nik Ahmad Ramzan Othman. Moga sentiasa tenang di sisi Yang Maha Esa. ameen..

Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya lebih terharu apabila melihat adik-adik prs lelaki berganding bahu memasak menu berbuka puasa. Dan menu utama ialah tomyam. Serius cakap, tomyam nya menjadi !

Pandai rupanya mereka masak.. hehe..

Apa-apapun, adik-adik prs perempuan pun ramai yang bergotong-royong membantu. Gembira melihat keakraban mereka. Moga ukhwah ini berpanjangan dan diredhai Allah. Ameen.

Allahurabbi.. Terubat rindu pada umi zaiti.. Terubat rindu pada keluarga prs.. Alhamdulillah..

Okaylah, stop sini dulu.

InshaAllah, jumpa dalam next entri.

Wassalam. :)



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

  1. hye..syira jalan-jalan pagi terbang melayang ke blog anda sebelum pulang ke kampung :D
    maaf zahir batin !

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. heee... takda lah mentor sangat, uncle..

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^