Sunday, July 6, 2014

Gegey Fest!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Ceritanya begini, semasa tengah agak khusyuk scroll newsfeed facebook, saya ternampak status sahabat saya, Nia ajak sesiapa yang nak temankan beliau ke Gegey Festival di Kota Bharu. Kemudian, disebabkan saya memang eksaited bab-bab bazaar mega yang melibatkan online shop bagai ni kan, saya terus respon di status beliau. Alhamdulillah, kami sepakat untuk ke Gegey Festival bersama. Yeayyy. Ada partner! hehehe..

Gegey Festival ni julung kalinya diadakan di Kota Bharu bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC) betul-betul terletak berhadapan dengan perkarangan stadium Sultan Muhammad IV. Festival ini berlangsung selama 2 hari iaitu semalam dan hari ini (5-6 Julai 2014) bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sempat bergambar dengan banner Gegey Fest di pintu hadapan Kelantan Trade Centre (KTC).



Inilah Kelantan Trade Centre (KTC). Sempat lagi pose kat sini.. hehehe.. :D



Salah satu sebab saya begitu teruja untuk menjengah ke Gegey Festival ni sebab nak support bloggermate kesayangan saya. Siapa tak kenal blogger comel cun melecun, Hazanis dengan perniagaan online beliau, Hazanis Fashion. Mereka yang turut ada di booth Hazanis ialah blogger Mastura Rara dan kak Mariatul Faridah.

Kalau tak silap saya, lebih kurang 150 vendor yang menyertai Gegey Festival ni. Banyak vendor yang femes amous di Instagram khususnya, datang dan buka booth dengan mempromosikan jualan masing-masing pada harga yang kebanyakkan diberikan diskaun harga istimewa. Perghh. Serius, memang riuh betul! Antaranya ialah Stay Modesty, Bbeyscha Fashion and Beauty, Philia, Nirs Closet, Rania Boutique and Gallery, SpatulaAndMe dan banyak lagi.

Mereka yang dikenali ramai pun turut sama memeriahkan Gegey Festival dengan booth masing-masing seperti booth Leuniey (isteri Khairul Fahmi Che Mat) dengan produk penjagaan kulitnya, Kaylena Beaute.




Tak lupa juga booth mek kelate yang tersohor dalam rancangan Salam Pantai Timur, Mek Siti Nik Fatiha yang makin cantik sekarang. Sempat berbual dengan mek, katanya baru sebulan lebih beliau berjinak-jinak dengan perniagaan tudung, pakaian, shawl dan aksesori wanita di bawah nama Mek Collection.
 


Masa di booth mek, tak lepaskan peluang jadi model tutorial untuk instant shawl daripada Mek Collection. hehe.. Terharu sebab mek Siti sendiri yang tunjukkan tutorial tersebut. weeeeee



Mek Siti comey sungguh.... Hehe..



Masa kat festival ni, saya dengan Nia memang banyak spend time dekat booth Hazanis. Kejap-kejap pusing-pusing cuci mata yang mana berkenan di hati kat booth-booth yang ada. Haha. Yang pasti, Nia lagi banyak shopping dari saya. Heeeee...

Bergambar selepas shopping di booth Stay Modesty. Serius cakap, sarung tangan dan stokin kat sini memang super duper selesa. Jangan lupa terjah dan shopping di instashop mereka ya! Abaikan shaking dalam gambar.. hehe.. :D




Saya tak lepaskan peluang bergambar dengan si comel Scha, founder Bbeyscha Fashion and Beauty. MasyaAllah, beliau sangatlah cantik. Sweet macam princess.. :)



Meet Matin! He looks cool in that costume right? heee.. Here's my childish pose with Matin and the giant bear... Matin cakap harga giant bear tu RM300. Giant bear tu sama tinggi dengan saya. Sooo cute! hehe..



Terkena pulak, kat festival ni jugaklah berlakunya peristiwa jejak kasih. Cehh gituuu.. haha. Saya terserempak dengan ex-classmate yang still keep in touch sampai sekarang, Faiz dengan 'cik adik' beliau. heeee...


Terkejut la jugak sebab ingatkan beliau kat Rusia sebab beliau memang belajar kat sana. Rupa-rupanya beliau tengah cuti sampai bulan 9 katanya. Untungla dapat balik kampung halaman. Dah makin besar dan hensem dah adik paih sorang nih (gelaran saya pada beliau). Kami sebaya sebenarnya. Tapi, disebabkan fizikal saya yang agak tinggi dan nampak macam mak orang, itu yang saya selalu dianggap macam kakak laaaa pada kawan-kawan saya yang mantain macam adik-adik ni. Ha gituuu.. Cehh. Lah sangat!!! :D

Bila bersama dengan bloggermates kesayangan, kami tak lepaskan peluang untuk berwelfie.. Nak buat macam mana, dah tabiat dahh.. Ikutkan jelah. Yang pasti gambar-gambar ini credit kepada phone super duper cunggggg Hazanis. heewwww.. :D

They made my day! Sayang Kak Cah, Kak Rara, Kak Mar dan tak lupa, Nia!



Bersama kak Mastura Rara. Blogger merangkap bakal kaunselor yang sangat kiut dan sweet. Kami ada habit yang sama, suka selfie! heeeeee


 Ni pula kak Mariatul Faridah. Femes ni kat facebook. hehehe... First time jumpa beliau masa event bersama Nora Danish dan Fruitale..



Rutin wajib pabila saya bertemu kakak kesayangan saya ni... Haruslah selfie welfie ! 




 Introducing my beautiful friend, Nia.. Beliau salah seorang sahabat yang satu kepala dengan saya. Seorang yang tabah. Allah lindungi kamu, Nia. ameen.. sayang Nia!


Selfie diri sendiri.. Dah lama tak post gambar selfie kat entri rasanya. haha..Cantik flower crown tu kan? Nak tempah lah nanti.. hehehewwww...


Sedar tak sedar, saya dan Nia lepak kat sana sampai petang. hehe.. Lepas solat asar, kami minta diri dengan Hazanis untuk balik memandangkan perjalanan balik ke Machang memakan masa lebih kurang sejam jugak. Itu pun kalau jalan tak jammed la.

Alhamdulillah, jalan tak jammed. Saya sempat sampai dan berbuka puasa di rumah. Tapi, Nia cakap, beliau sampai rumah 5 minit selepas berbuka. Huhu. Kesian Nia..

Apa-apa pun, me sooo happy sebab dapat datang kat Gegey Festival ni.. hehe...

Okaylah, stop sini dulu.

Nak berbuka puasa dengan apa ek hari ni? hihi..

Selamat berbuka puasa, semua!


Till then...

Wassalam.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

6 comments:

  1. Bestnya kan dapat pergi Gegey Fest ni.
    InsyaAllah kalau ada lg taun dpn nak g la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best! InshaAllah. More festival to come! :)

      Delete
  2. Wahhh meriahnyaaaa... hehehe kalau dekat dah lama pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee... kan?? kak ena takpa.. selalu join event.. lagi meriah!

      Delete
  3. Meriahnya...Best la shopping time dekat nak raya ni. ;)

    ReplyDelete
  4. Wow meriahnya. Sy sorg Kelantan pun xau. Tq info

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^