Wednesday, July 30, 2014

Ceritera raya 2014


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, masih berpeluang menemui syawal kali ini. Sedikit terkilan tatkala melewati ramadan. Kerap bertanya pada diri, sudah banyakkah aku beramal dalam ramadan kali ini? Bagaimana kalau ini ramadan terakhirku? Allahu rabbi.. Moga masih berpeluang bertemu dan beramal dalam ramadan yang akan datang. Inshaallah, ameen..

Baiklah. Hari ni, raya ketiga baru dapat buka laptop dan menjamu mata melihat warna warni kemeriahan sambutan raya kenalan-kenalan di facebook dan blog. Subhanallah.. Masing-masing kelihatan gembira dengan sambutan hari raya di tempat masing-masing..

Bagi keluarga saya.. Raya tahun ni ada pertambahan ahli keluarga.. Alhamdulillah..

InshaAllah, keluarga saya bertambah ceria dan sejahtera dengan kehadiran abang ipar saya dan anak sedara saya yang kacak lagi kiut, Muhammad Ammar.. Alhamdulillah..


Potret raya keluarga. :)


Raya kali ini seperti biasa, kami sambut dengan sederhana.. Aktiviti wajib pada hari raya pertama tetap dilakukan, bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi atok serta saudara mara di kampung. Lagipun, kampung saya tak jauh dari tempat tinggal saya. Makanya, tak sempat nak feeling feeling perantauan sangatlah. hehe..



Bergambar kenangan raya pertama 2014 di kampung bersama atok sebelah mak.
Gembira tengok atok ceria walaupun dalam keadaan uzur 
bila anak cucu cicit datang ziarah. :')



 Saya bersama adik dan anak sedara saya, Muhammad Ammar. :)



 Muhammad Ammar bersama mak sedaranya aka bibik sementara.. hehehe..
Such an adorable nephew.. Hug!


Bila keluar beraya, turun dari rumah siang hari, kemudian sampai rumah balik malam hari. Sudah menjadi kebiasaan.. Keesokkan harinya, sambung lagi beraya ke rumah sedara mara..Kan?????


 Raya kedua ziarah mak sedara di Tanah Merah..
Perjalanan balik terpaksa menempuh jammed.. haha.. :)


Alang alang dah berkumpul, waktu sebegini yang kami manfaatkan untuk terus mengeratkan ukhwah silaturahim sesama sanak saudara, merapatkan mana yang renggang, melangsaikan mana yang belum langsai... tak gitu?? hehe...

Apa-apapun,


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Maaf Zahir dan Batin

buat semua pembaca blog Yuyu Atiqa, saudara mara, sahabat rapat, sahabat handai, rakan blogger, kenalan laman sosial serta semua insan yang mengenali diri ini..

Mohon ampun sekiranya ada khilaf dalam penulisan, percakapan mahupun perbuatan saya..
Mohon maaf sekiranya ada terlebih terkurang..
Mohon halalkan sekiranya ada termakan, terminum, terambil apa-apa tanpa izin..

Moga Allah sayangi kita semua..
Moga Allah lindungi saudara kita di sana..

Salam sayang dari saya..

Wassalam.. :)





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

6 comments:

  1. eh..sape tu dalam gambar? comelnya.. single lagi ke? hahaha. tuju ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh ehh ehhh.. ramai tu dalam gambar..
      ada dua jah lagi hop single nyo... hahaha...
      ada ada jah laaa bro HJ.
      Selamat hari raya, bro!

      Delete
    2. 2 orang jee yang single? yang mana ehh?? hahaha..

      Anyway, selamat hari raya juga.. :)

      Delete
  2. big family..comel2 belaka.. jemput singgah blog izan ;)

    http://prettyiz.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya yuyu.
    x sempat nak beraya umah yuyu.
    kalo x bole bawak hakim sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya abe nik !
      takpa.. inshaAllah, ada rezeki nanti jumpa la dengan hakim tu.
      next time k! :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^