Tuesday, July 1, 2014

"Adik Denggi"


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Terasa sedikit janggal kembali update entri. Mungkin sebab kali ini dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.

Kalau ada yang perasan, saya tak update entri pasal birthday. Bukan taknak update, tetapi ada kekangan yang tak diduga telah berlaku pada saya.

Ya. 18 Jun 2014. Alhamdulillah, genap usia 20 tahun dipinjamkan kehidupan sementara di dunia. Moga dipanjangkan usia untuk beramal padaNya.ameen.

Siang hari, 18 Jun 2014, saya sempat luangkan masa dengan seorang sahabat. Kami keluar makan, kebetulan beliau cuti pada hari tersebut, Jadi, saya gerak dari Stesen KTM Sungai Buloh ke KL Sentral. Beliau jemput saya di KL Sentral. Beliau bawa saya lunch kat Petaling Jaya. Lepas makan tengah hari, kami singgah solat zohor salah sebuah masjid yang cantik di Petaling Jaya. Maafkan saya sebab lupa nama masjid tu.

Lepas makan, beliau hantar saya ke stesen komuter. Saya naik train gerak ke KL Sentral dan balik ke Sungai Buloh. Pertemuan singkat dengan beliau tapi banyak yang sempat kami bualkan waktu lunch. Kesian beliau, lepas hantar saya, terpaksa rushing service kereta nak ke Terengganu atas urusan kerja sebelah malam. Sibuk bebenor.

Saya sampai kat rumah di Sungai Buloh dalam pukul 4 petang.

Ujian tanpa diduga.

Itulah kan... Kita tak pernah tahu apa akan jadi kat depan. Kalau Tuhan nak bagi kita suatu ujian, sekelip mata je Dia boleh bagi.

Senja, hampir maghrib, 18 Jun 2014, hari yang sama.. Saya diserang demam panas secara tiba-tiba. Ingatkan migrain dan gastrik, decide untuk telan panadol dengan harapan akan okay lepas tu. Tetapi, dah berjam-jam, lepas maghrib, masih sakit. Malah makin teruk. Tak mampu nak bangun. Saya gagahkan diri untuk ke bilik air, amik wuduk dan solat sambil duduk sebab tak mampu nak berdiri.

Lepas solat, saya terbaring lemah.

Saya cuba panggil pembantu rumah, tetapi suara saya tak dapat didengari dari dalam bilik. Sebab tak tahan sangat, saya SMS sepupu saya (dalam satu rumah yang sedang tengok tv kat ruang tamu) untuk bawa saya ke klinik. Tak tahan sangat dah.

Pada awalnya, sepupu saya bawa saya ke klinik berdekatan rumah. Sampai je klinik, klinik tu pulak baru nak tutup. Doktor pun dah balik. MasyaAllah.. dugaan betul. Kemudian, sepupu saya bawa saya ke Putra Medical Centre (PMC) dekat Rahman Putra.

Sebab tak tahan sangat, dengan nak muntah bagai.. saya terbaring lemah kat atas kerusi. Sorang nurse yang nampak saya lemah sangat, bawa saya masuk ke emergency room. Doktor beri saya suntikan dan suruh saya rehat.

Waktu tu, hampir 4 jam saya terbaring dalam emergency room. Awalnya, sangkaan doktor, saya sekadar diserang migrain dan gastrik pada masa yang sama.

Waktu saya dalam emergency room, mak sedara dan bapa sedara saya datang dan bawa saya ke Hospital Sungai Buloh, Waktu tu, jam dah pukul 1 pagi. Nak dijadikan cerita, punyalah ramai orang yang sakit malam tu, hinggakan berjam-jam kami terpaksa menunggu.

Jadi, mak sedara dan bapa sedara saya decide untuk bawa saya balik rumah, datang balik esok untuk jumpa doktor.

Kemudian, saya balik rumah, ingatkan boleh tidur. Tapi, sampai esok pagi, masih sakit.

Terpaksa ke Hospital Sungai Buloh lagi sekali. Check tekanan darah kemudian dia suruh balik.
 
Masih sakit. Demam tak kebah-kebah. Muntah makin teruk.

Sehinggakan mak sedara dan bapa sedara saya terpaksa panggil ambulans datang.
Apa lagi, terpaksalah saya naik ambulans. Saya dibawa ke klinik tentera sebab bapa sedara saya ni tentera. Kemudian, kena masuk air sebotol dan doktor amik darah lagi. Kemudian, doktor bekalkan ubat migrain dan gastrik.

Balik rumah, saya terbaring lemah. Siang dan malam, muntah dan asyik muntah. Tak boleh tidur. Kesian maid terpaksa bersengkang mata untuk sapu minyak angin belakang saya untuk redakan rasa mual dan loya.

Mak sedara saya hubungi kakak saya yang tinggal di Puchong. Datanglah kakak dan abang ipar saya serta anak sedara saya keesokkan harinya. Keadaan saya tak jugak baik.

Kakak saya ambil keputusan nak bawa saya balik ke Kelantan. Mungkin, mak dan ayah di Kelantan ada penyelesaian.

Kebetulan, kakak sulung saya dan suaminya datang ke Putrajaya atas urusan kerja. Jadi, saya bertolak balik dengan mereka dan kakak saya yang kedua bersama anak sedara saya, Zara.

Risau jugak, perjalanan yang agak memakan masa, hampir 7 jam dari KL ke Kelantan. Tapi, memang kakak saya dah standby siap-siap, susu sebagai bekal dan plastik risau kalau-kalau saya muntah.

Kami gerak dari Puchong waktu maghrib. Setibanya area Gua Musang, keadaan saya makin teruk. Sakit kepala dan rasa nak muntah datang balik. Tak mampu nak tahan, berguna jugaklah plastik yang dah standby untuk muntah.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 2.30 pagi, saya sampai di rumah di Kelantan. Saya terbaring lemah atas katil dalam bilik. Mak buatkan susu. Saya minum seteguk, kemudian muntah balik. Mak decide untuk bawa ke unit kecemasan.

Jam 3 pagi, mak bawa saya ke unit kecemasan Hospital Machang (HOSMAC). Nasib baik HOSMAC hanya 2 minit dari rumah. Saya dibawa terus ke ruangan kecemasan, lagi sekali kena masuk air.

Jam 4.30 pagi, doktor keluarkan surat, saya terpaksa dimasukkan ke wad. Badan saya terlalu lemah dan kata doktor, saya ada tanda-tanda dijangkiti denggi.

Ujian. Benar-benar ujian.

Sekembali dari Kuala Lumpur, terus dimasukkan ke hospital.

5 hari berada dalam wad. 13 botol air masuk. pagi petang kena cucuk ambil darah.
lebam area lengan kesan cucuk jarum. 

5 hari jugak, mak berulang-alik dari rumah ke hospital terpaksa jaga saya.

Rasa sangat menyusahkan mak. Sebak.

Setelah beberapa kali ujian darah, doktor sahkan saya kena denggi.

Tak tau nak bagi reaksi apa. Terkejut dan tak sangka. Risau pun ada. Alhamdulillah, bukan denggi berdarah. Nauzubillah.

Setiap malam dalam wad, saya terpaksa tidur dalam kelambu, Itu membezakan saya, "adik denggi" dengan pesakit-pesakit yang lain.

Ya. Saya diberi gelaran "adik denggi" oleh nurse dalam wad tu. Kelakar pun ada.

Ujian lagi...

Tiap malam tak dapat tidur. Sakit satu badan. Rasa gatal satu badan. Kebas satu badan. Kesakitan ibarat separuh nyawa ditarik. Tuhan saja tahu. Allahuakbar.



 Gambar dari Umi Zaiti.
Masih mampu tersenyum ketika menerima pelawat. 
Hari kedua dalam wad, kalau tak silap.



Alhamdulillah, selepas 5 hari, doktor benarkan saya pulang ke rumah. Tetapi, saya masih perlu ke hospital selang 2 hari untuk ambil ujian darah bagi memastikan saya benar-benar telah sembuh dari denggi.

Allahuakbar. 2 hari sebelum 1 ramadan, saya kembali ke rumah.


Hari ini, dah nak masuk 4 ramadan, baru saya dapat ceritakan dalam blog.
 
Saya masih belum sembuh sepenuhnya. Tapi, Alhamdulillah, saya masih mampu berpuasa.
Cuma sedikit terkilan, saya tak dapat menunaikan solat terawih berjemaah di masjid.


Moga saya diberikan kesembuhan dan kekuatan sepanjang ramadan ini.

Terima kasih Tuhan atas ujian ini.


Buat sahabat semua,

saya mohon.. Jagalah kesihatan.

Jangan ambil mudah dengan amaran nyamuk aedes.

Cegahlah sebelum terlambat.

Lama masa yang diambil untuk sembuh sepenuhnya dari denggi.
Baik elak selagi mampu.

Terima kasih bagi yang mendoakan kesihatan saya.
Allah berkati kalian. ameen

Selamat menjalani ibadah puasa. Selamat beramal di bulan yang mulia ini. Salam ramadan. :)

Salam sayang,
Nurul Atiqah.






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

7 comments:

  1. get well soon dik tiqa!
    patut la senyap je dalam group kbba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak ana..
      huhu.. rindu geng KBBA. :'(

      Delete
  2. uncle pernah kena denggi... siap masok icu...!

    lesu satu badan kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, uncle.
      lesu satu badan..
      nasib baik tak sampai masuk ICU je yuyu ni..
      alhamdulillah..

      Delete
  3. memang bahaya nyamuk aedes nie.
    nasib baik ler takde apa2.
    hope bertambh sihat lagi selepas ni.

    ReplyDelete
  4. laa..siannyaa...jaga diri tu syg..

    ReplyDelete
  5. memang tengah menular denggi ni sekarang...kat tempat sy ni boleh dikatakan setiap hari selepas subuh dan senja KKM buat semburan fogging...banyak kes denggi sekarang ni...

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^