Sunday, June 8, 2014

Bila cakap pasal kahwin


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Seminggu tak update entri gara-gara sibuk dengan majlis kawin.
Alasan je tu sebenarnya..

hehe..

Ya rabbi.. serius, rindu nak berceloteh kat blog.

Baru ni, sibuk dengan persiapan majlis kawin kakak saya diikuti majlis kawin sepupu saya. Alhamdulillah, tanggal 3 Jun 2014, kakak telah sah bergelar isteri kepada abang ipar saya.. Pejam celik, ketiga-tiga kakakku dah berkahwin. Tinggal saya dengan adik je lagi.Cepat betul masa berlalu.......

Cakap pasal kawin ni kan..

Dulu macam tak ambil kisah sangat tau.. Tapi lepas kakak saya kawin, soalan cepu mas yang agak terlalu awal untuk ditanya, telah beralih kepada saya.

"Bila yuyu punya majlis pulak?"

Kakak semua dah kawin, lepas ni yuyu la pulak ye dak!"

Haha.. soalan itu kini telah ditujukan pada diri ini.. Reaksi saya? hehe..

Relax je.. Cool je..

Senang jawab,

belum lagi kot.. InshaAllah, sampai jodoh nanti, kawin la. hehe..

Lagipun, baru menjengah umur 20.. hehe. Percayalah..
Buat masa ni, nak fokus sambung degree.. Dalam 4, 5 tahun lagi, InshaAllah, kita bukak balik cerita pasal kawin ni semua ya. Masa tu, InshaAllah kalau panjang umur, umur saya around 24, 25 tahun.. Dah boleh dah kalau nak cari pasangan pun masa tu. Haha..

 Lagi beberapa hari nak ke Kuala Lumpur untuk majlis tunang kawan baik saya. InshaAllah, moga dipermudahkan urusan dan perjalanan. ameen.
waaaaa... satu persatu sahabat saya dalam perancangan nak mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, gembira untuk mereka..

Saya??
InshaAllah, masa itu akan tiba.. Cuma cepat atau lambat je.. weee..

Doakan yang terbaik.. ameen. :)

Jom tengok sekilas foto kenangan semasa majlis kakak sulung saya minggu lepas. :)


Adik beradik tanpa adik bongsu kami, Asma.
Tak lupa juga anak buah kami, Zara.
Kiri : Amy (kakak nombor 2), Kakak sulung (pengantin), Fatin (kakak nombor 3)
Bawah : Saya dan Zara. 
-malam berinai-


Saya, kakak sulung (pengantin) dan Fatin (kakak nombor 3)



 Saya dan kakak. 
Gembira untuk perkahwinannya.. :')



Saya dan kakak semasa majlis sebelah pengantin lelaki. :)



Alhamdulillah.. Syukur segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

Di sini saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat sahabat blogger yang baru mendirikan rumah tangga..

Blogger Izma
Blogger mat yie
Blogger Syahir (Fuh.My)
Blogger Nadia Johari
Blogger Cik Epal
dan mungkin beberapa orang lagi yang saya terlepas pandang.. maaf dipinta..

Selamat Pengantin Baru.. 
moga berbahagia hingga ke syurga. ameen. :)

 


Gambar kenangan kenduri rumah blogger Izma..
credit : Blogger Muja


Okaylah. stop sini dulu.

Jumpa dalam next entri..

Thanks for reading!

Wassalam..




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

8 comments:

  1. ucapan tahniah utk blogger nick takde pun..haha
    yuyu, nanti tulis entri utk my dear future husband.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tunggu sah dengan tok kadi, konpem yuyu buat entri khas untuk abe nik ngan kak muja..

      InshaAllah, next entri pasal tu.. hehehehehe

      Delete
  2. hehehe..kita sambung degree sama2 dlu ye ^_^

    ReplyDelete
  3. Fatin tu mcm kenal.ipg kkb kan. Budak pj.1 batch ngan hana.hehe

    ReplyDelete
  4. hai salam kenal. akak lompat dari group blogger fb :-)
    ckp pasal wedding day ni memang best. walaupun wedding adik beradik kita.
    lom lagi ckp pasal wedding sendiri kan :-)
    apa pun akak ucap kan selamat bertemu jodoh yg utk awak.
    cepat kawin, cepat dpt anak :-)

    ReplyDelete
  5. ore kelate ko?hahahahahaa......samolah kito :D
    kalau kawen nnti,jemputlah kita sekali okay..dekat doh tuh ..ihiks!

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^