Monday, June 16, 2014

A short visit to Shah Alam


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Cerita semalam. 15 Jun 2014.

Ada urusan di Shah Alam.

Saya dan sepupu menemani sahabat rapat saya, Safwan untuk menghadiri ujian kecergasan dan temuduga bagi kursus Pendidikan Jasmani di fakulti Pendidikan, Seksyen 17, Shah Alam. Sesi temuduga beliau bermula pada jam 2.00 petang. Kami masuk area Shah Alam sejam lebih awal.

Tapi belum jumpa penunjuk arah lokasi temuduga. Jadi, buat keputusan untuk tanya pak guard kat kawasan UITM Shah Alam tu. Satu nak puji pak guard tu, dia siap fotostat peta kasi kat kami sebagai petunjuk ke lokasi temuduga.

Sistematik! good job!

Kami ikut peta dengan bantuan waze, akhirnya jumpa lokasi temuduga kat INTEC, Seksyen 17.

Sedang elok sampai, azan zohor berkumandang. Kebetulan ada surau terletak dekat saja dengan tempat temuduga. Jadi, kami solat zohor dulu kemudian gerak ke lokasi ujian kecergasan iaitu di Gymnasium INTEC.

Lebih kurang pukul 2.15 petang, calon-calon untuk kursus Pendidikan Jasmani diminta masuk ke dalam gym untuk ujian kecergasan. Keluarga dibenarkan masuk sama untuk bagi moral support la kot. hehe.

Saya dan sepupu masuk sama dan tengok calon-calon termasuk sahabat saya tu buat ujian kecergasan.

Serius cakap, nampak je mudah. Tapi, memang sangat menguji ketahanan badan dan stamina.
Yelah kan, nak jadi cikgu PJ ingat boleh main jadi macam tu je ke? Bukan mudah!

 Jangan pandang rendah pada mereka ya!

Lepas ujian kecergasan, calon diberi masa untuk salin pakaian untuk sesi temuduga dalaman.

Sepupu saya nak tunggu Safwan semasa sesi temuduga dalaman berjalan sementara saya keluar kejap jumpa sahabat rapat saya area Shah Alam. 

-----------------------------------------------------------------------

Alang-alang dah ada kat area Shah Alam, saya tak lepaskan peluang untuk jumpa dua ex-classmates masa tingkatan 3 arab dulu, Madiah dan Alibuni. Dah berkali rancang nak jumpa, akhirnya kali ni dapat jumpa. Alhamdulillah...

Madiah datang ambil saya kat INTEC dan kami decide dengan Buni nak jumpa dekat Restoran Ayam Bakar Mas Mono. Dah lupa area mana kat Shah Alam tu sebab tak familiar dengan jalan. huhu. sorry. Tapi yang pasti, restoran dia betul-betul bawah butik online yang famous amous kat Instagram, Qalaqisya.




 Sempat masuk Qalaqisya kejap tapi tak jumpa dress yang dicari.

Back to Resotran Ayam Bakar Mas Mono bawah butik Qalaqisya.

Serius cakap, sedap sangat nasi ayam bakar dia! JJCM pun dah pernah sampai kat situ.

Thanks to Buni sebab paksa saya makan sebab saya belum lunch. So sweet of him. haha. Mula-mula takut tak habis sebab nampak macam banyak, tapi maybe sebab lapar, licin satu pinggan! heeee..

Walaupun dapat luangkan masa kejap je, tapi saya sangat gembira dapat jumpa mereka! Tuhan je yang tahu perasaan dalam hati ni..



 This is Madiah!
Dari dulu sampai sekarang, sempoi je.
Love her!


This is Alibuni!
Budak handsome kat MSU katanya! haha..
Buni makin talkative rasanya. heee.. 



 Welfie! Welfie! Welfie!



Madiah makin cantik, Buni makin kacak. 
Well, both of my friends memang student cantik dan kacak MSU. heeeee...



Moment yang sekejap tetapi menggembirakan.
Thank you so much Madiah and Buni sebab sudi luangkan masa jumpa.

Belajar bebaik! Nanti graduate, jadi doktor yang berkualiti k! Bangga dengan kamu berdua!


Lepas makan, Madiah hantar saya balik ke INTEC. Buni terus balik Klang rasanya.
Sampai INTEC, sepupu dan Safwan duk menunggu. heee..

Kami gerak balik Sungai Buloh.

That's the story of my short visit to Shah Alam.

See you in my next entry!

Thanks for reading!

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

5 comments:

  1. sempat berjalan yeee sambil teman kawan tu..hehe

    ReplyDelete
  2. kalo diorang makin cantik, ensem..yuyu makin smart..huhu
    hepi befday yuyu..mohon update entri befday plk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. thank you abe nik..
      doakan yuyu yer.. InshaAllah, sedang menaip latest entry..
      tungguuuuu!

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^