Sunday, May 25, 2014

Di sebalik penghargaan.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Saya baru balik dari temuduga untuk Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa,UITM. InshaAllah, akan saya kongsikan cerita tentangnya dalam entri akan datang.

Jujur, agak kepenatan untuk update entri. Tetapi, ada sesuatu yang mendorong saya untuk gagahkan diri menaip sedikit entri ringkas malam ni.

Tentang saya terpilih sebagai blogger pilihan untuk menghiasi ruangan blogger pilihan dalam Utusan Malaysia.




Utusan Malaysia
(24 Mei 2014)



Alhamdulillah, jujurnya ianya satu penghargaan buat saya.
Alhamdulillah, mungkin kali ini rezeki berpihak pada saya.

Bukan ucapan tahniah jauh sekali pujian yang saya cari. Serius.
Niat di hati memang hanya untuk berkongsi rasa.

Tetapi, jujur.. sekali lagi saya katakan..
Saya sememangnya belum layak mendapat pujian dari kalian.
Jauh sekali nak dibanggakan.
Tiada kehebatan dalam seo, tiada pageviews yang mencecah jutaan pengunjung..
Bukan itu yang saya kejarkan.
Cukuplah sekadar diterima untuk 'memberi' apa yang saya ada untuk dikongsikan bersama melalui blog ini.

Blog ialah medium untuk saya mencoretkan sesuatu bertujuan untuk berkongsi.
Mungkin ada darinya yang boleh membawa manfaat untuk kita bersama.
Hanya itu niat saya.
Moga sedikit sebanyak mampu saya jadikan pencen kubur.

Di sini..
secara terbuka..
Ada beberapa insan yang selayaknya kalian ucapkan tahniah dan diberi pujian.
Kerana tanpa mengenali mereka, saya mungkin takkan mampu bergerak ke depan sehingga sekarang.


Siapa mereka?

Pertama..

Saudara Ben Ashaari.

Ya. Beliau sifu saya. Pada awal saya berjinak dalam dunia blogging, beliau yang banyak memberi bimbingan pada saya untuk terus yakin dalam menempatkan diri dalam bidang ni. Nasihat dan panduan yang beliau tunjukkan pada saya, takkan mampu saya balas. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan beliau. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan keluarga dunia akhirat. Masih segar dalam minda saya, kata-kata perangsang beliau..

"Manfaatkan blog untuk logkan coretan kehidupan kita. Menulis kena guna akal, ikhlas dari hati."


Saudara Hami Asraff.

Ya. Seorang yang saya kagumi. Beliau antara individu yang berjaya menarik perhatian saya dengan dakwahnya yang santai dan 'berisi' melalui blog beliau. Belum pernah berpeluang bertemu mata, tapi alhamdulillah pernah berbicara melalui telefon. Hebat orangnya. Sering mengungkapkan kata-kata dan penulisan yang memberi inspirasi kepada pembaca. Penulisan beliau sedikit sebanyak mempengaruhi saya untuk sentiasa positif dan lebih bermotivasi untuk terus maju menapak ke hadapan..

Sahabat-sahabat blogger yang lain yang memberi saya inspirasi untuk terus 'memberi' yang terbaik dalam setiap penulisan entri..

Blog MariaFirdaus.. Bro Hasrul Hassan.. Bro Framestone.. Hazanis.. Mujahidah.. Team Denaihati..

Sahabat-sahabat blogger yang kenal masa iftar blogger Kelantan, sahabat blogger yang kenal kat Blogrrr Event, sahabat blogger yang baru kenal kat SBB2014 tempoh hari..

Mengenali dan bersahabat dengan kalian adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai dalam hidup saya. Kalian guru saya, kerana setiap dari kita sentiasa cuba untuk menyampaikan sesuatu kepada satu sama lain. Dan perkongsian yang disampaikan pastinya tersirat kebaikan tertentu. InshaAllah..

Kalian tulang belakang saya.

Tanpa kalian, saya mungkin gadis biasa yang mempunyai blog picisan yang mungkin masih berada di takuk lama.

Moga kita dijauhkan dari lupa diri. Moga Allah lindungi hati ini.

Moga mazmumah jauh dibentengi,
Moga mahmudah terus subur di sanubari.


Mohon pada Allah, moga kita sentiasa bersatu hati..
Tak kira tika jatuh atau tika bangkit kembali.



Pada mereka yang mengenali diri ini,
pertemuan dan perkenalan dengan kalian memberi pengalaman dan pembelajaran tertentu buat saya.

Terima kasih atas segalanya.

Mohon maaf tulus dari benak hati saya sekiranya ada menyinggung hati sesiapa sepanjang keberadaan saya dalam dunia blogging. Saya tak sempurna. Pasti ada tiris robek di mana-mana. Mohon diberi tunjuk ajar dan teguran untuk terus memperbaiki diri yang lemah ini.

Salam sayang..
Nurul Atiqah.
(24/5/2014)
(11:31 pm)

Wassalam..



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

  1. Smga berjaya menempatkan diri dan menjadi warga UiTM deq yuyu.. =)

    ReplyDelete
  2. Eceh ceh ceh... mintak sain atas bahu satu...!

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^