Tuesday, May 6, 2014

Anugerah Khas PIBG SMKH 2013


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Banyak entri tertangguh disebabkan kekangan internet. Tak mengapa, aku usahakan juga untuk update.

Pada tarikh 3 Mei 2014 yang lalu, berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 dan Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah.



Program pada kali ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Turut hadir dalam program ini ialah Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Datuk Haji Yaakub, Ahli Parlimen Machang serta dif dif jemputan yang lain.

Situasi di luar jangkaan berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya sejurus sebelum aturcara penyampaian sijil penghargaan dan hadiah buat penerima anugerah kecemerlangan bermula.

Alhamdulillah, lafaz kesyukuran diucap apabila hujan membasahi bumi Machang setelah berminggu minggu bumi Machang tidak disirami hujan. Tiada siapa yang menyangka.. Barangkali hujan rahmat dikirim bagi mengiringi program yang sedang berlangsung. Biiznillah..

Alhamdulillah, aku dijemput oleh pihak sekolah sebagai penerima Anugerah Khas PIBG 2013. Syukur pada Ilahi, betapa terharu diberikan penghargaan atas penglibatan dan pencapaianku sepanjang 7 tahun di SMK Hamzah, Machang.



Menerima anugerah daripada Yang Berbahagia Tuan Haji Harun bin Mail, Yang Dipertua PIBG, SMK Hamzah, Machang.


credit gambar : Sidang Redaksi SMKH/Cikgu Zalina Ab. Razak


Perkara yang membuatku lebih terharu apabila mak turut berada di sisi melihat aku menerima anugerah.

Masih segar dalam ingatan, ketika itu aku terpilih sebagai tokoh pelajar untuk menerima anugerah pada Malam Anugerah Kokurikulum sekolah pada tahun 2010. Mak menggantikan tempatku untuk menerima anugerah tersebut kerana aku sedang berada di Negeri Sembilan pada waktu yang sama untuk menerima anugerah Sahabat PPDa-Petronas di sana.

Alhamdulillah, untuk anugerah kali ini, aku berpeluang menerimanya sendiri dengan adanya mak di sisi. Syukur pada Tuhan.. :')


Gembira melihat senyuman mak. :')



-----------------------------------------------------------------------------------------

aku mungkin tak sebijak orang lain, dapat pointer tinggi... dapat biasiswa..
tapi.. aku bersyukur dengan apa yang aku ada, apa yang aku mampu beri pada orang..
aku cukup bertuah dikurniakan kedua mak ayah yang sentiasa ada di sisi..
aku takkan sesekali mudah goyah.. kerana aku tahu dan aku yakin..
doa mak ayah dan mereka yang menyayangiku sentiasa mengiringi perjuanganku..
terima kasih Tuhan atas pinjaman yang Engkau kirimkan.. :')
Dengan izinMu, perjuangan sebenarku kini bermula...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum hentikan entri kali ini, sekalung terima kasih buat pihak sekolah dan PIBG atas penghargaan yang diberikan.

Tahniah buat sahabatku, Anis Amira binti Abu Bakar telah mendapat anugerah pelajar cemerlang STPM 2013 dengan pointer 3.58.

Tahniah juga buat sahabatku, Muhammad Safwan bin Mohd Nasir yang turut menerima Anugerah Khas PIBG 2013 bagi kategori lelaki.

InshaAllah, jumpa dalam entri akan datang.

Thanks for reading!

Wassalam..



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

10 comments:

  1. tahniah yuyu.. kem salam kt mak :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Rindu pulak dgn zaman sekolah.hihi

    ReplyDelete
  3. jap.. knapa 7 tahun huhu. apapon tahniah la mek ahhahaa

    ReplyDelete
  4. lambat cepat je rezeki tu datang.
    maybe rezeki yuyu bertambah after iv nanti.
    good luck..
    nanti mkn kat seoul garden ngan muja :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah atiqah. :D

    ReplyDelete
  6. Tahniah.. supo baco karange spm jah nih. hahaha

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^