Friday, April 4, 2014

Review : Handsocks Jordan/Mariam


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. Kebelakangan ni, saya lihat dah ramai gadis yang mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Salah satunya melalui pemakaian. Tak dinafikan, bukan mudah nak menutup aurat dengan sempurna tetapi ianya tak mustahil. Betulkan niat, banyakkan doa pada Allah untuk tetapkan hati kita untuk terus istiqamah.

Mulakannya dengan perlahan-lahan. Tak perlu perubahan yang drastik. Biar perlahan, asalkan istiqamah. Ye dak? Saya dulu pun susah nak jaga aurat especially bab lengan dan kaki. Bahagian ni yang selalu diambil mudah. :'(

Jadi, bagi yang dalam jihad untuk menutup aurat dengan sempurna, teruskan! Jangan takut. Boleh mulakan dengan pakai handsocks dan stokin.. Kemudian tutup keseluruhannya mengikut syarak. InshaAllah, kalau saya mampu berbuat demikian, kenapa tidak kalian? Kan? Yakin pada diri! :')

Ada yang bertanya,
tak panas ke pakai handsocks? Bila berpeluh, mesti rasa gatal-gatal kat lengan. Mana nak dapatkan handsocks yang selesa? Tak gatal?

Baiklah. Bagi yang masih tercari-cari handsocks yang selesa, tak panas, tak mudah longgar, sesuai dengan saiz lengan kalian.. Kalian boleh cuba beli handsocks melalui Butik Pesona Syifa. Ikon muslimah, Dena Bahrin pun beli dengan mereka. InshaAllah, ianya selesa untuk kalian.



Selain Dena Bahrin, Ainan Tasnim, Juliana Nazarudin (isteri Taleeb Mizad) pun suka dengan handsocks ni.

Jangan lupa jengah instagram Pesona Syifa untuk lihat feedback dari pelanggan yang sudah berurusniaga dengan mereka termasuk saya! Setakat ini, semua feedback pelanggan adalah positif!Alhamdulillah..

Okay!
Kalian boleh beli secara online melalui instagram mereka :

Butik Pesona Syifa

Atau boleh hubungi :
 017- 3572414 ( Syifa) 

Atau sesiapa yang nak membeli secara walk-in 
boleh terus ke butik mereka di alamat :
F11 Tingkat 1, Mydin Mall, Mitc Ayer Keroh, Melaka.



Yuyu Atiqa :
Jangan takut untuk berhijrah di jalan Allah. Persetankan mereka yang mencaci dan mengeji. Kita cari redha Allah, bukan redha manusia. Jangan goyah, terus mara! Yakin, Allah itu ada. :')



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

6 comments:

  1. Salam sayang.

    mak bangga dengan anak mak ini. Teruskanlah istiqamah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Allahu, mak..
      Doakan anakmu ini mampu terus istiqamah..
      sayang mak.. :')

      Delete
  2. stoking rasa macam dah makin biasa,, bab handsocks ni lagi susah nak biasakan diri,, moga istiqamah nanti,, amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Takpa. pelan-pelan kayuh!

      you can do it, kak muja! :)

      Delete
  3. tak pernah pun nak cuba-cuba pakai ni. nanti orang pandang lain macam lak. tak pun kena mengorat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayyark....
      grrr...
      memangla bapa farris kalau pakai nampak pelik. -_-'

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^