Monday, April 7, 2014

Nurul Atiqah dan Majalah Harimau?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Majalah Harimau? Majalah apa tu? Tak pernah dengar pun. Macam majalah Dara.Com ke? Atau macam majalah Remaja?

Actually, majalah Harimau ialah majalah rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah. Lokasinya bertempat di bandar Machang, Kelantan Darul Naim. Ya. Sekolah di mana tempat saya menuntut ilmu dari tingkatan 1 sehingga tamat tingkatan 6.






Apa kaitan saya dengan majalah Harimau? meh sini nak pendekkan cerita.

Alhamdulillah, sebelum meninggalkan alam persekolahan (tamat tingkatan 6), saya telah diberi peluang untuk menggalas amanah sebagai ketua editor majalah Harimau edisi ke-45 . Tak pernah terlintas untuk diberikan kepercayaan memikul tanggungjawab tersebut.



Berkat bimbingan guru-guru penasihat, semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh badan redaksi serta kerjasama dan komitmen baik yang diberikan oleh warga sekolah telah memudahkan kerja buat pihak redaksi untuk menerbitkan majalah Harimau edisi ke-45. Syukur alhamdulillah.

Terima kasih pada Cikgu Zalina Razak yang sentiasa percaya pada saya dan menyokong tindakan saya sepanjang menjalankan tugas. Sebak dada bila mengenangkan setiap jatuh bangun yang diharungi sepanjang keberadaan saya di bumi Hamzah. Pengalaman itulah yang menjadikan diri ini semakin cekal dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan. InshaAllah..

Apa yang membuatkan saya lebih terharu apabila dapat mencoretkan nukilan penghargaan buat allahyarham Hj. Taifor bin Mahyiddin , seorang kaunselor yang telah banyak berjasa kepada warga Sekolah Menengah Hamzah dan masyarakat sekeliling. Niat di hati hanyalah untuk membuka mata mereka bahawa ada insan yang berjasa tidak mengharapkan balasan dunia, tapi mengejar ganjaran akhirat yang dijanjikan olehNya.



Terima kasih cikgu. Terima kasih team redaksi atas komitmen kalian sepanjang penggambaran majalah berlangsung. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian. Moga terus sukses! ameen.

Thanks for reading!


Yuyu Atiqa :
Fikir sebelum menilai. Kita takkan pernah tahu keperitan seseorang dalam memikul sesuatu beban tugas melainkan kita sendiri berada di tempat mereka. Allah lebih Tahu. :')







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

8 comments:

  1. Replies
    1. waalaikumussalam..

      Ohh ya.. saya lupa sebut eh dalam entri? hehe

      Nulli Secundus tu maksud dia Sentiasa Terulung..

      secara mudahnya nak faham, maksudnya tiada yang kedua. Selalu nombor satu.. hehe.. Gitula lebih kurang. Tu motto sekolah. :)

      Delete
  2. Sya pun dulu terlibat dalam sidang redaksi majalah sekolah. Priceless betul memori time tu :)

    ReplyDelete
  3. hebat adik yuyu. ketua editor.. baravooo. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurun kakak yuyu yang comel ni laa.. heeee :D

      Delete
  4. singgah sini dari entry blogger remaja blog HH :))
    SELAMAT BERKENALAN, jemput singgah blog Syira ye ..dah berwajah baru :)

    ReplyDelete
  5. wah,, muja lak takut dengan tanggungjawab,, adooillaaa

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^