Monday, April 21, 2014

Bertenang, Allah kan ada.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah sebab aku dikurniakan kecenderungan untuk mendalami ilmu kaunseling dari usia 14 tahun. Mungkin, disebabkan inilah aku masih mampu bertenang dan hadapi setiap cabaran yang muncul dalam hidup aku.

Aku juga manusia biasa. Pernah goyah dan rasa lesu apabila diuji. Sering menangis dan kecewa tatkala ujian menimpa. Ya. Semua manusia mungkin mengalami perkara yang sama. Cuma ujian dari Allah untuk kita lalui itu yang berbeza. Kembalilah sujud padaNya.

Mengadu padaNya. Berserah padaNya.

Ujian itu datang dari Dia.
Berlaku pada kita dengan izin Dia.
 InshaAllah, akan dapat kita lalui juga dengan kemudahan dan kekuatan dari Dia.


Seorang sahabat pernah meluahkan pada aku,
macam mana kita nak berdepan dengan mereka yang cuba menjatuhkan kita?

Pendapat aku.. mudah.

Jangan pernah lari dari terus berpegang pada Yang Maha Esa.
Dalam setiap doa, jangan pernah lupa untuk berdoa,
 
-------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
sesungguhnya aku berlindung padaMu dari niat dan perbuatan jahat manusia yang ingin mencelakakan diriku,

Ya Allah,
andai aku akan diuji melalui keadaan sebegini dalam percaturanMu,
persiapkan lah aku,
berikanlah aku kekuatan, kecekalan dan kesabaran yang tinggi untuk melepasinya,

Ya Tuhanku,
jika ada yang berniat jahat padaku,
Engkau ampunilah mereka,
kerana mereka juga berbuat dosa sepertiku,
Engkau bimbinglah mereka untuk tidak tersasar dari jalanMu,

Ya Allah,
permudahkan aku melewati segala ujianMu,
sama ada ujian kesulitan mahupun ujian kegembiraan,
kerana segalanya berlaku atas izin dan kehendakMu.

ameen ameen ya rabbal alamin..


-------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, segala yang telah aku lalui banyak mengajar aku untuk terus positif menyusuri laluan kehidupan yang mendatang.

Biar orang buat kita,
Jangan kita buat orang.
Kita doakan Allah ampuni dosa dia,
berikan hidayah padaNya dan tingkatkan kesabaran diri kita.

Biar orang benci kita,
Jangan kita benci orang.
Kita doakan Allah lembutkan hati dia,
untuk tidak membenci manusia di dunia,
dan lembutkan hati kita untuk sentiasa memaafkan sesama hambaNya.

Aku yakin pada aturan Allah..

Orang buat jahat, kita balas kebaikan.
Moga dilembutkan hatinya untuk turut berbuat baik.


Moga kita sentiasa diberi keberkatan dan rahmat dari Allah untuk kehidupan kita.




Bertenang, Allah kan ada.. :)


Thanks for reading.

Wassalam.. :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

5 comments:

  1. bersabar lah ya ..

    ujian Allah ini datang tanpa dijangka malah dengan tiba2.

    persiapkan diri dengan doa2 penenang jiwa..

    inshaallah.. :)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah

    org yg kuat & sentiasa 'menang' ialah org yg sabar

    ReplyDelete
  3. as salam nurul
    pokok pangkal nya. kena sentiasa muhasabah diri supaya jgn cpt terlupa.

    ReplyDelete
  4. doa adalah senjata,
    doa adalah perisai,
    jangan sesekali tinggalkan doa.

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^