Tuesday, April 15, 2014

Bertahan.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..



Aku tergerak hati nak ajak kalian selami beberapa situasi. Realiti kehidupan yang dilalui oleh seorang hamba Allah yang aku kenali. Tetapi identitinya dirahsiakan untuk menjaga aib.

----------------------------------------------------------------

Alangkah bahagianya kalau dapat berkongsi berita yang menggembirakan dengan orang yang kalian sayang kan? Maksud aku, macam ayah dan adik beradik kalian. Lepas tu, dapat ucapan tahniah dan support dari mereka untuk kalian terus semangat untuk tingkatkan usaha. Tambah lagi kalau kalian dapat peluk mereka. Betul tak?

Bersyukurlah kalau kalian dapat peluang untuk buat macam tu. Sebab ada insan yang tak begitu bertuah seperti kalian. Dapat rasa kasih sayang itu. Even dia berada dalam suasana berkeluarga, dia seolah-olah seperti orang asing dalam keluarga sendiri.

 Alangkah bahagianya...
Kalau kalian dapat cium pipi dan peluk ayah kalian. Tetapi... dia pulak tak dapat berbuat macam tu sedangkan ayahnya ada di depan mata. Walaupun dalam benak hatinya, meronta-ronta ingin sekali memeluk ayahnya.

Alangkah bahagianya...
Kalau kalian dapat berkongsi cerita suka duka dengan adik-beradik. Bertepuk tampar dengan mereka. Bergurau senda dengan mereka. Peluk mereka tak kira ketika bersedih mahupun ketika ceria. Setidaknya dapat merasakan keakraban dan kasih sayang dalam hubungan tu. Tetapi.. dia pulak tak dapat peluang nak rasa semua tu. Walaupun tinggal sebumbung dengan mereka.

Alangkah bahagianya...
Kalau dapat diberi sedikit saja ruang untuk rasa dihargai oleh mereka yang kita sayang. Dia tak minta lebih. Dia tak minta harta. Dia cuma minta sedikit saja kasih sayang dan perhatian untuk dirasai.

Salahkah dia?
Tak layakkah dia?
Buruk sangatkah dia?

Setiap kali sujud pada Allah, dia sering meminta. Dia sering menangis dan mengadu pada Allah moga dibukakan pintu hati orang-orang yang dia sayang, untuk memberikan sedikit ruang dan kasih sayang untuk dirinya.

Dia mungkin banyak khilaf dan kekurangan. Tetapi dia cuba untuk melakukan yang terbaik.

Terkadang..

Dia merasakan dirinya sudah tidak diperlukan.

Mahu saja dia pergi jauh.
Marah dengan dirinya yang begitu haus menagih kasih sayang dari darah dagingnya sendiri.

Tetapi dia masih ada Tuhan.
Dia masih fikirkan ibunya.
Dia cuba bertahan demi kasih sayangnya pada ibunya.
Dia cuba bertahan demi mereka yang dia sayang.

Pujuk hatinya.

Mungkin,
dia akan peroleh kasih sayang darah dagingnya bila dia sudah pergi jauh nanti.

Mungkin juga..
dia akan dirindui oleh darah dagingnya bila dia sudah tiada kelak.


Satu perkara yang membuatkan dia terus bertahan..

Sebab dia tahu..

Walaupun dia disisih keluarga, dia tetap yakin.. Allah masih sayangkan dia.

kerana apa?

kerana Allah berikan kewarasan akal padanya untuk terus bertahan, bersabar dan cekal menghadapi ujian.

Dia yakin..

Walau pahit pada awalnya, kelak manis pada hujungnya... 


----------------------------------------------------------------

Apa yang aku cuba sampaikan di sini..

Bersyukurlah bila dapat merasai kasih sayang dari keluarga, darah daging sendiri.
sebab ada insan yang sedang bertahan dengan ujian Allah demi mendapatkan kasih sayang dari keluarganya.

Moga dia terus kuat.

InshaAllah..

ameen.


Thanks for reading!



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

5 comments:

  1. Walau disayangi mahupun dibenci, kita tetap ada Allah di sisi.

    ReplyDelete
  2. muja sayang yuyu sesangat!!! muahhhxx!! :D

    ReplyDelete
  3. hiduplah seupaya apa...
    menangislah selagi bisa...
    insyaALLAH,
    di penghujungnya adalah bahagia..
    selagi pada Tuhan kita gantung harap percaya....

    (^_^)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^