Sunday, April 20, 2014

Ada apa dengan Bro Framestone?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Penghuni dunia blogging kebanyakkannya dah pernah dengar nama beliau kan? Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk mengenali dan bersua muka dengan beliau.

Masa aku rajin berblogwalking dulu, aku pernah jengah blog beliau. Tapi time tu, terlebih rajin blogwalking sampaikan lupa dah macam mana rupa beliau. Kenal nama je. Hoho.. Teruk bebenor aku..

First time aku jumpa beliau kat The Mines untuk event Blogrrr . Beliau kasi bisnes card beliau. Bila aku baca nama pada kad tu, baru lah aku ingat balik ini rupanya Bro Framestone. aduyai.. Memang padah, kalau cuma kenal nama blogger di alam maya, tapi tak kenal rupa. Padah wehh.. Bila jumpa depan-depan, termalu sendiri.

Ku akui kelalaianku.. sobs.. sorry bro!

Yang pasti, aku terhutang budi dengan bro. Kenapa? Beliau seorang yang prihatin. Serius cakap! Sebab walaupun baru first time beliau jumpa aku, beliau dah tolong aku.

Aku ingat lagi,.. masa kat Blogrrr event, phone aku low battery, memang tahap nyawa-nyawa ikan la. Dan aku pulak time tu takda benda alah yang namanya powerbank nih. Dengan tekunnya aku cari plug nak charge phone, kemudian jumpa plug kat booth tonton. Masa tu, bro pun duk lepak dengan team tonton kat situ. Baru nak charge, team tonton sekali dengan bro nak turun ke Big Bad Wolf kat tingkat bawah. Aku pun nak join gak. Ushar buku banyak weh. Serius! Tapi bateri phone nazak.. Uwaaaaaa.... Alih-alih, bro kasi pinjam aku charge phone kat powerbank beliau.

Serius, terharu wehh! Allah datangkan beliau untuk tolong aku ketika aku betul-betul perlukan pertolongan. Subhanallah. Memang aku bersyukur sangat...

Sehinggalah aku jumpa bro buat kali kedua kat event SBB 2014 baru-baru ni. Pertemuan kali kedua in advance, dapat jumpa family beliau sekali, wife beliau yang peramah, kak Iera dan puteri beliau yang sangat comel, Fisha.. sedikit terkilan sebab tak berpeluang bergambar dengan mereka..


Yang pasti, Bro Framestone merupakan salah seorang blogger yang aku respect dalam dunia blogging ni.

Kalian jangan lupa selalu singgah dan baca setiap entri di blog beliau ya!







P/s :

Beliau ada tanya aku, bila nak buat entry khas untuk beliau?

Sorry, bro..
Actually... Dah lama tulis entri. Cuma belum publish. Segan. hoho..

Be a great husband and a charming daddy always ya! hehe

 May Allah bless you and your family.. ameen..


------------------------------------------------------------------

Okaylah, aku stop sini dulu.
 Nak ke dapur, cari makanan untuk dimakan. Lapar.

Kbai !


Thanks for reading!

Wassalam..




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

  1. pergghhhhh,, gi ke event blogrr dulu tu,,, len kali nk gi kl ajak ittew tau,,

    ReplyDelete
  2. wahhhh bertuah sungguh si bro ni ya hehe

    ReplyDelete
  3. Eh baru perasan pasal entry ini.. terharu sesangat T-T

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^