Thursday, March 20, 2014

Result


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Minggu ni minggu 'demam result' untuk pelajar lepasan STPM dan SPM.
In my family, bermaksud aku dan adik aku.

Semalam, 19 Mac 2014. Keputusan keseluruhan STPM 2013 terungkai sudah.
Alhamdulillah.. Syukur pada Allah.. Aku dapat keputusan yang melegakan hati buat masa ni.

Kenapa buat masa ni??

sebab.. if in case ada yang tak tahu, STPM sekarang dah bertukar sistem. Sistemnya hampir sama dengan sistem di matrikulasi dan universiti iaitu sistem modular.

Jadi, pelajar yang mengambil STPM akan menduduki peperiksaan mengikut penggal. Semuanya ada 3 penggal. Kalau nak bunyi advance sikit, kita panggil semester. hehehehe

Jika ada pelajar yang nak baiki result subjek-subjek yang tak memuaskan hati, mereka boleh repeat paper tersebut.

Makanya, result penggal 3 aku baru-baru ni tak dapat capai target 4.00. Jadi, aku repeat 2 papers dengan semangat dan harapan dapat capai pointer lebih baik. 2 papers dah capai target, so, cuma tunggu result ulangan semester 3 yang dijangka keluar bulan 4 nanti.

Setakat result yang aku dapat semalam, alhamdulillah.. 3.17..
Walaupun, tak setanding dengan sahabat baik aku yang dapat 3.58, aku tetap bersyukur. Setidaknya, aku masih kekalkan 3 pointer ke atas..

Aku tak sedih, sebab aku yakin percaturan Allah adalah yang sebaiknya..

Masa ambil result semalam, aku straight away jumpa guru pengajian am aku, Cikgu Zul. Beliau banyak bagi support pada aku. Bimbing aku. Tak jemu bagi tunjuk ajar pada aku.

Pada awalnya, aku berlagak tenang. Dah warning awal-awal pada diri sendiri, no matter apa result akan keluar, jangan nangis! Tapi itulah kan..

Apa yang buat aku sebak dan terharu sangat apabila aku melihat airmata kegembiraan cikgu Zul lepas beliau bagitau result aku.

Masih ingat ayat beliau,

"Tahniah, Tiqah! Saya duk runsing kat result awak. Alhamdulillah. lega bila tengok result awak. Ada harapan untuk dapat lebih tinggi nanti. Kita tunggu result awak bulan 4 nanti deh. Saya yakin mesti tinggi."

Aku tak dapat tahan sebak. Aku turut sama nangis. First time tengok cikgu yang paling cool mengalirkan airmata. sebab aku. Terharu !


Me, cikgu Zul dan anis (bestfriend)


Semalam dah berlalu, tapi ada satu perkara yang buat aku terkilan..
Insan yang selalu dorong aku untuk tak putus asa tak sempat tengok result aku..
Al-fatihah, Allahyarham Haji Taifor bin Mahyiddin.. 


Aku tak dapat berkongsi rasa syukur ini dengan insan yang sangat aku hormati..
Dialah kaunselor.. Dialah ayah... Dialah sahabat..
Ayah... Iqah rindu ayah sangat.... :'(


Walaupun arwah dah pergi, tapi pesanan, ilmu dan segala yang arwah turunkan pada anak didiknya masih subur dan akan sentiasa menjadi pegangan dan pendorong untuk kami terus lakar kejayaan.

Ayah, Iqah akan cuba yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Semangat ayah ada untuk buat Iqah kuat. Iqah cuba ya, ayah.. :')

Allahuakbar.. sebak pulak...
Dah-dah.. taknak sedih-sedih..

Terima kasih kepada semua yang mendoakan..
Terima kasih blogger otai, Hasrul Hassan yang sempat bagi kata-kata semangat before gerak pergi ambil result semalam.

Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu dipelajari dan ditempuhi.
Moga aku kuat! Ya. Aku kena kuat !

Bismillahitawakkal alallah...

Terima kasih sudi membaca...

Sayang kamu semua!

Wassalam..



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

18 comments:

  1. tahniah yuyu!!! ayah pasti trsnyum di sana.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak muja sayang!
      InshaAllah.. arwah damai di sana. :')

      Delete
  2. Tahniah Tiqah!
    lama tak singgah sini.
    berhenti jap blogging dulu.
    hehehe.

    goodluck for your future!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you abe wan!
      itulaa.. lama dah tu blog tak terupdate tu..
      hehe. takpa.. pilot memang busy.. :D

      Delete
  3. Laaaa adik ke cik yuyu nim... ingat sama baye dengan ena.. hehehehe apapun, tahniah sayam! hehehehe... okay la tu, STPM bukan senang okay nak skor.. perghhhh hebat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, kak ena... adik... hehehe
      thank you.. :D

      Delete
  4. Tahniah tiqa. Alhamdulillah.

    Apa-apa ingat ini baru 1 langkah tau. Masih panjang perjalanan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you profhariz...
      yup. far way to go..
      inshaAllah.. :)

      Delete
  5. Tahniah di atas result yang Tiqah dapat tu... moga dapat tempat di U nanti. insyaALLAH.. salam kenal dari kakjaa.... dari pengkalan kubor kelantan... heee!

    www.jaakechik.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tima kasih kak jaa.. ameen.
      salam kenal ! :)

      Delete
  6. yeay ! dah dapat result.... (^_^)

    awak berhak dapat senilai dengan usaha yang awak bagi...

    ReplyDelete
  7. cun dah tu pointer atas 3
    anyway good luck, hope dapat further study dekat universiti :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^