Friday, October 25, 2013

Cerita Pagi Jumaat dan Sarapan.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Selamat hari Jumaat readers!

Pagi ni, tak boleh nak terbabas sangat tidur. Huhu.
Bangun agak awal, perlu bantu mak dapatkan barang-barang keperluan nak siapkan tempahan.
So, duk lena dibuai mimpi, mak kejutkan.
Ahh. sedihhh.. tak boleh tidur lama. huhu..

Adoi.. teruk betul eden.

Okay, dah.
sambung..

Aku rasa macam nak lepak kat playground je lepas beli barang-barang yang mak pesan.
Jadi, aku call Lyn, ajak dia temankan aku.

So, lepas settle beli barang mak, hantar balik rumah, aku singgah beli roti canai sebab rasa mengidam nak makan roti canai. Haha. ada ke patut! heeee

 Then aku drive pergi amik Lyn kat rumah dia.
Kami masuk pasar tani, beli minuman, masuk dalam area playground, cari tempat sesuai untuk aku breakfast. hoho..

Ramai bebudak kat taman tu ha. Seronok je aku breakfast dengan Lyn sambil ushar bebudak tu main.
Untung bebudak zaman sekarang. Nak riadah, pergi je taman permainan. Ada gelongsor, buai, jongkat-jongket.. Hee..

Alang-alang tengok bebudak tu main, sesuatu terlintas kat minda.

Setiap saat, minit, jam dan hari yang pernah aku lalui dulu..
Aku pernah jadi kanak-kanak..
Mak cakap aku sangat nakal.
Haha. boleh bayangkan tak, macam mana budak perempuan nakal??
hee... mak cakap, kalah budak lelaki.
Zara pun tak senakal aku dulu.. heee

Masa tu, aku membesar kat kampung.
Darjah satu, baru pindah ke bandar.
So, perhaps a little bit 'jakun' laaa kot perwatakan kat situ..
alaaa... nakal budak kampung.. setakat naik atas timbunan batu-batu kecil, then lompat ke tanah.
paling tidak, kalau jatuh, luka, nangis sikit.
Lepas tu, sambung main balik.

Hee... rindu zaman kanak-kanak.

Adoi.. melalut dah aku ni.

Ingat nak ke KB dengan Lyn hari ni sebab ada program raudhah tv9, tapi tak jadi.
next time, maybe.

Klah. Lepak dengan Lyn, tak sah kalau takda gambar. heee Well, itu hobi kami!

Nampak tak gerai-gerai kat belakang tu?
Haa.. itulah pasar tani..
Every Friday morning.. :)

#OOTD
Kasual saja.. Hehe.
Santai je pun.
Lama betul tak pakai tudung bawal. kekok. huhu


Senyumlah.. senyumlah.. ahaiii cek mek Kelate! hehe

Peace!
gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati !

Mek Lyn yang comey..
inner neck by WawIe MultiShop.

Mek Kelate yang ... ??!??

Sama tapi tak serupa...
keh keh kehh..


Till then, anyonggggg!






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, October 21, 2013

Jumpa Dentist


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

To be frank, aku ni seorang yang sangat takut untuk jumpa dentist. Serius!
Last aku jumpa dentist masa aku sekolah rendah rasanya. Sekarang, dah nak habis STPM dah.
Lama tu.

Sedangkan..

Kita disarankan untuk menemui dentist sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk buat pemeriksaan gigi.

Nampak tak kat situ betapa trauma dan fobia nya aku dengan dentist.

Nak dijadikan cerita...

masuk hari ni dah 3 hari aku sakit gigi. ada sebatang gigi berlubang. kritikal. Degil punya pasal taknak jumpa dentist sampai betahun-tahun. Teruk bebenor kan? hurmm..

semalam, mok-mok suruh aku pergi jumpa dentist. Dia cakap, lagi dibiar gigi ni sakit, lagi teruk jadinya.
Macam-macam ayat dia kasi aku suruh jumpa dentist.

Last-last..
aku kumpul keberanian untuk jumpa dentist.
redha jelah sebab gigi sakit sangat dah..

So, semalam, aku decide nak jumpa dentist hari ni.

Pergi sekolah pagi tadi, berdenyut-denyut rasa sakit. Ya Allah. rasa macam nak tumbuk orang je. Serius.
Tapi, mok-mok pesan kena senyum walaupun sakit.

Habis sekolah, aku pergi klinik pergigian kat hospital ditemani mok-mok.

Dia usik aku.. Dia cakap :

"nanti dentist cabut kau punya gigi pakai playar".

Bertuah punya kawan.
Dia berjaya pujuk aku yang degil ni jumpa doktor, alih-alih dia pulak yang usik aku.

Nyaris aku nak berlari keluar dari klinik tu ha.

Tiba giliran aku, dentist check aku punya gigi.
Ahh sudah! Gigiku yang berlubang itu perlu dicabut. Adoiiii ! Perkara yang paling aku takutkan..
Masa tu, rasa macam nak nangis. Tapi, berlagak cool sebab dah besar. Malu wehhh kalau nangis depan dentist sebab gigi nak kena cabut.

Then, dentist bius area yang nak kena cabut tu.

Dia suruh aku tunggu kat luar dulu alang-alang tunggu aku rasa kesan ubat bius tu.

Keluar dari bilik dentist, mok-mok tengok muka aku resah.
Aku cakap kat dia :

"Kau laaa nih! Masin betul mulut tu. Kan dah nak kena cabut gigi aku sebatang."

At the same time bergenang airmata sebab takut nak kena cabut gigi. Teruk betul laa. Cengeng tahap dewa, aku nih! Kalah budak kecik.

Mok-mok pujuk aku tak kasi aku nangis.

Aku control taknak bagi nangis.

Wooooo.. pucat weh!

Then, dalam 20 minit camtu, dentist panggil aku masuk balik.

Ahh sudahhh!

Time tu, tawakkal alallah..

Dentist suruh baring.. then, tak sampai 5 minit, dia cabut gigi aku.
Aku still rasa sakit walaupun dia dah kasi bius area nak cabut tu. Then, aku gitau dentist tu, sakit.

Lagi sekali, dia bius. 2 kali bius wehhh... sakit !

Waaaaaaa... nak nangis..

Then, lepas amik ubat dengan nurse, mok-mok hantar aku balik.
Mok-mok serba salah tengok aku nangis dalam keta.

Apa-apa pun, memang aku berterima kasih yang amat kat mok-mok sebab ajak dan temankan aku jumpa dentist. Kalau tak pergi sekarang, lambat-laun aku tetap kena jumpa dentist gak kan? huhu.. positif!

Mok-mok..
Dia kawan baik aku dunia akhirat.

Sekarang (time aku tengah menaip ni), tempat gigi yang dicabut stilll bleeding. Dah lebih 10 ketul kapas dah aku tukar. Sakit masih terasa sampai sekarang.

Yang pasti, lapar sangat.
Tak makan dari tengah hari tadi.

Terliur bila tengok semua makanan.

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk hadapi ujianMu yang satu ini.

Kbai.

Wassalam.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, October 19, 2013

Dinner - Senior Year


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..

Sekadar perkongsian singkat tentang majlis makan malam 'Mekar Setaman' yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014 untuk meraikan senior-senior sebelum kami menduduki peperiksaan semester akhir pada awal bulan 11 nanti.

Terima kasih daun keladi sebab sudi raikan kami.

Dengan bertemakan 'glamorous', majlis makan malam kami diadakan di Hotel Raudah, Kota Bharu.

Majlis start lebih kurang pukul 8.30 malam.
Untuk aturcara majlis, pada awalnya.. pihak MPP sediakan banyak persembahan..

tetapi....

disebabkan tarikh dinner kami jatuh pada 18 Oktober (semalam) bersamaan dengan tarikh perlawanan bola sepak antara Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).. Oleh yang demikian, semua persembahan dibatalkan.. dan digantikan dengan tayangan perdana perlawanan bola sepak.

Haha.

Seumur hidup aku pergi dinner.. Ini kali pertama, aku pergi dinner, at the same time tengok bola.

Cuba bayangkan.. Pakai cantik (kononnya), makan kat hotel.. Tup tup bersorak tengok bola pada masa yang sama.. Tak ke wujud satu kelainan di situ??? Haha..

Betul laa orang cakap.. Semangat rakyat Kelantan memang tak dapat dijangka bila berkait dengan bola sepak.. di mana-mana pun, masih berkobar-kobar menyokong pasukan bola sepak Kelantan.

aku yang tak minat bola ni, tetiba dapat meja betul-betul depan skrin pun dapat satu feel, bersemangat menyorak sama ketika menonton. haha. adoii. terus hilang keayuan di situ! heee..

Salute!

Okay, sambung.

Bila rehat separuh masa pertama, aturcara selingan diisi dengan cabutan bertuah. Dengan penuh harapannya aku nak dapatkan salah satu hamper cabutan bertuah tu.. tetapi malangnya.. tak bertuah diriku semalam. sobs sobs.. kesedihannn.. haha. takdalah. gurau.

Masuk separuh masa kedua, sambung tengok balik. Akhirnya, berbaloi laaa jugak bertolak ansur untuk turut sama tengok perlawan bola sepak malam tadi. Alhamdulillah, Kelantan menang 2-1.

Bersorak gembira bebudak dalam dewan.. lagi-lagi budak lelaki.. aku pun terikut sama. Eh! heee

tapi yang paling aku tak boleh lupa.. dan takkan lupa.. yang pasti..

bila aku tengok sir dengan penuh semangatnya bersorak kegembiraan sampai ke atas pentas.
First time kot tengok sir cenggitu. Haha. He made my day last night. Serious! At least ada something yang dapat aku jadikan memori.. Thank you sir! heeee

Lepas habis tonton perlawanan, emcee umumkan King and Queen of the Night..
King of the night jatuh kepada classmate aku, Anuar.. Queen pulak jatuh kepada Anis, student kelas ekonomi. Memang kacak dan cantik kedua-duanya. tapi malangnya, tak sempat nak tangkap gambar dengan diorang. huhu..

Selesai majlis, curi masa untuk amik gambar. then kami bertolak balik.

Overall, okay laaaaa... haha..  Best jugak. :)

Okay dah. Jom usha gambar sikit sebanyak.

Venue : Hotel Raudah, Kota Bharu.

A special thanks to my dearest Kak Cah , pemilik blog LoveIsCinta dan founder of  Hazanis Fashion
sebab sudi temankan adikmu yang banyak songeh ini..
hehe

Love them either!
Thanks Lala and Abe Long..
Will be missing you both.. :)

Banner
Bersama Ju yang sweet. :)

Principal is giving his speech. :)

with makcik emcee merangkap mek gwiyomi, Ain Iwani ! heee. :)

With Erin yang cantik.. :)

Le' girls... :)
Left : Ein, Atun, Me, Anis
gambar a bit blurr...  :(

Bergambar di lobi bersama Fareez.
Reez tak kasi aku berdiri sebab...
faham-faham sendiri lah ye.. hehe

#OOTD
Dress : custommade
shawl : custommade by Fareeza Fesyen

sweet pic with my dearest mok mok, Asyraf..
merangkap my partner of the night sebab baju kebetulan sedondon.
cc : picture from his phone.
suka tengok mok mok senyum.
thanks mok mok..  

Last but not least,
sekalung penghargaan buat staf
Hotel Raudah atas perkhidmatan dan layanan yang diberikan.
Makanan sedap! :)

Thanks to Kak Cah, her sister and also her nephew sebab temankan aku.. sayang mereka.
Thanks to my dearest brotha sebab drive me to Hotel Raudah.
Thanks to exco MPP sebab anjurkan dinner.
Thanks to everyone!

Till then.

Loves!

Wassalam.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, October 17, 2013

Pre Order T-shirt Blogger


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Aku blogwalking. Masuk blog bro Apit.
Dia bukak pre order untuk t-shirt blogger.

Cantik wehh.







Aku pun teringin nak sehelai.
lagi-lagi dia sediakan baju lengan panjang.. boleh letak url sendiri lagi....
siap ada saiz XXL tu haaa.
saiz aku tuuu...


Kenapa?? tak caya ka? badan ambo kecik ja weh..
cuma ambo suka pakai baju saiz besar.
Dah jadi tabiat.

Malangnya.. kena postponed dulu nak order baju ni..
Bajet ceq dah kering.. sedihhhh...


Agak-agak ada orang nak belanja kat aku sehelai tak?? heee
Sangat dialu-alukan.. hahaha

So...
Kalau korang berminat..

Korang boleh pergi ke blog Apit untuk sebarang maklumat lanjut.

Klik kat bawah ni..

Pre Order T-Shirt Blogger Dibuka Sekarang!


Credit to : Blog Apit

Peace yow!

Kbai....


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, October 16, 2013

Jauh






Ikutkan hati, rasa macam nak pergi jauh.

Pujuk hati.

Allah uji sebab Dia sayang.


Allah nak hapuskan dosa.







Tuhan, jadikan aku kuat...




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, October 15, 2013

Korban


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog picisanku ini.
Moga hari kebesaran ini disambut penuh keinsafan..
Moga segala amal yang kita buat diterima, diredhai dan diberkati oleh Allah hendaknya.
ameen.

Cerita raya haji.

Selalunya, family aku akan ke rumah sedara mara kat Pasir Mas. Semua berkumpul kat sana untuk ibadah korban.

But this year..
Ibadah korban bukan kat Pasir Mas..
Tapi kat rumah mak sedara aku kat kampung.

Alhamdulillah, syukur dapat merasai suasana aidiladha lagi sekali tahun ni.

Langit sangat indah.
Awan cantik.
Jiwa tenang. 

Salam Aidiladha from Zara and I..

"Apa ni nuna, nantilaa Zara posing dulu.. Ishh.. "
haha.. si kecik tak duduk diam dalam kereta.

Mak cakap..
"Beruntung lembu tu.. terpilih untuk ibadah korban.."

#OOTD
Jubah Makkah, A gift from nenek masa dia pergi umrah hari tu.
and I love it.. :)
also.. magic inner from WawIe MultiShop
selesa! :)

no caption.

Look at this little girl.
Aiyooooo! pening. haha


A simple raya haji, sederhana tapi alhamdulillah, disambut penuh kesyukuran.

I learnt more about sacrifice.

Besar nilainya. :')

And yaa... How about your raya haji?? :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, October 13, 2013

Semangat


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Perkongsian singkat, mungkin.

Tentang sekolah.

Ada masa aku rasa teruja untuk ke sekolah.
Ada masa aku rasa tersangat malas nak ke sekolah.

Ada ketika aku rasa berkobar-kobar nak belajar.
Ada ketika aku rasa 'down' untuk belajar.

Satu masa, aku berazam untuk ubah keadaan yang membelenggu diri aku.
Then, aku pegang kata-kata cikgu Pengajian Am aku..

"Kalau awak rasa malas/bosan nak datang sekolah, cuba awak buat macam ni..

Awak cari sesuatu yang selalu buatkan awak ceria, gembira dan dapat mengembalikan semangat awak ketika berada di sekolah. Mungkin sedikit sebanyak dapat kembalikan 'mood' untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu."

Aku senyum. Ada betulnya jugak kata cikgu.

Cari sesuatu yang kita suka, yang boleh kembalikan semangat kita untuk bertahan.. terus belajar dan belajar..

Alhamdulillah, aku jumpa sesuatu yang boleh kembalikan semangat aku bila aku rasa 'down' masa belajar.

Apa dia?
Okay macam ni.

Bila aku kat rumah,
aku tengok muka mak dan ayah.

terus aku betulkan niat di hati..

"Mak ayah nak tengok aku berjaya. 
Aku tak boleh hampakan mereka.
Setidak-tidaknya aku berusaha.
Kemudian, tawakkal. Moga Allah redha."

Plus, aku compare aku punya pencapaian dengan kakak-kakak dan adik aku.
Kalau mereka boleh masuk universiti, kerja bagus, hidup bahagia,
kenapa tidak aku.. Kan?
Terus, semangatku kembali..


Bila aku kat sekolah pulak..

Masa belajar dalam kelas, 

First of all,
aku akan tengok Anis dengan Sofea (besties aku)
Mereka rajin tau. Rajin yang amat. Study memanjang....
So, mereka banyak pengaruhi aku untuk bertahan time study.
Salute dengan mereka.

Lagi satu...
aku akan bayangkan muka sir Khairuddin dengan Cikgu Zul.
Alhamdulillah, setakat ni..
bila aku rasa 'down', aku bayangkan muka mereka,
syukur, semangat aku kembali naik.
Nak stress terus tak jadi. haha

Mungkin sebab perwatakan mereka yang sentiasa 'cool' dan selalu senyum buatkan aku rasa selesa dan ceria. Moga Allah berkati mereka dan keluarga masing-masing. ameen. :)

Masa kat UBK,
bila tengok muka Umi Zeti dan Bonda Rohani..
Mood yang tak okay, InshaAllah jadi OKAY !
hehe..





Tapi.. no matter what.
Pastikan niat kita betul.
Tak kira nak buat apa perkara sekalipun, niat yang utama.
Lillahitaala.

Yang elok jadikan teladan, yang sebaliknya jadikan sempadan.
Jangan berhenti sebarkan kebaikan, moga Allah redha.

Wassalam. :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, October 11, 2013

Jika Aku Jatuh Hati


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Buka facebook, ada mesej dalam inbox.
Terima video ni daripada seorang hamba Allah.
Sebak.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, October 6, 2013

Inner Neck Feveret Saya!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Dalam entri lepas, aku ada cakap nak update entri pasal inner neck kan?
Nah.. Here we go..

Lagi sekali.. macam yang aku cakap dalam entri lepas...

Lately, aku tersangat suka pakai tudung syria + inner neck magic sebab ianya cepat, mudah, selesa dan masih menutup aurat. Tu penting! hehe

Kenapa inner neck magic? sebab dia memang magic wooo! hehe

At first, aku tak suka sebenarnya pakai tudung syria tau.. sebab anak tudung dia melekat kat dahi.. Terselah kebulatan muka aku yang dah sememangnya macam panda ni ha. K, abaikan.
But now, aku sudah jumpa solusinya.. Tak risau lagi dah... haha.

Aku dah jumpa inner neck magic yang tak melekat kat dahi.
Aku beli inner neck magic ni kat WawIe MultiShop



Mula-mula pakai, ramai junior aku tanya..

"beli kat mana.."
"tolong belikan boleh tak?"

Haha. apa lagi.. aku share lah kat diorang.
Last-last, dengan diorang sekali order dengan WawIe MultiShop ni melalui aku. hehe..

Harga dia berpatutan.. Berbaloi dengan kualiti dan keselesaan inner neck yang dibeli.
Siapa yang tengah cari anak tudung/inner neck yang tak melekat di dahi, boleh beli kat WawIe MultiShop ni. Kalau nak pakai melekat kat dahi pun still boleh. Adjust je nanti. hehe..

So, sekarang...
Aku beli je tudung syria saiz L/XL, aku mix and match dengan inner neck magic yang aku beli kat situ.. Macam-macam warna ada! Menarik yang amat.... Puas hati weh. hehe.


Cantik kan warna-warna dia?? 
What are you waiting for??
Go and grab yours!

Gambar kat bawah ni contoh inner neck yang aku pakai dengan syria L/XL:





Macam tu lah lebih kurang...
Apa-apa hal, boleh tanya kat ruangan komen.
Nak order, boleh order kat WawIe MultiShop.

Stop sini dulu.
Nak sambung study. hehe.
Sekian..

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, October 5, 2013

Melaka Story..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

P/s : Sebenarnya, dah lama tulis entri ni, tersimpan dalam draft. Hari ni baru nak publish. Sebab hari ni baru sempat masukkan gambar. Okay, jom baca. :)

.........................................................................................

Satu moment yang takkan dapat dilupakan.

Dalam banyak-banyak program yang aku pernah sertai, belum pernah lagi aku rasa sebegini sebak untuk berpisah selepas program yang satu ini.

Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka

Diberi peluang dan kepercayaan oleh Encik Helmi, Encik Wan Asri, Kak Noorha dan Encik Wan Azizan dari PKINK merupakan suatu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup ini.

Kerjasama satu team untuk wakili Kelantan dalam konvensyen nasional, satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul.

Tak pernah menyangka akan dapat peluang ni sekali lagi.

Syukur.

Bermula dari hari sewaktu berkampung di Paloh Inn sehingga di Melaka, menyimpan seribu satu pahit manis kenangan.

Dari riak serius sehingga masing-masing semakin mesra..
menjadikan ukhwah kami bertambah erat.
Tawa dan duka dikongsi bersama..

Saat yang begitu indah..

"Assalamualaikum.. shake hand and say krik krikkk..."

"Jahat-jahat ibu tiri, jahat lagi ibu kota.."

"1,2,3... Tak pernahkah kau sedari akulah yang kau sakiti...
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari..
Ohh Tuhan tolonglah aku..
Hapuskan rasa cintaku..
Aku pun ingin bahagia..
Walau tak bersama dia..."

"Lagu ditujukan khas buat Iqah..

... Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu..
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu..
Karena langkah merapuh, tanpa dirimu..
Ohh karena hati telah letih...

..........................................

.... Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..
Ohh seperti udara yang ku hela..
Kau selalu ada....
Selalu ada...

...Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang..
Tanpa dirimu aku merasa hilang...
dan sepi... dan sepi...

....................................

"Aduhhh sayang..."


Ungkapan kata yang mengeratkan kami masih terngiang-ngiang di telinga..

Sangat merindui saat-saat kami luangkan bersama..

Kali kedua aku berada di Melaka..
Tetapi ini kali pertama menjengah lokasi-lokasi wajib lawati di Melaka..
Seronok. Gembira. Terharu.

Akhirnya..

dapat lihat kota A Famosa depan mata.
dapat naik river cruise waktu malam pusing-pusing Bandar Hilir..
dapat masuk Muzium Samudera, Muzium TLDM, Muzium Samudera Fasa 2..
dapat shopping kat Mahkota Parade.. (window shopping I guess! haha)
dapat shopping kat Medan Samudera...
dapat pergi Menara Tameng Sari..
dapat makan ikan bakar kat Ikan Bakar Parameswara..
dapat jumpa foreigners dari Sweeden, China, Australia..

Kenangan yang sangat berharga...

Terima kasih kesayangan ku : team Kaizen Enterprise Sdn. Bhd (Bella, Lyn, Safa, Mimi, Elly) ..
Terima kasih guru pembimbing kami, Puan Fatilah dan Puan Siti Jamaliah.
Terima kasih guru pengiring kami, Cikgu Haslen..
Terima kasih PKINK ( Encik Hilmi, Encik Wan Asri, Kak Nor, Encik Wan Azizan)
Terima kasih PKNM ( Dr. Arash and the team)
Terima kasih Daddy Di (pilot kami sewaktu di Melaka)

Terima kasih... Terima kasih.. dan Terima kasih..
kepada semua yang terlibat dan support kami dari semua segi terutama kewangan (sponsor)..

Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan anda semua.


Di sini saya selitkan sedikit sebanyak gambar kenangan di Melaka yang ingin dicoretkan dalam blog ni.
(tak dapat masukkan gambar waktu training di Paloh Inn atas sebab-sebab tertentu)


Rehersal di Auditorium aras 2, MITC, Ayer Keroh, Melaka
(Rabu : 25/9/2013)

Awal pagi sebelum keluar breakfast dan rehearsal.
Bergambar kat homestay, Taman Tasik Utama.
Setibanya di MITC, bergerak ke aras 2 (auditorium) untuk rehearsal.
Sempat bergambar kat eskulator.
Lyn dan Kak Noor.
Smile everyone! :)
Bersama Safa.. 


Hari konvensyen PUM peringkat Nasional di Auditorium aras 2, MITC, Ayer Keroh, Melaka
(Khamis : 26/9/2013)


Banner konvensyen.
Ucapan perasmian oleh YB. Datuk Khasan.
Pembentangan syarikat Kaizen Enteprise Sdn. Bhd.
Introducing, my team..
Ahli Lembaga Pengarah Kaizen Enterprise Sdn. Bhd.
Kiri : Safa, Me, Mimi, Bella, Lyn, Elly.

Tak lupa juga nak say thanks to Kak Syairah.
Dia datang ke Melaka bersama maknya, travel dari Johor.
Singgah di MITC..
Sweet je orangnya.. Kecil molek.
Bakal doktor tu. :)
Satu-satunya gambar kenangan bersama Encik Hafiz.
Ada sesuatu yang menggelikan hati time ni..
Tu yang tersengih kat belakang.
hehehe...

Lawatan menaiki River Cruise menyusuri sungai, Bandar Hilir, Melaka.
[ Khamis : 26/9/2013 (malam) ]

Gambar kenangan bersama Encik Helmi, Kak Noor, Encik Wan Azizan dan Daddy Di ( our pilot)
My team.. 
Muka eksaited dapat naik river cruise.
Kanak-kanak ribena betul. :)
Nice view..
Another nice view..
Hard Rock Cafe yoww!
time kami lalu ni, ada foreigners tengah lepak,
sempat lagi kami lambai kat diorang. Haha. :)
Cantik ! 
Eye On Melaka..
Tak sempat naik pun... huhu
Cantik kan..
lupa dah jambatan apa..
Jambatan Hang Tuah kalau tak silap..
Peace bersama abang yang bawak kami naik cruise tu.
Malu-malu je dia.
Lupa nak tanya nama.
hehe

Pusing-pusing Melaka!
Bandar Hilir - Kota A Famosa, Muzium-muzium, Medan Samudera, 
Menara Taming Sari, Mahkota Parade, Dataran Usahawan
Ikan Bakar Parameswara - tak dapat tangkap gambar sebab kamera habis bateri
(Jumaat : 27/9/2013)

Breakfast di Ikan Bakar Malim, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
Outfit Of The Day #OOTD
Top blouse - OTTO
Yellow bag - beli kat Medan Samudera
Kenangan yang sangat manis. :)
Sesi camwhore bersama Lyn. Hehe..

In front of the museum.
Entrance Fee untuk warganegara dapat separuh harga.
Murah weh! rugi tak masuk.
Siapa yang minat Sejarah, memang tak cukup sehari kat sini. 

My team lagi sekali.
Sayang mereka..
Gambar kenangan dalam Muzium Samudera (kapal)
Bersama foreigners dari Sweeden.
Cucu mereka sangat comel.
Sweet 'peace' bersama jelitawansss.. hehe

 Gambar-gambar dari Instagram ( yuyuatiqa) :

Sebelum naik River Cruise..
Depan Kota A Famosa. 
Gambar Kenangan depan Menara Taming Sari.
Bersama foreigners dari China. :)
Gambar dengan gewe ku, Tuah.
Acecey..
Dalam muzium Samudera.
Shopping time di Mahkota Parade.
errr.. lebih kepada Window Shopping rasanya..
haha

Hari Bertolak Pulang ke Kelantan
(Sabtu : 28/9/2013)

Gambar kenangan bersama Encik Erash..
Ehh. Dr. Arash dari PKNM.
He's a nice person. So humble. Really!
It was a great experience met him. 

Posing dengan Kak Noor dalam van masa ondewei balik Kelantan.
Sempat lagi tu.. hehe

Ada video masa pembentangan syarikat sebenarnya. Tapi, segan nak masukkan. Hehe.

 It was a great experience! Sangat best. Seriously... Rindu nak pergi Melaka lagi..
InshaAllah, next time. :)

P/s : Lately suka pakai syria + magic inner neck from Wawie Multishop. Cepat, mudah dan yang penting selesa dan masih menutup aurat. :)
(review pasal inner neck ni dalam next entry, InshaAllah)

Cukuplah dulu entri kali ni.
Thanks for reading!

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥