Saturday, August 31, 2013

Alhamdulillah, mayat sudah ditemui.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Printscreen dari Utusan Online.
Details : SINI

Allahu..
Kerap kali mendapat khabar kematian.
Kali ni, seorang pelajar tahun 6 sekolah ayahku.

Kelmarin ( 29/8/3013) ayah dapat panggilan dari kakitangan sekolah dia, cakap ada budak sekolah dia lemas kat sungai besar berdekatan sekolah.

Ayah bergegas ke tempat kejadian.

Ayah balik, ayah cakap mangsa belum ditemui.
Ya Allah..

Keesokkan hari (semalam) pihak penyelamat masih melakukan pencarian.
Ayah pun turut sama mencari kat kawasan berdekatan tempat kejadian.
mak cakap,
semua pihak penyelamat (polis, bomba, JPAM, pihak penyelam) bertungkus-lumus mencari.
Mak dan ayah mangsa kelihatan sangat sayu. Aku tumpang simpati.

Hari ni, hampir waktu tengah hari tadi,
ayah call mak, cakap mangsa dah ditemui.
Masa ayah call tu, dia kat hospital, bilik mayat.
Pihak hospital tengah buat bedah siasat.

Alhamdulillah,
walaupun sudah tidak bernyawa, tetapi sekurang-kurangnya keluarga mangsa dapat lihat dan kebumikan jasad arwah.

Allah lebih sayangkan arwah.
Moga Allah berikan kekuatan kepada keluarga mangsa untuk redha dengan ketentuan ini.

Ya Allah..
Ajal arwah sudah tertulis begitu, bagaimana ajalku akan tiba, hanya Engkau yang tahu.
Moga aku sentiasa bersedia.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, August 28, 2013

3 Event.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Lagi pasal raya. Lagi pasal makan-makan. Okay, fine.
As usual, sekolah aku akan adakan sambutan hari raya peringkat sekolah beberapa hari selepas sekolah dibuka. Minggu pertama buka sekolah, sangat sibuk. Entri INI berkaitan.

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah (Sabtu: 24/8/2013)

Percaya atau tidak, mungkin ini sambutan hari raya terakhir aku selaku budak sekolah.
Tahun depan dah masuk 20 tahun (InshaAllah, moga umur panjang)
Tak merasa dah beraya kat sekolah.
Cehh. kononnya.

Tak tahu nak cerita apa.
Yang pasti, kalau sambut raya mesti ada kaitan dengan jamuan dan bergambar.
Ada bantahan?? Okay.

So, let the pictures talk. :)


Le' girls..
Satu Malaysia. :)

With adik Lyn. :)

Anuar mintak nak amik gambar dengan aku.
Cehhh. Eh, aku cakap betul ni !

Junior, Siha.
Ramai yang cakap dia ni adik aku.
Walhal, tak pun.
K, aku pernah bagitau pasal ni dalam previous entry.

R4BIA



Bersama Puan Tew.
K, baru perasan aku salah butang tali kat tangan.
(facepalm)

Le' boys..
Aku suka baju melayu John (kanan hujung)

candid, kononnya!
tapi aku suka.

Terserlah eyebag di situ. Haha
Kbai. :p

Sofea dan Zamer.
K, baju diorang sedondon warna walhal tak janji. :D

Bersama Sarah.
Cantik kan??

Ini senyuman betul ni.
ngeh ngeh ngeh.
.

Kacak dan jelita Pra U Senior Sejarah.
Okay, aku sengih memanjang. :D

Exchange gift.
Aku dapat music box.
Aku suka!
Feeling ada secret admirer pulak!
K, itu sangat poyo! 

Bersama umi sayang.. :)

Ini Anis. :) 
Okay. Jumpa belon.
Terus nak bergambar.
Huh! Sooo childish.

Kasih mereka.
Umi dan bonda. :)

Kasih.. Sayang.. Cinta..
Umi dan bonda. :)

Juniorku a.k.a Mr. Ya hanana..
merangkap presiden MPP.
Hafiz. :)

Outfit Of The Day !
Mustard Jubah from #Cintaku.
Love it. :)


Makan-makan Di Rumah Bestie, Malin (27/8/2013)

Habis waktu sekolah, aku balik rumah segarkan diri then rushing ke rumah bestie aku, Amalin Aishah. Dia ada buat majlis makan-makan sikit. Awal-awal lagi dia teks aku suruh pergi. So, aku kena usahakan untuk pergi. Lagipun, bukan selalu boleh jumpa makcik sorang tu. Heee..

I went there with my serikandi, Adilah and Yaya. Aku drive, ambil Yaya dengan Dilah kat school then gerak ke rumah Malin. Sampai-sampai, jumpa dengan ex-classmate masa sekolah rendah, Amalina. Tetap kecil dia punya fizikal. Heeee... Sorry, na. :D

Okay, lepas makan, berbual mesti aktiviti wajib tangkap gambar! hehe.

K, biarkan gambar bercerita.. Cehhh..

My serikandi, Adilah.

My serikandi, Yaya.

My serikandi, Malin (tuan rumah)

Sayang mereka..

My ex-classmate, Amalina. :)
Outfit Of The Day !
Shawl from #LRfashionhouse
Love my top from #OTTOCotton
and my skirt from #KOB


Jamuan Hari Raya Pra-Universiti, Senior/Junior (27/8/2013) (malam)

Siang hari makan kat rumah Malin, malam pulak ada event pra-u. MPP yang handle. Makan sate. Aku sempat makan satu cucuk. Haha. Bukan kerana tak sempat ambil sate, tapi disebabkan perut masih kenyang. Yang pasti, bergelas-gelas air aku minum. Haus! heee..

Okay, tak tahu nak cerita apa pasal jamuan. Secara keseluruhannya, okay...

Jom usha gambar.

Bersama junior, Aisyah (Naib presiden MPP baru)

Gadis Senior Sejarah 1..

Left : Anis, Syafira, Me.

My saudara bau-bau bacang..
I call her 'princess'.
Comel kan?
Peace dari kami.. :)
Muka berminyak.
Aiyyarkk! :(

My serikandi, Anis. :)

Dia classmate, dia juga jiranku.
Namanya Zamer, tapi aku panggil dia 'abe'.
Sebab apa?
Sebab dia panggil aku 'kak'.
haha. senget.


Outfit Of The Night !
Dress/Jubah from #Femina
Shawl lupa nama kedai tu.
Kasut #asadi

Okay dah.
Ini adalah sebab kenapa tajuk entri kali ni "3 Event".
Tak larat nak update satu-persatu.
Gabung terus 3 event dalam satu entri. Haha.

Okay cukup.
Aku nak siapkan slaid pembentangan ni.
Jumpa dalam entri akan datang.
Kbai.

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, August 25, 2013

Moga arwah tenang di sana.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




Sebak.

Dapat berita senior meninggal dunia dalam kemalangan.
Allahu.
Walaupun tak rapat, tapi saya tahu arwah seorang yang baik.
Arwah seorang yang pendiam tetapi suka senyum.
Dulu, kalau terserempak sebelum naik ke kelas, mesti arwah akan senyum pada saya.
Terkadang, selalu usik arwah sebab senyuman dia.  :')

Moga keluarga arwah redha dengan pemergiannya.
Moga roh arwah tenang di sisiNya.

Arwah pergi mengadap Ilahi pada usia yang masih muda, 20 tahun.

Allah...
Engkau telah memanggil sahabatku.
Cepat atau lambat, giliranku akan tiba.
Moga aku bersedia.
Moga aku dipanggil dalam keadaan yang tertutup aib.
Moga aku dipanggil dalam redha dan rahmatMu.
Moga taubat diterima.
Moga diampun segala dosa. 
Moga aku mampu melafazkan kalimah syahadahMu dengan lancar sebelum nyawa berpisah dari jasad.
ameen.

Al-fatihah buat arwah Mohd. Noranas.


Yuyu Atiqa :
Satu persatu khabar kematian yang didengar. Mungkin Allah ingin berikan peringatan supaya tak pernah lupa akan namanya kematian. Allah tak nak aku lalai. Allah...






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, August 20, 2013

Kerja


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Tahun ni, tarikh penggambaran untuk Majalah Harimau edisi ke-45 sekolah aku jatuh pada 19 dan 20 Ogos 2013. Semalam dan hari ni. Hari yang agak memenatkan kerja sepanjang hari.

Aku diberi kepercayaan oleh cikgu penasihat untuk galas tanggungjawab sebagai ketua editor krew redaksi majalah Harimau untuk edisi ke-45 kali ni. Besar amanah yang perlu dipikul. Alhamdulillah, InshaAllah ku cuba lakukan sebaik mungkin.

Alhamdulillah, pengalaman baru. Banyak yang aku belajar.
Sukar untuk aku tulis dan kongsikan. Speechless.
Sekarang ni aku punya penat masih belum hilang, tapi aku tetap nak update jugak blog malam ni walaupun kelu lidah.. ehhhh. tak. kaku jari tangan untuk menaip.
Haha. degil.

Yang pasti, pengalaman handle sesi penggambaran sangat best. priceless.

Aku nak ucap terima kasih sangat-sangat kat krew redaksi sebab bertungkus-lumus bekerja terutama guru-guru yang banyak bimbing kami, Cikgu Zalina, Sir Khairuddin and a few other teachers..

Thank you so much..

Tak larat nak menaip panjang. Cukup kat sini dulu k.

Antara krew redaksi...
Atas kiri : Amin & Wei Rong ( photographer)
Bawah kiri : Atirah (assistant aku masa pendaftaran)

Aku suka candid ni.
Serius! hehe.

Yang tengah tu adik junior, Siha namanya.
Ramai yang anggap dia tu adik aku.
Hakikatnya tak. haha.
Sama dengan aku ke???


Kbai.

Wassalam.

p/s : Tak sempat nak hiraukan penjagaan muka masa cuti raya baru ni, maka cik jerawat dengan bangganya naik dan menghiasi kulit wajahku. Ohh. Itu normal ! hehehe.. :)





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, August 14, 2013

Ziarah.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alang-alang time raya ni cuti sedikit panjang, aku ambil kesempatan untuk ziarah insan-insan yang dikasihi.
Alang-alang jugak memenuhi permintaan seseorang di kejauhan. Cehhh..

Kelmarin..
Aku dengan sahabat-sahabat ziarah kaunselor aku. Ayahanda Taifor.
Insan yang dah banyak bimbing aku dengan ilmu psikologi dan kaunseling.
Insan yang dah banyak ubah diri aku daripada takut nak pegang 'copong' a.k.a mikrofon kepada seorang yang 'gila' copong.

Allah sayang ayah. Ayah diuji dengan cancer of oesophagus. Selalu kena berulang alik ke hospital untuk chemo. Moga ayah terus kuat hadapi ujian ini. Rindu nak ayah kembali bersama kami di Unit Bimbingan Kaunseling.


Gembira lihat senyuman ayah..
Kami sayang ayah.


Hari ni, aku ajak Yaya dengan adik Lin ziarah umi Aliff. Alang-alang beraya. hehe.
Umi Aliff peramah. Ni kali kedua aku jejak kaki kat rumah Aliff.
Alhamdulillah, lega hati lihat wajah ceria umi Aliff.
Moga-moga keceriaan dan kebahagiaan sentiasa memayunginya. ameen. :)

Umi Aliff cantik kan? hehe..
Ohh ya. yang posing macho tu, adik Aliff, Irsyad namanya. :)


Lepas ziarah umi Aliff, kami singgah rumah junior aku, Ain Iwani. Mama dengan papanya ajak beraya katanya. Langkah kanan aku keluar rumah hari ni. Mama papa Wani buat mi soto.
Aku respect family Wani.
sebab apa? Sebab first time aku tengok semua anggota keluarga dia, mula dari papa sampai adik-adik dia, semua kerjasama tolong mama masak kat dapur. Harmoni betul. :)

Aku tak dapat nak amik gambar dengan parents Wani dan Wani sendiri sebab keadaan tak mengizinkan. Huhu.

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah..
At least, hajat seseorang dah dipenuhi.
Niat aku nak ziarah pun dah terlaksana.
Syukur.

Last but not least, Salam Aidilfitri dari kami.
Left : Yaya, Me, Adik Lin. 


Okaylah.

Nak beristirehat ni.

Jumpa lain kali pulak. Kbai.

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, August 13, 2013

Cerita Raya Aku.



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, Zahir dan Batin aku ucapkan.

Pergh. Mukaddimah dengan ucapan. Pun boleh! Hehe..

Baju raya tahun ni, recycle baju masa wedding kakak aku hari tu. Kaler royal purple.
Raya aku tahun ni, tak eksaited macam tahun-tahun yang dah lepas.
Mungkin, disebabkan sudah mencapai umur 19 tahun, tahun ni, baru aku faham apa itu bersederhana.
Betul lah kata orang tua-tua. Makin kita bertambah usia, makin rasa tak cukup masa.
Contoh macam apa yang aku sedang rasa.
Rasa macam banyak benda-benda penting yang perlu aku berikan sepenuh komitmen.
For now, sudah pasti belajar.

Makin hampir umur 20 tahun, makin aku rasa hidup semakin singkat.
Sempat ke tidak aku nak rasa hidup pada 20, 30 tahun akan datang?
hmm. moga dipanjangkan umur.

Tahun ni jugak, aku yo yo ooo berhempas pulas nak dapatkan duit raya.
Erkkk. kononnya, tahun terakhir aku layak dapat duit raya.
Yelah. Tahun terakhir aku bergelar budak sekolah. ehhh.. jap. bukan.
'Budak orang tua' yang bersekolah. hehehe. (gelaran umi aku bagi)

Okay. cukup menaip. Sekarang, jom usha koleksi gambar raya.


Aku punya keluarga.
Tambah lagi sorang abang ipar.
heeee...
Kiri atas, kedua atas : Gambar dengan kakak-kakak aku kecuali yang sulung.
Kiri bawah : Gambar dengan anak buah, Zara.
Kanan atas : Gambar dengan adik aku.
Kanan bawah : Gambar dengan budak genius math, Kimi (sepupu aku)

Beraya di kampung.
Belum semua lagi ni..
hehehe.. 

Okay dah.
Tak ada motif sangat pun.
Motif sebenar nak share gambar raya pertama je pun. hehe. Kbai.

Salam aidilfitri !



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, August 6, 2013

Grow Up and Behave.


Bismillahirramanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Tajuk tak boleh blahh okay! Baik. Ayat mukaddimah menggunakan bahasa slanga.


Muka tak puas hati.


Aku baru balik dari hantar biskut raya sepupu aku. Drive laaa tadi. Masa tengah drive, tetiba terlintas nak update blog. Hilang fokus masa memandu kejap. Astaghfirullah hal azim.

Hati meronta-ronta nak meluahkan kata-kata di hati dan minda. Cehh.. ayat puitis tuh! Abaikan.
Terkadang aku terfikir, aku ni duk menaip meluahkan sesuatu yang biasanya satu perkara yang kecil je..
Tapi, bila fikir 2 kali, aku rasa elok jugak aku tulis macam tu.
Sebab, perkara kecil, bila kita buat tak endah, dia secara tak langsung jadi tabiat kita.
Kalau benda baik, tak apa. Kalau sebaliknya, naya! Yang tu kita kena sama ingatkan.

Faham tak? Setuju?

Okay, macam ni.

Lately, aku grow up menjadi seorang yang sangat observant. serius aku cakap. Dulu, aku tak ambil kisah sangat. Tapi, sekarang memang aku sendiri perasan akan perubahan diri aku tu.
Faktor peningkatan usia, mungkin. haha.

Berbalik kepada perkara kecil yang aku cakap tadi. Benda baik, aku taknak sentuh laa kan.
Yang aku nak cakap ni, benda tak berapa elok, bila tak ada orang tegur, kita jadikan ianya kebiasaan. HABIT !

Ada cerita yang aku nak kongsi sebagai contoh..

Semalam, aku tolong mak katering (makan colek a.k.a moreh) anjuran PEMANCAR (jangan tanya sebab aku pun tak tahu nama penuh PEMANCAR tu apa) event disediakan untuk siswa-siswi yang pulang bercuti.
Siswa-siswi terdiri daripada student-student IPTA, IPTS, kolej swasta, IKBM, pelajar luar negara dan seangkatan dengannya kecuali pelajar tingkatan 6 macam aku. hoho.

Okay, apa yang nak dicerita, situasi yang berlaku masa makan semalam.

Sometimes, aku ni kan selaku pelajar tingkatan 6 agak hilang respect kat segelintir student universiti ni tau.
Maaf cakap laa kan.
Ye laa kan. aku ni bukan malaikat. Terkadang tu, terkeluar lah jugak ayat sarkastik aku nih.

Semalam, aku tercakap, terr nih ekk..

aku tercakap..

"Nama je belajar dekat universiti, cara berfikir tak macam student U pun!"

Kasar kan? Maafkan aku.

Nak tahu sebab apa aku cakap macam tu?

Aku nak tanya kalian.
Tepuk dada tanya diri sendiri.

Student U berebut ehh masa nak ambil makanan?
MashaAllah.... kalah budak sekolah rendah.

Student U tamak ehh bila ambil makanan? Kalau habiskan, takpa. aku tak kisah. 
Ni tidak.. Membazir pulak kat situ. Kesian orang belakang tak dapat makan.

Student U nih tak pandai jalan/gerak sendiri buang sisa/bekas makanan dalam tong sampah eh? Tinggalkan sisa-sisa makanan atas meja macam tu.
sedangkan orang dah sediakan tong sampah dekat dengan diorang.

Dari kaca mata gadis berumur 19 tahun, pelajar paling senior di sekolah menengah, walaupun aku masih pakai uniform sekolah, pergi sekolah, sedangkan rakan-rakan seusia aku dah masuk U, aku nak cakap sini, aku bangga jadi diri sendiri. Berada pada situasi begini, hari ini.

Sebab apa?

sebab, lebih baik aku berada di sekolah, berada dalam persekitaran budak-budak sekolah,
aku dapat behave diri sendiri. Lepas makan kat kantin, aku ajar diri letak bekas makanan dalam bekas besar yang pihak kantin sediakan.

Maaf. Bukan niat membangga diri. Cuma, aku kesal.

Aku langsung tak nampak kematangan dalam cara segelintir student U behave diri diorang.
Serius, aku cakap.

Aku tak cakap semua siswa-siswi universiti macam tu, tapi ada segelintir dari mereka bertingkah laku sedemikian.

Tak best aku tengok.

Sampaikan wujud perbandingan,
"ni pelajar universiti ke, budak sekolah rendah?" Cuba kalian bayangkan.
Sakit hati lah jugak kan kalau dibandingkan macam tu.

As a university student, sepatutnya masing-masing dah matang kan?
Tak perlu nak ditegur pasal benda remeh-temeh. Behave laa..

Malu laa kan kalau budak kecik tengok pelajar U bersikap macam budak-budak.
Macam mana budak-budak kecik nak jadikan role model. Kan?

Main point kat sini,


Yes, it is. BEHAVE !

Start it today!


bersikaplah macam orang berpendidikan.
Jangan bagi orang pandang serong kat kita.
Jangan matang dalam bercintan cintun je...
Biar matang dalam perlakuan harian juga.


Aku mintak maaf kalau entri aku tak menyenangkan student U yang baca.
Aku cakap ni, bukan bermakna aku baik. aku bagus. Tidak.
Aku juga selalu buat silap.

Tapi, tak salah kalau kita sama-sama ingatkan dan baiki diri masing-masing kan?
Aku rasa ini bukan busybody, aku yakin ini lebih kepada prihatin. Peka. Concern.

Harapan aku, jadilah siswa-siswi yang boleh jadi contoh kepada generasi muda yang akan ikut jejak langkah kalian/kita untuk masuk universiti kelak. Bukan dalam aspek pendidikan semata-mata, biarlah juga dalam kehidupan.

Ada kaitan tak, agak-agak?
K, ni gurau. :)


Moga Allah redha.

Sekali lagi, aku mohon maaf kalau kalian tak puas hati dengan statement aku kali ni.
Segala feedback kalian, aku alu-alukan kalian tulis dan ruangan komen bawah entri ni.

Salam hormat.

Wassalam. :)








♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥