Sunday, June 30, 2013

Pray. Love. Forgive. :')






Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar
Kalam Allah penenang hati
Tanda ingatan tanpa putus pada Ilahi
Tuhan yang sentiasa di sisi
Memerhati
Mengasihi
Memberkati
dan meredhai hambaNya ini.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Bait-bait indah pendamai sanubari
Di kala kusut
Di kala serabut
Ketika jatuh tersungkur
Diri ini kembali bangkit
Meyakini aturan Ilahi
membawa sejuta erti
Kemanisan abadi.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Kata-kata penyubur iman
Obor kekuatan
Peyuluh keyakinan
Tuturan dari hati yang dalam
Mengharap belas ehsan Tuhan
Jiwa ikhlas mendambakan
Dicekalkan tekad
Ditabahkan kesungguhan.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Gerimis mata mengalir
Diiring rasa kerdil
Gerimis mata mengalir
Bukan tanda diri lemah
Tapi bukti diri terlalu kuat
Terlalu kuat hadapi dugaan
Masalah, cabaran dan pancaroba
Tanpa putus harapan
Bahawa kasih dan bantuan Dia
Mengiringi perjuangan.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Kasih, cinta dan sayang
Muncul melaluinya
Kadangkala hadir tanpa sedar
Malah pergi tanpa diduga
Segalanya kehendak Dia
Tak mampu dihalang
Tak mampu disekat
Hanya mampu redha.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Pujian-pujian untukMu Tuhan
Pencipta segalanya.


Salam sayang,
YuyuAtiqa
Ahad,
11.25 pagi
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, June 22, 2013

Jemputan untuk Media dan Blogger Bersama dengan Duta Fruitale, Nora Danish di Melaka.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Julung Kalinya Duta Fruitale, Nora Danish ke Melaka untuk Sesi Bertemu Peminat Sempena Pertandingan Transformasi Fruitale FairWhite UV.


Fruitale, rangkaian penjagaan diri sabun buku dan krim mandian dengan ekstrak buah-buahan semulajadi dengan bangganya memperkenalkan pelakon terkemuka Nora Danish sebagai Duta Fruitale ke Melaka untuk sesi bertemu peminat dan memperkenalkan pertandingan Transformasi Fruitale FairWhite UV.
                                                                                                             
Nora Danish yang sinonim dengan watak Puteri dari siri TV berjudul Puteri dan kini bergelar bintang terkenal dalam filem terbarunya iaitu ‘Mencari Cinta’ akan berkongsi tips kecantikan, membuat aksi Gyiyomi, sesi beramah mesra dan bergambar bersama peminat dan menasihati wanita kini bagaimana mereka boleh menyerlah dengan Fruitale FairWhite UV. 

Fruitale juga akan memperkenalkan Pertandingan Transformasi FairWhite UV dan penyertaan masih dibuka dan menawarkan hadiah berjumlah sebanyak RM7,000.

Kami ingin menjemput wartawan & jurugambar daripada pihak media anda untuk sesi menemu ramah bersama Nora Danish dan wakil Fruitale, Cik Angeline Sim mengenai:


»         Objektif Pertandingan Transformasi Fruitale FairWhite UV
»         Sambutan orang ramai terhadap pertandingan ini
»         Pelantikan Nora sebagai Duta Fruitale
»         Petua kecantikan menggunakan buah-buahan yang dipraktikkan oleh Nora Danish
»         Perkembangan terbaru karier seni Nora Danish


Butir-butir majlis   :


Tarikh
:
Sabtu, 22 Jun 2013

Masa
:
12:00 petang – 1:00 petang

Tempat
:
MYDIN Wholesale Hypermarket MITC, MELAKA
No.12, Mydin Mall MITC,
Hang Tuah Jaya Ayer Keroh, 75450 Melaka






Aturcara   :

11.30 am                             :   Pendaftaran media

12.00 pm - 12.30 pm          :   Memperkenalkan Nora Danish selaku Duta Fruitale
                                               Aksi gwiyomi bersama Nora Danish
                                               Permainan dan sesi temu ramah bersama Nora Danish

12.30 pm - 1.00 pm            :  Wawancara Nora Danish bersama media & Bloggers)
                                                    *atas permintaan

1.00 pm                              :  Autograf / sesi bertemu peminat
                                              Upacara tamat.




Kami akan menghubungi pihak anda untuk mengesahkan kehadiran. Jika anda ingin menemu ramah dengan Nora Danish atau kakitangan Fruitale, jangan keberatan menghubungi kami untuk maklumat lanjut.  Kami sedia membantu.  Terima kasih.


Jemputan dikeluarkan bagi pihak Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd 
oleh About Communication Sdn Bhd

Untuk mengesahkan kehadiran atau pertanyaan media, 
sila hubungi Alvin Woon (016.668.4010)Qistina Azizan (017.500.7172) atau di talian 03.8075.6000
 atau emel kepada rsvp@aboutcom.com.my




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, June 18, 2013

Lapan Belas Jun Dua Ribu Tiga Belas.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Patutlah tekak pedih. Kepala pening. Tak sedap badan. Cecair nak meleleh kat hidung. Selsema. Demam. Sabar. Ujian.

Alhamdulillah.. Syukur, masih dipanjangkan umur untuk menemui hari ini. 18 Jun, hari lahirku. Sudah 19 tahun diri bernyawa. Allah.. Allah. Allah... Selama 19 tahun ini, mungkin tidak terhitung banyaknya dosa yang telah aku lakukan.. astaghfirullah hal azim.. Tuhan, ampunkan aku..


Tidak menjangkakan apa-apa perkara yang luar biasa untuk berlaku pada hari ini. Tapi, itulah.. Kita merancang.. Jangan lupa, Allah yang berkuasa menentukan..

Teringat pengalaman hari lahir tahun lepas.. Perkara tidak disangka berlaku. Menerima panggilan telefon daripada idola walaupun beberapa hari selepas hari lahirku. Alhamdulillah. Allah memakbulkan permintaanku untuk bercakap dengannya. Syukur.

Itu tahun lepas. 2012.

Hari ni..
18 Jun 2013.

Beberapa perkara berlaku. Yang pastinya sangat menguji diri yang masih lemah ini. Allah.. Allah.. Allah..

Pertama,
kawanku, Hijazi nyanyikan 'Happy Birthday' dalam kelas untukku pagi tadi.
Haha.. Rasa macam kanak-kanak ribena. Yaa.. sometimes itu sangat perlu! :)

Jazi, terima kasih tau nyanyikan aku lagu happy birthday. Aku tahu, mu akan baca entry ni. Kan? Hee.. Maybe aku tak cakap ni dalam kelas.. Tapi serius, suara mu sedap. Boleh challenge dengan suara Shakir dalam kelas kita. Terima kasih kawan! :)

Also, Sofea my classmate gave me this note! haha. Sweet je! :)


Sofea lekatkan sticky note pada pensel warna kesayanganku yang dah lusuh.
Kawanku yang comel dan sempoi je..
sayang dia..

Kedua,
Tenaga pengajarku.. Puan Tew Soon Chin. Beliau buat kejutan pagi tadi. Beliau ke kelasku. Pada mulanya, riak wajahnya yang serius buat aku kecut perut. Dalam hati aku berkata, aku ada buat salah ke ni? Allah.. Tuhan saja tahu.. Rupanya, beliau keluarkan sebiji tart dari bungkusan tisu dan ucapkan 'Selamat Hari Lahir' sambil suapkan sebahagian tart tu ke mulutku.. Allah.. Terus berlinang air mataku. Beliau cari aku di kelas semata-mata nak ucapkan Selamat Hari Lahir. Itu buat aku terharu. Aku peluk beliau. Lalu ku ucapkan terima kasih untuk segalanya.. :')

Kejutan Cikgu Tew..

tart telur rasanya..
kalau tak silap..
Terima kasih cikgu.. :)


Sedikit conversation di fb dengan beliau tadi..


printscreen fb.


Ketiga,
Cik Anis sahabatku belanja aku makan kat tempat kami selalu gather. Her treat. perghh. Untung jadi birthday girl.. Aku makan kuey tiaw kungfu + laici blanded. Anis makan char kuey tiaw + carrot juice. 

Kebetulan, kuey tiaw kungfu aku dimasak oleh ex senior pra U sekolah aku dulu, Abe Alif.. Dia pandai masak. Masakan dia sedap. Serius! Hari ni, dia hidangkan kuey tiaw kungfu special kat aku. Sampai nak limpah pinggan. selalunya takda lah sampai macam tu. MasyaAllah. Hadiah birthday, katanya. haha.. Alhamdulillah.. tapi, disebabkan kuey tiaw kungfu tu sangat banyak dari yang selalu, aku tak dapat habiskan kesemuanya.. huhu. 


Kami dan makanan. Wajib foto! erkk..


Conversation dengan Abe Alif di wall facebook..



printscreen fb.



Ada terselit ejaan dialek Kelantan di situ. Kalau ada yang tak faham, buat-buat faham ya. hehe..
Alhamdulillah.. Syukur nikmat.. Thanks Anis sebab belanja aku.. Sayang kamu. Sahabat hingga ke syurga. amin.. amin.. amin..


Keempat,
Spend time dengan umiku sayang..
Dialah teman..
Dialah sahabat..
Dialah kawan..
Dialah kakak..
Dialah Umi...

Sayang dia sangat-sangat.. 

Banyak sangat perkara yang kami borakkan. Bermula dari cerita sedih hingga ke cerita gembira.. Berkongsi duka dan ceria.. Sebab dah berminggu-minggu tak sempat nak luangkan masa bersama umi. Hari ni, lepas rindu! Alhamdulillah.. Terima kasih umi untuk masa dan pemberian umi hari ni.. Sayang umi.


La Tahzan untuk remaja..
-SynergyMedia-


Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Terima kasih Tuhan atas ujianMu.. Itu tanda Engkau menyayangiku.. 

Syukur.. Syukur.. Syukur Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah.. 


Wassalam.

Salam sayang,
Yuyu Atiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, June 11, 2013

Bantu Setakat Mampu.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Sepatutnya nak update cerita ni semalam, tapi terpaksa ditunda ke malam ini disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

Just a real story to share.

Semalam. Seperti biasa, kalau tak ke bilik kaunseling saya akan terus balik ke rumah. Jadi, bila habis sekolah, saya terus ke stesen bas, tunggu bas untuk pulang ke rumah. Lama juga nak tunggu bas datang. Dalam duduk tunggu bas datang, ada seorang makcik kat sebelah tempat duduk saya minta saya tengokkan baki kredit panggilan telefon dia. Jadi, saya dial *122# sebab makcik tu pengguna maxis. Keluar baki, RM0.82.

Kemudian, makcik tu mengucap panjang. Riak wajahnya agak terkejut. Tanpa sempat saya bertanya, makcik tu terlebih dahulu membuka cerita.

Katanya, pada awalnya, kredit panggilannya masih berbaki lebih dari RM10.00. Baru sekejap tadi dia minta seorang gadis yang turut menunggu bas di situ untuk tolong dialkan nombor suaminya yang tertulis 'ayah' pada kenalan (contacts) pada telefonnya.

Tapi, makcik tu mula rasa pelik bila gadis tu minta semula telefon tu lepas selesai percakapannya dengan suaminya. Kebiasaanya, kalau makcik tu minta tolong sesiapa untuk dialkan nombor keluarga terdekat menggunakan telefonnya, setelah tu dah takda apa-apa yang mereka lakukan.

Rupa-rupanya, gadis tu telah mengambil kesempatan dengan memindahkan kredit panggilan telefon makcik tu ke telefonnya mungkin sebanyak RM10.00 sebab baki yang tinggal dalam telefon makcik tu cuma RM0.82 sedangkan dia hanya bercakap sekejap dengan suaminya. Tak logik jika kredit ditelan begitu banyak.

Kesian makcik tu. Sudahlah dia datang dari jauh. Naik bas dari Kuala Lipis, turun di Kuala Krai. Kemudian, naik bas dari stesen di Kuala Krai ke Machang. Kemudian, tunggu bas di stesen Machang untuk balik ke rumahnya di Pasir Puteh. Jauh perjalanannya. Ditambah pula dengan musibah yang tidak diduga seperti ini. Allahu.. Moga ditabahkan hatinya.

Tambahnya lagi, dia tak menyangka yang gadis tu sanggup ambil kesempatan sebab dari percakapan dan perawakannya seperti gadis yang baik. Sebab tu tiada rasa sangsi sewaktu ingin meminta pertolongan gadis tu.

Beberapa minit sebelum saya datang, gadis tu berlalu menaiki bas ke Gua Musang. Disebabkan rasa curiga, sebab tu makcik tu minta saya tengokkan baki panggilan telefonnya. Sedih. Kecewa. Terkilan. Jelas terpancar di wajahnya.

Sangat bersimpati dengan makcik tu. Kerap dia cakap.. Kalau gadis tu betul dalam kesulitan, cakap la elok-elok. Boleh dia bantu setakat termampu. Ini tidak, ambil kesempatan ke atas orang tua sepertinya. Terkilan. Tak selamat dunia akhirat budak tu, katanya. Istighfar.

Bas sampai. Saya berjalan beriringan dengan makcik tu. Saya tolong bawakan beg pakaiannya. Simpati. Hmm. Terlintas di minda. Macam mana lah kalau mak atau keluarga terdekat kita yang berada di tempat dia ketika tu, mesti kita pun turut sama terkilan kan? Allahu..

Dalam bas, makcik tu duduk di sebelah saya. Hampir sampai area rumah saya, saya tekan loceng. Sebelum keluar, saya bersalaman dengan makcik tu. Sempat juga berpesan agar makcik berhati-hati kelak. Moga Allah melindunginya. Satu senyuman terakhir saya berikan pada makcik tersebut sebelum turun dari bas.

Satu kelegaan, menjadi pendengar kepada makcik tu. Sekurang-kurangnya, dia ada seseorang untuk berkongsi rasa dukanya. Allah.. Allah.. Allah..




Pengajaran..

Jangan pernah cuba ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Mungkin Allah tak tunjuk pembalasannya sekarang, tapi percayalah pembalasan itu tetap ada. Tidak sekarang, hari perhitungan kelak janjinya!
Empati. Sifat yang perlu ada dalam diri. Juga, cuba memberi bantuan setakat yang mampu. Tak mampu bagi lebih, sedikit pun jadi. Sekurang-kurangnya, dapat ringankan rasa berat beban yang ditanggung seseorang. Ikhlaskan diri ketika membantu. Niatkan semata-mata kerana Allah. Pasti jiwa tenang. Sekaligus kita dapat tenangkan insan yang dibantu tadi. Terakhir, persiapkan diri untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Redha dengan ketentuan Allah. Percaya akan hikmah yang tersedia di sebalik ujian yang diturunkanNya. Lillahitaala.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Satu pengalaman yang memberi pengajaran yang besar buat saya walaupun sekadar melalui penceritaan dari seorang individu yang tidak dikenali. Yang pasti, dia juga sama seperti saya. Seorang hamba Allah di muka bumi bertuah ini.

Terima kasih sahabat yang sudi membaca kisah realiti ni. Yang mana boleh dijadikan pengajaran, silakan ambil. Jika tidak, mohon ampun dan maaf setulus hati.

#Bahasa agak skema. Entah kenapa. Mungkin faktor emosi ketika menaip. Huhu.

Jaga iman. Jaga hati. Jaga diri. :)

Wassalam.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, June 8, 2013

Sepetang Bersama Nora Danish dan Fruitale!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Kalau kalian selalu shopping kat mana-mana supermarket untuk dapatkan produk penjagaan diri, mesti kalian pernah ternampak ataupun menjadi pengguna tetap rangkaian penjagaan diri krim mandian dan sabun buku dengan ekstrak buah-buahan semula jadi 'Fruitale' kan? Heee...




Guess what?? Pukul 12.45 tengah hari semalam, saya dapat call dari rakan blogger Mek Cah .. Invitation untuk event bersama duta Fruitale, Nora Danish. Nora Danish?? Ye laa. Nora Danish yang comel macam barbie doll tu. Itu saya yang cakap sebab serius Nora Danish memang comel. Kat dalam tv dah nampak comel, tup tup dapat jumpa depan-depan, memang comel..... Eksaited!

Berikut merupakan tentatif programnya....


Programme
Fruitale Fairwhite UV Transformation Star Search in Kelantan
Mydin Kota Bharu
Friday, June 7, 2013

3.00 pm   :   Media Arrival & Registration

3.30 pm   :   Welcome and Introduction

3.35 pm   :   Introduction of Nora Danish as the Fruitale Ambassador

4.00 pm   :   Autograph session

4.30 pm   :   Media Q & A & Ends



Saya tak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan Nora Danish di samping bertanyakan perkembangan terbaru beliau. Yang pastinya, saya sempat buat Gwiyomi bersama Nora Danish kat atas pentas. Haha. Terasa kiut sekejap! Ehhh.. Okay, abaikan!

Buat masa ni, Nora agak sibuk dengan team Fruitale untuk menjelajah ke beberapa buah negeri lagi sebagai duta produk tersebut. Kelantan merupakan destinasi pertama. Destinasi seterusnya yang akan dituju ialah Melaka. Saya dimaklumkan bahawa promosi ini akan berterusan sehingga Ogos nanti. Selain itu, Nora juga terlibat dalam beberapa aktiviti amal bersempena dengan ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. 

Saya sempat bertanya bagaimana reaksi dan perasaan Nora ketika berada di Kelantan.. Katanya, beliau seronok sangat dapat sampai ke Kelantan dan tak melepaskan peluang untuk mencuba Nasi Kerabu Kelantan. Tambah Nora lagi, Nora sangat sukakan tempat-tempat dan makanan yang ada di Kelantan. 

Nora sempat bercerita tentang filem lakonannya yang bakal muncul tak lama lagi iaitu Lagenda Budak Hostel dan Bencinta. Jadi, buat peminat Nora Danish, nantikan kemunculan filem-filem tersebut ya!

So, readers sekalian...

Nak dapatkan kulit mulus macam Nora Danish? Jangan lupa dapatkan rangkaian produk penjagaan diri Fruitale yang bukan sahaja mengandungi bahan organik dan memberikan 3x kelembapan kepada kulit anda malah turut membuatkan anda kekal wangi sepanjang hari.

Sekarang, masa untuk menjamu mata! :)

Kenangan bersama Fruitale Team!
Thanks to Samuel, Ms Angeline Sim and team!
You guys are awesome! 
Nora Danish tengah cakap-cakap...
Comel !

Belakang tabir...
Sesi interview, photoshoot..

Gwiyomi punya fenomena..
amik kau!!!
 
Ohh.. Terasa tua bila berada di sebelah Nora Danish.
Entah mengapa.. waaaaaaaaaa!
Tidaaaaaaaaakkk!
Haha

Nora Danish bersama kami ( team blogger dan media )

See! I dapat buah tangan youuu...
Jimat duit beli shower cream bulan ni.. Haha..
Kidding! 

Sesi berposing sebelum balik....
Bersama dua rakan blogger yang kiut lagi miut.. Kak Mar dan Kak Cah ..


Thanks to my brotha sebab jadi driver sementara.. Heee..
Terima kasih kepada Blogger cute, Mek Cah dan Kak Mar.. Terima kasih juga kepada Blogger Macho, Syazwan ..

A big thanks to Fruitale Team atas layanan baik kepada kami pihak blogger dan media..


Okay, stop sini dulu.

Wassalam. :)









♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥