Sunday, May 26, 2013

Jalan Jumpa Kawan.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Selamat bercuti kepada semua yang sedang bercuti. Ohh. okay. mukaddimah yang mungkin bersesuaian. Baik. Perhaps, just a short entry. Nak bercerita tentang hari ni. Ahad, 26 Mei 2013. Disebabkan saya tak dapat ikut mak ayah dan kakak pergi Putrajaya untuk konvokesyen Kak Tin, jadi saya ditinggalkan di rumah bersama nenek. Hoho. Agak sedikit terkilan di situ. Jujur. Tapi, saya okay. Nenek ada. heee.. 

So, hari ni, saya hantar nenek balik rumah dia sebab tukang rumah nak siapkan bahagian dapur rumah yang belum siap (renovation). Then, saya ajak Sofea temankan saya ke Kota Bharu. Sebab utamanya ialah nak penuhi permintaan kawan baik saya, Anwar yang datang dari Kedah. Anwar dan keluarga dia datang kenduri saudara dia kat sini. Jadi, alang-alang dan jarang-jarang Anwar datang Kelantan, takkan saya tak boleh nak luangkan masa jumpa kawan kejap kan? haha. 

Sebab kedua pula alang-alang sightseeing dan nak survey sandal kat KB Mall. Haha. Nasib laa kena tinggal. Jadi, Jumpa Anwar, dapat berbual kejap saja. Tak lama. Sebab Anwar kena rushing ke tempat kenduri then terus bertolak balik. Kesian dia. Penat. Haha. Tapi, dia kesiankan saya datang dari Machang ke KB sebab nak penuhi permintaan dia nak jumpa. Haha. Takpa. Bukan selalu dapat jumpa kawan dari jauh. Kan?

Then, around 12.30 tengah hari macam tu, abang Anwar datang jemput dia. So, lepas Anwar pergi, saya dengan Sofea yang pada waktu tu berkeroncong perut terus naik ke food court nak lunch. Lapar! Tak makan dari pagi.. haha. Sofea makan tomyam, saya makan Nasi goreng paprik. Boleh laa. Asalkan perut terisi. Alhamdulillah. 

Okay, then masuk waktu zohor kami ke surau Bazaar untuk solat. Lepas solat, kami masuk shopping mall balik. Janji nak jumpa dengan kawan lama saya, Hariz Adam. Lama sangat tak jumpa dia. Alang-alang dia dah balik dan saya pun ada kat KB, so ajak dia jumpa kejap. Lepas zohor, jumpa si Adam. Haha. Dah panjang dia. Last jumpa hari tu, saya lagi tinggi dari dia. Sekarang, sama tinggi dah. Ohh ya. Hariz Adam is my old friend. Jumpa dia masa dia datang dengan band pancaragam dia kat sekolah saya. Time tu form 3. Kalau tak silap. haha. Dah lama dah. Dia study matrik. Sekarang tengah tunggu panggilan u. Best of luck to him. :)

Before balik, saya ajak Sofea masuk Guardian nak cari skin care product yang saya pakai. Cosmoderm. I met such a friendly lady, Christine. She helped me a lot. Christine explained tentang cara penggunaan produk Cosmoderm dengan betul pada saya. Lega sebab akhirnya dapat tahu cara pemakaian produk dengan betul dan tertib. Also, I thanked Kak Nisa Kay sebab memperkenalkan produk ni pada saya. Thank you so much. 

Okay. Settle beli skin care product kat Guardian, say bye to Adam. Then, saya dan Sofea naik bas balik. Fuhhh. Hari yang agak melenguhkan kaki. haha. Yet, I'm having fun today!

Meet my sweet pal, Sofea. :)

Us. Camera. Action! haha

Ohh my. Look at that girl.
Buruk bebenor muka kalau khusyuk shopping.
Adoii.

Here she is.. Christine.. :)
Last but not least, our lunch.
nasi goreng paprik vs kuey Tiaw Tomyam..


Mission completed! Haha. Okay. Itu saja ceritanya. Esok, nenek ajak pergi 'shopping' kat Pekan Isnin. 

Till then. Kbai.

Wassalam.


Loves, 
Yuyu Atiqa






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, May 23, 2013

common.



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, May 10, 2013

Do Pray For My Success.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.







Do pray for my success. 
Thanks.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, May 6, 2013

Kenyang.



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Gambar takda motif! Heee..
cc :WeHeartIt


Alhamdulillah. 'Demam' PRU13 dah surut. Saya taknak ulas pasal PRU sebab still bawah umur. Haha. Nak update pasal hari ni. Interesting. Dari semalam ramai classmates saya yang confused sama ada hari ni hari persekolahan ke tak. Mereka tak henti-henti mesej dan call saya tanya soalan yang sama sampailah pagi ni. Fuhh.. PRU punya fenomena.. heeee..

Hakikatnya, hari ni hari persekolahan seperti biasa. Punyalah eksaited bangun pagi tadi nak pergi sekolah sebab hari ni still ada test. Fuhh. Cuak tetap ada okay! Huhu... Tup tup, datang sekolah.. Sunyi.. Masuk kelas, lebih separuh yang tak datang. Disebabkan majoriti students pre-U tak datang, test pun ditunda. Makk aihh. Saya dan beberapa orang classmates yang datang pun stay kat library. Lama stay untuk study kat library, perut rasa lapar. Nak pergi rehat kat kantin, tup tup, kantin tutup! alamak.. serius sakit hati. Mana taknya, lapar kot! huh!

Disebabkan saya dan classmates ni students yang ada prinsip, jadi kami minta izin cikgu untuk keluar dari kawasan sekolah untuk makan. Just untuk pergi makan kat dalam pasar, isi perut yang lapar. Then, kami balik semula ke sekolah. Kami students yang ada PRINSIP tahu! heeee... Tak dikira ponteng tu tau! Sebab keluar atas izin dan bersebab! heee.. Okay laaa tu kan?? Heee..

Habis sekolah, serikandi saya datang!!! Seronok sangat.. Dah lama tak jumpa mereka. Hari ni dapat jumpa sebab semua dah balik.. Yeayy.. Heee.. Habis sekolah, kami keluar makan. Then, decide hantar Adilah (one of my serikandi) balik rumah dia kat Labok. Mama Dilah hidangkan makanan.. Perghh. Makan lagi! Lepas hantar Dilah, kami gerak ke rumah Alif. Niat nak melawat umi Alif yang baru lepas operation. Lagi sekali, papa Alif beli roti canai hidangkan untuk kami. Perghhh! Makan lagi. Memang murah rezeki bebenor kami hari ni.. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah.. Heeee... Plus, seronok berbual dengan umi Alif, sangat peramah! Serius.. :)

Lepas ziarah umi Alif, Fawwaz hantar saya balik. Sampai rumah, segarkan diri. Melayan pulak si Zara. Mandikan dia. Main kejap dengan dia. Then, mak ajak makan steambot pulak. Fuhh! Kenyang perut. Serius.. Alhamdulillah.. Syukur..

Sekarang, tengah update blog dalam keadaan kekenyangan. Alhamdulillah. Lepas ni, kena study. Esok test! Final exam lagi 13 hari. Doakan saya, sahabat! Cukuplah dulu entri kali ni. See you in the next entry. Wassalam.


Salam hormat,
YuyuAtiqa



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, May 1, 2013

Don't Give Up


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni dah masuk bulan Mei. Esok ada test. Final exam is coming soon. Perasaan bercampur baur. Cuak untuk hadapi exam pun ya jugak. Tak sabar nak habis semester 2 pun ya jugak. haha. Takpa. Kita face satu persatu naaa! Okeh.

Mengushar gambar-gambar yang boleh bagi inspirasi. Terjumpa satu gambar ni. Naik setingkat semangat nak exam. Cehh. Yakin boleh! Bismillah..



cc : weHeartIt

Kalian doakan saya. Terima kasih. Wassalam..


Salam hormat,
YuyuAtiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥