Sunday, April 28, 2013

Kena rotan.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


rotan cikgu tadi kecik sikit dari rotan yang atas ni. haha
cc : google

Hari ni Hari Ahad. April makin sampai ke penghujungnya. Makin dekat jugaklah tanggal final exam sem 2. Khamis nanti, ada test. Pergh. Test weh! Kalau student yang belum 'khatam' study macam saya ni memang sedang mengalami simptom kecuakkan + kekalutan + kecintaan pada buku tahap melampau dah ni. Kena berkepit (sambil menelaah kononnya) dengan buku 24 jam! Termasuk masa tido, buku dalam pelukan. Kalau tak pun, buku letak sebelah. Haaa.. nampak tak demam test sampai macam tu sekali?? tu belum lagi final exam sem 2. Dah dekat dah Nurul Atiqah oiiii.......... Mu kaba dop nih??? aduss!

Mukaddimah tentang test dan exam adalah untuk memberi peringatan pada diri sendiri dan pada insan yang mengalami situasi yang sama! Huhu.. Back to the topic. Kena rotan. Yelah. Kena rotan. Lepas assembly tadi. Haha. Bila ingat balik, tergelak + tersengih sorang-sorang. Dah 19 tahun pun kena rotan lagi ka? adoii.

Ya. Pengalaman best pagi tadi. Saya kena rotan kat tapak tangan. Kenapa? Mesti ada sebab dia kan? Memang pun.. Sebenarnya, peratus kehadiran minggu lepas jatuh merudum. Ehh.. takdanya merudum sangat. Cuma angka peratusan tu mengalami kemerosotan. Cehh. ayat tu penting! haha


Kalau camni pun boleh! heee..
cc : google

So, tadi cikgu disiplin panggil semua students yang tak hadir sekolah dari hari Ahad minggu lepas sampailah hari Sabtu (sekolah ganti) semalam. So, saya pun secara langsung terlibat sama. Saya tak datang sekolah hari Ahad minggu lepas. 21 April 2013. Sebab? Ni sebab diaa..

Sakit orang perempuan.

Sakit orang perempuan saya datang hari Ahad tu. Macam biasa, bila sakit tu datang, automatik saya akan mengalami 'senggugut' sampai tak terbangun dari katil sakitnya untuk 3 hari pertama kebiasaannya. Serius.. sebab setiap bulan macam tu, saya tak pergi hospital. Sekadar makan ubat tahan sakit yang hospital bekalkan sebelum ni. So, surat cuti sakit pun tak ada lah kan bila tak pergi hospital untuk jumpa doktor.

Nah.. Itulah puncanya saya kena rotan. Tak dapat buktikan ketidakhadiran saya ke sekolah adalah disebabkan kesakitan yang amat oleh senggugut tanpa dapat menunjukkan surat cuti sakit. Saya pun satu. Lupa nak buat surat makluman yang disahkan ibu bapa. Nasiblah. So, pagi tadi, menerima 'hadiah' rotan dari cikgu disiplin. Nak kata sakit, tak jugak. Nak kata tak sakit, rasa la jugak 5 saat sakitnya.

Saya tak marah. Saya tak sakit hati pada cikgu disiplin. Betul. Jujur cakap. Sebab saya faham kerja dan beban tugasan yang perlu dipikul oleh mereka. Dah tugas mereka memerangi student yang buat masalah. Kita sebagai student perlu lah faham kan? Empati tu perlu ada! Tu barulah bermotivasi! heee.. Moga Allah beri mereka kekuatan untuk terus memikul tanggungjawab dengan penuh amanah. amin.

Kena bermotivasi.

Saya cakap pada diri sendiri. Ambil iktibar dari apa yang saya lalui pagi tadi. Jadikan pengajaran. Jangan ulang kesilapan yang sama. Belajar dari kesilapan dan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan. Itu bagus. Cabar diri. Bagi peringatan pada diri sendiri. Orang begini, InshaAllah berjaya. Duniawi. Ukhrawi. InshaAllah. Moga Allah redha.


Sahabat...

Mesti ada di kalangan sahabat yang cakap.

"Aihh.. Dia ni tak malu ke cerita pasal dia kena rotan? Dah besar panjang. Kena rotan sebab tak datang sekolah pulak tu!"

Haha. Saya tak kisah. Apa yang saya tahu. Niat saya baik. Nak berkongsi dengan sahabat supaya sahabat tak akan lalui situasi yang sama. Ambil teladan dari apa yang saya lalui. Beringat sebelum terkena. Fikir positif atas setiap perkara yang kita lalui. Itu sangat perlu. Serius saya cakap.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Cukup entri ni dulu ya. Ada pandangan atau respon, jangan segan silu komen kat entri ni. Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca. Bai..

Wassalam.


Salam hormat,
YuyuAtiqa.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, April 27, 2013

Baiknya Allah pada Saya.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Rentetan semalam.

Nak cakap pasal entri semalam ni.  Perkongsian Pengalaman Hebat dari Insan yang Hebat !
Cepat bebenor tuan haji Firdaus baca entri yang saya tulis. Saya dapat tahu tu daripada ummi. Tetiba dapat mesej daripada ummi. Ummi suruh bukak blog tuan haji lagi sekali. Ummi cakap ada entri baru. Saya pun cepat-cepat bukak. Rupanya tuan haji cakap pasal saya. MasyaAllah.. Terkedu. Terkaku. Terkejut. Tak terkata. Dan segala ter ter yang sama erti dengannya lah kan! haha.

Ya rabbi...

Tak sangka. Allah maha hebat. Baiknya Allah pada saya. Dia sentiasa berikan saya peluang untuk bertemu dengan insan-insan hebat. Dan insan-insan hebat ini pula, peramah. Tak lokek berkongsi ilmu dengan saya yang masih setahun jagung.. Masih dahagakan ilmu. Subhanallah. Alhamdulillah.


Hari ni.

Hari ni. Sabtu. Sudah 27 April. Nak habis bulan April dah. Ya Allah. sekejapnya masa berlalu meninggalkan diri yang masih terpinga-pinga ni. Allahu.

Hari ni. Sekolah ganti. Macam hari persekolahan biasa. Kena bangun awal pagi. Hari ni, masih berada di bilik APD. Mengikuti presentation beberapa orang classmates yang masih belum selesai. Alhamdulillah, presentation selesai hari ni.

Satu kelegaan. Assignment dah hantar. Presentation dah buat. Keserabutan, stress, tekanan yang menghimpit sudah berkurang. Sekarang, perlu fokus pada study. Exam is coming soon. Tak sampai sebulan lagi exam semester 2. Sekejap je rasanya. Fuhh. Bersedia atau tidak? InshaAllah, bersedia. Yakin! Harus yakin.

Kalian doakan saya ya. Saya nak jadi orang berjaya. Tak hebat dalam akademik, tak bermakna saya tak boleh berjaya dalam hidup. Saya percaya pada perancangan Allah. Selagi kita usaha, maka harapan untuk berjaya akan selalu ada. Yang pasti, kata -kata tuan haji akan saya pegang dan ingat sampai mati.

"Apa-apa pun yang dibuat, betulkan niat dalam hati. Ikhlas. Moga Allah redha."


Ohh ya. Ini entri yang saya maksudkan di blog tuan haji Firdaus tentang saya tu. Kalian baca la ya kalau sudi. Luahan Hati Pelajar SMK Hamzah.

Saya hentikan entri di sini.

Salam hormat,
YuyuAtiqa.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, April 26, 2013

Perkongsian Pengalaman Hebat dari Insan yang Hebat !


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Sepatutnya semalam upate entri pasal ni. Tapi, kepenatan yang melampau membantutkan mood dan tenaga untuk menaip. Maaf.

Ya. semalam. 25 April 2013, Khamis. Satu lagi hari yang terisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Perkongsian daripada seorang hamba Allah yang hebat di usia yang masih muda. Siapa beliau?
Meh sini nak ceghita setakat yang mampu.

Tuan Haji Mohd Firdaus Mat Saad. Pertama kali mengenali beliau melalui abi, suami umi Zaiti yang selalu juga saya sebutkan dalam blog ni. Masih saya ingat lagi. Masa umi ajak makan-makan kat rumah dia. Masa tu abi duk khusyuk mengadap phone. Then, abi panggil saya dan tunjukkan blog MariaFirdaus melalui phone umi. Bila baca entri di blog tuan haji, terdetik dalam hati. Aku kena selalu baca blog ni.

Balik je rumah, saya bukak laptop. Search blog MariaFirdaus.. baca dan baca entri-entri di situ. Entri perkongsian melalui apa yang mereka lalui. Realiti. Blog macam ni memang jadi salah satu pilihan saya. sebab  saya memang suka sangat baca entri perkongsian dari orang-orang yang berpengalaman dan berjaya dalam hidup, dapat menaikkan semangat saya untuk teruskan perjuangan capai matlamat hidup saya.

And I should thanked abi for introducing me to this blog, MariaFirdaus

Okay. Semalam akhirnya saya dapat bertemu empat mata dengan tuan haji Firdaus. Beliau datang jauh dari Parit Buntar ke Kelantan untuk berkongsi dengan student sekolah saya. Pergh. Respect! Seriously..

Sebenarnya, semalam jugak adalah hari presentation tugasan sejarah kelas saya. Jadi, lepas habis giliran presentation baru lah sempat pergi ke dewan asrama sekolah untuk mendengar perkongsian daripada tuan haji Firdaus. Walaupun sekejap saja sempat mendengar perkongsian daripada beliau sebab saya sampai agak lewat, namun saya dapat rasakan keterujaan sepanjang sesi perkongsian beliau dari pagi sampai tengah hari semalam.

Lepas habis sesi beliau dengan students, saya sempat berbual dengan beliau. Terkejut. Reaksi yang muncul di wajah saya bila beliau cakap yang beliau baca blog saya. Mungkin abi atau umi yang ceritakan. Lebih terharu bila beliau siap mention lagi nama blog saya 'yuyuatiqa.blogspot.com'.  MasyaAllah, beliau sangatlah peramah. Beliau tak lokek berkongsi tips untuk majukan blog. Dari percakapan beliau, memang membuktikan beliau seorang insan yang hebat.

Beliau ada beritahu saya yang beliau sedang dalam proses menyiapkan sebuah buku. Wah. Hebat bukan? InshaAllah, lagi sebulan akan terhasil buku tersebut. Apa yang beliau kongsikan bersama students sekolah saya juga akan turut beliau masukkan dalam buku tersebut. Tak sabar. Teruja nak baca.

Satu kata-kata beliau semalam yang saya akan ingat,

"Betulkan niat dalam hati, kita buat sesuatu untuk berkongsi perkara yang baik dengan ikhlas. Berkongsi sesuatu yang bermanfaat yang berterusan walaupun setelah kita tiada di dunia lagi."
- Tuan Haji Mohd Firdaus Mat Saad -


Sahabat,

Buat baik maka baiklah jadinya..
InshaAllah, duniawi ukhrawi.

Kalau kita tak kongsi ilmu yang kita dapat di dunia, nanti kat akhirat nak jawab apa bila Allah tanya?
Ikhlaskan hati. Betulkan niat. Moga Allah redha.


Terima kasih kepada Tuan Haji Firdaus. Moga Allah berkati kehidupan beliau dan keluarga.

Jangan lupa ikuti blog beliau. MariaFirdaus. Tak rugi. InshaAllah, banyak manfaat.

Beliau turut coretkan sesuatu di blog beliau tentang perkongsian beliau semalam.
Baca entri ni : Ceramah Motivasi Rahsia Hidup Luar Biasa, SMK Hamzah, Machang, Kelantan.



Bergambar kenangan bersama beliau.
Dari kiri, Umi Zaiti, Abi, Tuan Haji Firdaus, Bonda Rohani, Saya dan Anis.
P/s : Gambar dari blog Tuan Haji..  heee..

Saya stop entri kat sini. Nanti kita cerita lagi ya! Azan zohor pun dah berkumandang. Wassalam.


Salam hormat,
YuyuAtiqa.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, April 19, 2013

saya lapar.





Midnight => Hungry.
NORMAL. 

Entri takda motif.
ADA motifnya actually!
SAYA LAPAR.
Faham?
Kbai. :)


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, April 17, 2013

Yes, you can face it. :)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Kamu kena cakap ni !!!
Kamu boleh. Yakin dengan diri kamu. Doa kami, insan yang menyayangi kamu sentiasa mengiringi kamu.
Yang penting, kamu terus usaha.



Cuba buat yang terbaik semampu kamu. Tawakkal. Yakin dengan Allah. InsyaAllah, kamu pasti berjaya. loves. :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, April 16, 2013

Sekelip Mata.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


cc:WeHeartIt


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Pejam celik pejam celik. Sekejap saja masa berlalu tinggalkan diriku yang masih terkapai-kapai.
Terasa seperti baru semalam diri ini menjengah ke tahun baru. Hari ni, dah masuk April.. Sudah empat bulan berlalu. Allah. Sekejapnya rasa. Tak lama lagi dah nak habis semester dua. Cepatnya. Allah.. benar-benar terasa  segalanya berlaku begitu pantas.

Begitu juga dengan perkara yang hadir dalam hidup. Banyak. Banyak perkara yang muncul. Tanpa sedar atau mungkin juga dalam sedar. Ada perkara yang berlaku seperti yang dirancang. Ada juga perkara yang berlaku sesuatu di luar sangkaan. Hidup. Unik. Aneh. Tak terluah dek kata-kata.

Berubah. Perubahan demi perubahan berlaku dalam hidup. InsyaAllah, ke arah baik. Sebelum ini, sering tak yakin dengan apa yang dilakukan. Tapi sekarang, dari hari ke hari, keyakinan dan kesungguhan untuk selesaikan setiap tugasan dengan segera sentiasa muncul. Muncul dan terus muncul. Walau penat. Walau perit. Namun tetap diteruskan. Dihabiskan. Kerana keyakinan yang teguh pada perancanganNya. Alhamdulillah. Moga ku terus istiqamah.

Dalam waktu yang sekelip mata ini juga, hati diuji. Terus diuji. Allah. Perasaan bercampur baur. Pemergian insan-insan yang dikasihi. Mengejutkan. Agak menjejaskan emosi. Manakala kehadiran insan-insan yang tidak disangka dalam hidup ini memberikan rasa yang berbeza. Perasaan yang tak pernah dirasai sebelum ini. Gembira. Terharu. Keliru. Tekejut. Semuanya bercampur baur. Segalanya berlaku secara mendadak. Tiba-tiba. Sehinggakan membuatkan diri ini terdiam tanpa tindak balas buat beberapa ketika. Terkadang menyoal diri sendiri. Adakah benar apa yang berlaku dalam hidup? Tertanya-tanya benarkah ianya realiti. Realiti hidup yang sedang kuhadapi.

Tak kira apa yang terjadi. Asalkan berpegang pada satu. Allah Yang Maha Tahu Segalanya.

Kepada Dia aku bergantung.
Kepada Dia aku meminta.
Kepada Dia aku berserah.
Kepada Dia aku mengharap.
Segalanya hanya padaNya.


Terima kasih buat insan yang menghargaiku.
Terima kasih buat insan yang menyayangiku.
Terima kasih buat insan yang mengajarku erti kehidupan.
Terima kasih buat insan yang tak jemu menasihatiku.
Terima kasih buat insan yang tak jemu membimbingku ke jalanNya.
Terima kasih buat insan yang memberiku sinar harapan yang baru.

Aku manusia lemah. Hanya mampu berusaha untuk terus kuat.

Moga Allah redha.

Wassalam.







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, April 6, 2013

We Are What We Behave.. :)


...................................................................................................................................................................
fb's

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Lately, saya memang sempat update entri pendek-pendek. Sebab tengah fokus nak siapkan 2 esaimen yang nak kena hantar esok. Ya, esok. Ahad.

Okay, back to the photo above. Mendalam maknanya kan?

Cuba kita renung diri kita balik. Selama ni, saat kita bantu orang yang memerlukan bantuan, adakah bantuan kita tu ikhlas dari hati, niat kerana Allah?

ATAU

Adakah sekadar nak dapatkan pujian daripada orang yang dibantu? Sometimes, kita tak sedar yang kita selalu buat khilaf. Atau, mungkin kita sedar, tapi sering menafikan. boleh jadi. bukan?


Bagi saya, mudah.

Sebelum kita nak buat sesuatu perkara terhadap seseorang, cuba letakkan diri kita kat tempat orang tu.
Kalau perkara tu baik, that is good. If not, better jangan.

Lagi satu, bila kita lakukan sesuatu, cuba ikhlaskan diri. Mungkin, ada ketikanya keadaan memaksa kita melakukan sesuatu di luar keinginan kita. Tapi, kalau perkara itu membawa kebaikan, kenapa kita harus mengelak dari melakukannya? kan?

Till then.. "We are what we behave.."

Keep smiling. :)

Wassalam.

Loves,
YuyuAtiqa






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥