Saturday, March 30, 2013

Pujuk Hati. Perkukuh Iman.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Pedoman....


Orang yang berjaya ialah orang yang paling banyak gagal.
Tetapi, dia berjaya mengatasinya.

Belajar sabar dari sebuah kemarahan.
Belajar menangis dari sebuah kebahagiaan.
Belajar ikhlas dari sebuah ujian.
Belajar redha dari sebuah ketentuan.

Allah punya hadiah untuk kita sekalian.

Sebuah cahaya dari sebuah kegelapan.
Sebuah kelapangan dari sebuah kesulitan.
Sebuah kebahagiaan dari sebuah kesedihan.
Beberapa jalan untuk setiap ujian.
Sebuah keredhaan untuk setiap ketaatan.

Apabila Allah datangkan ujian..
Itu bukan satu bebanan.
Kita mesti bertahan.
Dugaan itu peningkatan iman.

Apabila Allah datangkan ujian..
Pujuklah hati..
Perkukuhkan iman..
Tanpa kecewa, tanpa putus harapan.

Rahmat Allah hadir dalam ujianNya..


-ANT-







cc:shazwan azizan's fb



Wassalam.

Salam sayang,
YuyuAtiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, March 25, 2013

ilmu BUKAN pada pointer.



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Mulanya nak jadikan sebagai entri 'wordless wednesday'. Tapi, lambat sangat nak tunggu hari Rabu. Jadi, saya ambil keputusan nak post jugak untuk entri ni. Tak nak taip panjang-panjang lagi dah.



cc: fb's


FIKIR DAN FOKUS KEMBALI PADA MATLAMAT SEBENAR KITA HIDUP !




Adakah :


 ingin tuntut sebanyak mungkin ilmu sebagai bekalan dunia akhirat kelak 

VS

sekadar mahu meraih penghargaan daripada manusia



Tepuk dada, tanya hati dan minda.

Salam hormat, salam perkongsian. Moga bermanfaat.

Wassalam.


Salam sayang,
YuyuAtiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, March 21, 2013

Biarkanlah Ia Gugur.






Wahai hati..
Terus kuat walau seperit mana pun ujian yang menimpa dirimu.
Yakinkan dirimu,
Allah itu Maha Tahu.

Wahai hati..
Teruslah bangkit lawan sakitmu.
Tingkatkan imanmu.
Kukuhkan paksi agamamu yang satu,
Islam. 
dan percaya dan akuilah..
ALLAH itu Tuhanmu satu-satunya.
MUHAMMAD itu rasulmu.

Wahai hati..
Tenanglah..
Sabarlah..
Senyumlah..
Hitunglah hari-hari yang mendatang dengan kebahagiaan.
Sebarkanlah kasih sayang pada yang lain.
Lakukan sekadar yang kau mampu.

Wahai hati..
Ikhlaskan dirimu.
Hanya bermatlamatkan Dia yang SATU. 

Ash ha du alla ila ha illallah..
Wa ash ha du anna muhammad Rasululllah..

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.



"Tiada seorang muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerana Allah akan menghapuskan keburukan sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya."

-Hadis Rasulullah s.a.w daripada Imam Bukhari-




"Ya Allah..
Tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan. Sembuhkanlah.. 
kerana sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Penyembuh.
Tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan kesakitan yang ku alami melainkanMu.
Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkannya. amin.."






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, March 10, 2013

Dapat dah!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


saya punya. syukur.

Syukur, alhamdulillah. Dah dapat baucar buku!

Sudah masuk pertengahan semester 2, semua buku untuk semester 2 pun dah dibeli.. Tapi, tetap bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan atas pemberian baucar buku 1 Malaysia (BB1M) sebanyak RM250.00.

Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Kenapa??? Meh sini nak cerita. Disebabkan buku-buku semester 2 sudah dibeli, buku-buku untuk semester 3 masih belum keluar dan tarikh tamat penggunaan BB1M pun tak sempat nak beli buku-buku untuk semester 3 sebab belum ada di pasaran lagi, jadi saya gunakan BB1M untuk beli buku-buku yang dah lama saya idamkan. Syarikat Muda Osman (SMO) salah sebuah kedai buku feveret saya untuk dituju. Sebab pertama, workers kat situ ramah dengan pelanggan. Sebab kedua, book store tu dekat yang amat dengan sekolah. Haha. Untung kan?? :D

 Dalam duduk khusyuk memilih buku, tak tersedar pulak yang saya dah pilih 6 buah buku. 2 buah buku yang saya pilih ialah buku hasil nukilan seseorang yang saya hormat dalam dunia maya ni, saudara Hilal Asyraf, founder of langitilahi.com di laman maya. Buku tersebut nak saya hadiahkan kepada kakak saya yang akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.

Baidewei, Dah banyak buku-buku motivasi islamik yang ditulis oleh beliau sebenarnya. Alhamdulillah, saya mampu dapatkan 2 buah daripadanya. Syukur, Allah izinkan. Harap-harap satu hari nanti, bila ke kedai buku, saya akan nampak buku hasil nukilan idola saya pulak.  Hami Asraff. Moga-moga tercapai impian itu. Aamin.


Terima kasih buat akhi Hilal Asyraf.

These were the books!
Me soooo happy. Seiously! :)

BB1M masih ada ni. Simpan untuk beli buku untuk hadiahkan adik kesayanganku pulak. Moga-moga dia gembira. Cukup dulu entri kali ni. Terima kasih sudi singgah. May Allah bless you. aaminn.

Wassalam.


Salam sayang,
YuyuAtiqa









♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, March 5, 2013

#short1 : About Forgiveness



Bismillahirrahmanrrahim.
Assalamualaikum wbt.


Forgiveness is never easy. The question of how to react to someone who has hurt us is one of the most fundamental and important questions anyone must face. The first step to forgiveness is to recognize our own flaws and faults. The more fully you understand the forgiveness you need from others, the easier it becomes to forgive others. As no words or even actions can undo the harm we have already done..


So, what are we waiting for??

Let us forgiving the unforgivable.. :')



cc:WeHeartIt


Loves,
YuyuAtiqa
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, March 1, 2013

Appreciation, Appreciate and Appreciated.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


appreciation, appreciate and appreciated. 


Apa yang kamu faham dengan ketiga-tiga perkataan di atas? Penghargaan, menghargai dan dihargai. Saya rasa tergerak hati dan tangan nak mencoretkan sesuatu tentangnya. Dalam hidup ni kan, kalau kita imbas kembali, dah banyak saat-saat yang sepatutnya kita hargai tetapi kita sia-siakannya begitu saja.

Sekarang, bila situasi yang sama terpaksa kita depani, mulalah kita nak menuding jari kepada orang lain. Astagfirullahalazim. Pertama, tanya diri kita. Selama ini pernah tak kita hargai orang yang ada di sisi kita? Tak kisah lah siapapun mereka. Keluarga, kawan atau kenalan sekalipun.

Saya masih ingat sms yang dihantar oleh salah seorang cikgu saya 2 tahun lalu,

"Awak dah cukup semua benda cuma satu saja yang kurang. Penghargaan kepada individu sekeliling. Cikgu yakin, awak pasti boleh mengubah sikap tersebut. Cikgu doakan awak. "

Bila teringat kembali sms tersebut, airmata saya pasti mengalir. Kalau tidak kerana pesanan tersebut, pasti saya masih berada di takuk lama. Setelah 2 tahun berlalu, saya rasa semakin yakin untuk berubah dan terus berubah ke arah yang lebih baik. Lebih-lebih lagi dari segi penghargaan kepada individu sekeliling.

Mungkin, selama ini saya tidak sedar bahawa telah banyak hati yang saya lukakan disebabkan perkara ini. Dengan nasihat tersebut, saya bangkit kembali untuk baiki kesilapan dan kelemahan diri saya selama ni. Ramai manusia yang bercakap soal hukum karma.

Ya, hukum karma. What you give, you get back. 

Setelah melalui bagaimana rasanya tidak dihargai, barulah tekad semakin kuat ingin menginsafi diri. Mungkin apa yang sedang saya lalui, malah mungkin juga apa yang bakal saya lalui kelak ialah pembalasan kecil daripada apa yang telah saya lakukan pada masa lalu. Astaghfirullahalzim.

Apa yang saya boleh nukilkan di sini,

percayalah.. Apa yang sedang awak lalui sekarang mungkin adalah pengajaran daripada Allah s.w.t atas apa yang telah awak lakukan sebelum ini. Jangan lupa, setiap perkara yang kita terpaksa hadapi boleh jadi bermula daripada kesilapan kita sendiri walaupun ia melibatkan orang lain.

What can we do???

"Learn from mistakes"

I speak bout it coz I've been through it. Keep on reflect ourselves. Learn from mistakes. Fix it before it's too late. It is okay to be sad as you teach yourself to be the one who appreciate everything in your life. Do not easilly give up hope. Ask Him to help you. Allah will not turn you down. Trust me. 

Readers,

"We lost a friend, they can be replaced. Yet, if we lost our family, people who're closest to us, no one is able to replace them. Believe it. Think bout it."



cc:WeHeartIt

Thanks for reading this entry. 


Loves,
YuyuAtiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥