Tuesday, December 3, 2013

Utamakan Cinta Allah dan Rasul


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Pagi selasa, 3 Disember 2013. Hujan masih membasahi bumi Machang. Alhamdulillah. Bangun tidur. Alhamdulillah hillazi ahyana ba'da ma ama tana wa ilai hinnusyur. Alhamdulillah. Aku masih bernyawa. Syukur.

Sebelum tidur semalam, aku ada baca buku sementara tunggu mata lelap. Tajuk buku tu, 100 pesanan terakhir Rasulullah S.A.W ditulis oleh Muhd. Nasruddin Dasuki. Ada satu bahagian yang buat aku tertarik untuk bercerita dan berkongsi kat sini.

Kita manusia biasa. Setiap dari kita mesti Allah selitkan rasa cinta pada hati dan jiwa kan? Bagaimana rupa cinta itu? Bila sebut cinta.. Apa yang terlintas di minda kita? Cinta pada siapa? Diri sendiri? Kawan? Keluarga? Kekasih? Mungkin ada yang pernah bertanya, pernah tak terdetik dalam hati, kita cinta Allah dan Rasul. Pernah tak? Kalau pernah, sebut Alhamdulillah. syukur.

Islam agama kita. Pastinya kita jugak nak jadi hamba Allah yang beriman kan? Manusia yang beriman selalu diingatkan untuk letakkan agama di tempat tertinggi berbanding perkara lain. Bila kita letakkan Islam di tempat tertinggi, pastinya kita wajib dahulukan perintah Allah dan Rasul.





Allah ingatkan hambaNya dalam surah at-Taubah : 24,
kalau kita lebih utamakan cinta pada bapa, ibu, keluarga, kekasih, harta, perniagaan, tempat tinggal, kedudukan, sesiapa sahaja mahupun apa sahaja melebihi cinta kita pada Allah dan Rasul, maka Allah akan turunkan seksaan yang pedih pada mereka sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Allahu rabbi.. Adakah kita sanggup melihat mereka yang kita sayangi diseksa kerana kita? Aku tak sanggup Allah seksa orang-orang yang ak sayangi. Lindungi mereka yang aku sayangi, Ya Allah.. Maka, aku serahkan cintaku pada Allah dan Rasulku. Kemudian kecintaanku pada mereka yang ku sayangi. Moga mereka yang ku sayang akan sentiasa dilindungi dan diredhai Allah kerana kecintaan yang sebenar-benarnya diletakkan padaNya.

Cinta Allah dan Rasul bukan sekadar kata-kata tetapi wajib kita patuhi segala yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran.




Bagaimana nak cinta Allah dan Rasul?

Praktikkan cara hidup Rasulullah dari segala sudut termasuk ibadah, akhlak dan kehidupan seharian baginda. Lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Bunyinya senang kan? Cuma hakikatnya begitu banyak onak dan duri untuk ditempuh. Ujian demi ujian. Ingat.. Allah uji sebab Dia sayang kita. Maka bertabahlah. Serahkan padaNya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakin padaNya.  :')

Rasulullah S.A.W bersabda,
Tidak dianggap sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintai daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia.
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim-

Ayuh sahabat, kita buktikan cinta kita pada Allah dan Rasul. Ayuh gapai cinta dan redha Allah dunia akhirat. Pastikan cinta itu cinta yang hakiki dan bukan sekadar ungkapan cinta semata-mata. Moga Allah dan Rasul akan bersama dengan insan-insan yang kita kasihi.

Maaf jika ada silap dan salah. Moga bermanfaat.
Till then.

Wassalam.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

1 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^