Sunday, December 22, 2013

An emergency moment accompanying ummi.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Kabel dah okay. Internet dah dapat balik. Alhamdulillah.

Petang semalam ummi admitted to emergency ward sebab darah tinggi. Lebih kurang 3 jam kat wad kecemasan, baru transfer ke Hospital Kuala Krai.

Buat kali pertama, aku naik ambulans. Temankan umi. Dapat lihat kesakitan ummi dari cara ummi genggam tangan aku dalam ambulans. Aku yakin ummi dan baby kuat. Mulut tak putus-putus lafazkan kalam Allah.

Sampai Hospital Kuala Krai pukul 9 lebih. Lama jugak ummi kat unit kelahiran. Aku tunggu kat ruang menunggu kat luar. Lama jugak nak tunggu abi sampai.

Dalam pukul 10 lebih, bonda datang untuk tengok keadaan umi sambil fetch aku. Dalam pukul 1 pagi umi masuk OT. Abi cakap dalam 2 jam jugak kat situ.

Alhamdulillah, pukul 3.32 pagi, abi mesej semuanya selamat. Ummi dan baby okay. A sweet little princess was born. Syukur. Sekarang, umi masih dalam labour room. Maybe esok baru dimasukkan ke wad. So, esok pagi baru aku boleh temankan ummi kat wad.


Emergency moment.

video


Such a priceless experience. Segala rasa berkecamuk dalam diri. Time tu, hanya satu yang aku fikir, moga Allah lindungi ummi dan baby.

Cuma semalam masa dalam ambulans, aku agak terkilan dengan segelintir pemandu atas jalan raya. Dah dengar siren ambulans, langsung tak ada empati untuk bagi laluan kat ambulans. Buat tak tahu je. Ya Allah... sakitnya hati.. Terkilan sangat.

Cuba banyangkan kalau sedara mara kita yang ada dalam ambulans tu, mesti kita nak cepat-cepat sampai ke hospital. Pastinya, kita harapkan pemandu lain dapat beri kerjasama dengan berikan laluan untuk ambulans kan? hmm..

Please be alert kalau bunyi ambulans ke, st. john ambulance ke, van kecemasan Jabatan Pertahanan Awam ke..

kalau tengah drive, dengar siren kecemasan macam ni, tolong lah bagi laluan..
Cuba cakna sikit. Hmm..

Erk. membebel pulak aku. adoii.

InshaAllah, esok akan temankan ummi. Next entry, mungkin gambar baby! heee..

Till then, wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^