Tuesday, November 26, 2013

Wedding Invitation


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Before final exam hari tu, cikgu Baiti mesej aku ajak datang rumah dia 26 November. Aku reply.. Cikgu nak kawin dah ya?? At first, aku acah je.  Hehe. Rupanya betul. Wedding invitation. Alhamdulillah. So, today is her big day. Tahniah cikgu... :)

Awalnya, aku nak ajak mak temankan aku. Tak sangka pulak mak pun ada wedding invitation. Ajak Sofea, ada urusan. Ajak orang tu, ajak orang ni.. tak ada sorang pun free. Haihh. Nak tak nak, terpaksa aku pergi sorang-sorang.

Sampai je, aku naik ke rumah dulu jumpa cikgu. Cikgu tengah bersiap then aku turun pergi makan dulu. Sempat la jugak amik gambar pelamin dengan hantaran. Tak lupa kemhorrr sendirian berhad. hoho

Pelamin simple. Nice. :)

Hantaran pihak perempuan.

Hantaran pihak lelaki.

Takda motif. Kemhorrr. Heee

Lepas siap makan, jumpa lagi sorang cikgu aku yang baru lepas bersalin tengah tahun hari tu. Disebabkan aku dah siap makan, aku pun tolong pegangkan baby cikgu aku tu ha.
Perghh. Makcik-makcik yang duk makan keliling kelalang tu pandang pelik je kat aku. Mana taknya, dukung bayi kecil, sorang-sorang. Mesti dalam kepala diorang, budak ni datang sorang ni. Laki dia tak datang sama ni.. Haha. takdalah. gurau. Husnuzon! hehe

Rasa macam taraf mak-mak je bila dukung bayi. Haha. Ramai jugak yang salah faham tadi. Ingat baby tu anak aku. Haha. Tua bebenor laaa kot muka aku ni. Sabar jelah.

So, sambil dukung bayi, aku naik atas berbual dengan pengantin. Pergh. Haha. Kawan-kawan cikgu yang tengah khusyuk berbual dengan cikgu pun ingat aku kawin usia muda sebab bawak anak. Aiyooo. Nasiblaa.

So, before balik, aku bergambar dengan cikgu. Dalam sejam jugak kot aku spend time kat situ. Heee.
Ondewei balik, aku singgah ambil beg yang aku beli online hari tu kat pos laju. Nanti aku cerita dalam entri lain.


With cikgu Baiti.
p/s : bila aku dukung bayi, terus nampak macam mak-mak kan?
sobs sobs...

Till then.

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^