Wednesday, November 20, 2013

Tolong Kawan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hai kalian! Machang dah start hujan. Since yesterday. Hari ni non stop. Sejuk. Time sejuk, benda paling syiok untuk dibuat ialah TIDUR. Tak pun, makan ubi rebus. Setuju? Hehe.

Cerita hari ni.

Since hari tu lagi, kawan aku, Hijazi mintak aku tolong dia revise subjek Pengajian Am semester 2. So, hari ni baru sempat nak spend time sebab sibuk dua tiga hari lepas. Kesian dia. Nasib baik buku semester 2 masih disimpan rapi dalam rak buku. Boleh jugak aku guna buat rujukan.


Rujukan Subjek Pengajian Am semester 2

Jadi, aku pergi sekolah hari ni. Asyraf dengan Amzar join sama. Aku ingatkan Jazi sorang je yang repeat paper Pengajian Am sem 2, rupanya diorang repeat jugak. Hehe. Ramai 'anak murid' hari ni. haha. *gurau. So, tadi aku just refresh balik bahagian media, statistik yang melibatkan graf dan carta. At first, Jazi nampak agak complicated nak recall balik. Tapi, alhamdulillah, slowly dia dah ingat balik.

Mostly tadi lebih kepada refresh cara nak analisis graf dan carta. Also, cara nak cari data dalam soalan. Aku bagi Jazi faham konsep analisis graf dan carta guna formula yang cikgu kami bagi masa sem 2 dulu serta cari data dalam soalan. Cukup bagi Jazi faham benda tu hari ni. Kalau revision banyak-banyak tapi tak lekat dalam kepala, tak ada guna jugak kan?

Apa-apa pun, aku bangga tengok kesungguhan Jazi. Dia nampak betul-betul struggle. He's learning from the past. Salute. Aku sebagai kawan, gembira untuk bantu selagi mampu. Moga-moga Allah bagi dia kejayaan dunia akhirat. ameen.

Introducing, Hijazi. :)

Siapa yang selalu ikut blog aku, mesti dah pernah dengar nama dia.
Asyraf.. Serius betul. Tengah cari data tu. Haha 

Candid by Asyraf.
Time ni tengah analisis data.
nampak kat sebelah kiri tu?
Ha.. tu Amzar. :)

Last but not least, Hi!
peace. :)


Actually, esok nak sambung tolong Jazi revision tapi terpaksa postponed. Balik tadi, mak cakap esok ada katering. Hurm. serba salah jugak dengan Jazi sebenarnya. Mujurlah dia memahami kawan dia sorang ni. Busy tak kira masa. huhu.

Esok katering. Maybe next entry pasal katering la kot! Haha.

Till then. Anyongggg!

Wassalam.






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^