Friday, November 15, 2013

Sombong vs Tawaduk


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hai semua orang. Klise bebenor sapaan itu. Hehe.
Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari penuh barakah. Good day.

Okay.
Something about today. Aku breakfast pukul 10 pagi hari ni. Awal ke lewat gamaknya tu?? huhu
Mak masak nasi goreng. Alhamdulillah. rezeki pagi jumaat. Syukur nikmat Allah. At the same time, aku buka tv. Mula-mula buka channel AXN, takda cerita best. Buka channel oneHD pun takda cerita best. Last-last buka tv9, macam best je. Ada rancangan motivasi, Usrah bersama Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek.

Tapi malangnya.. aku sempat tengok 5 minit terakhir sebelum habis. Hmm. Kecewa betul. Tapi takpa setidak-tidaknya dapat jugak sedikit ilmu daripada tak dapat langsung, kan?

Ustaz tu cakap pasal jangan jadi orang sombong. Ustaz tu cakap ada 7 punca yang menyebabkan manusia ni jadi sombong atas muka bumi Allah.

Pertama, kerana ilmu yang ada padanya.
- Mungkin kalau seseorang tu berilmu tinggi, makin mudah terdedah kepada sifat mazmumah. nauzubillah.

Kedua, kerana keturunannya.
- Mungkin jugak kerana keturunan. Seseorang tu boleh jadi sombong sehinggakan boleh wujudkan perbandingan darjat dan taraf. nauzubillah.
Ustaz ada cakap.. contohilah nabi kita.. Nabi Muhammad S.A.W. Baginda berasal dari keturunan yang disegani. Tapi, tak sekalipun baginda terdetik untuk sombong dengan orang lain. Baginda sentiasa merendah diri. Sungguh hebat kekasih Allah. Allahumma salli ala muhammad, wa ala alihi wasabbihi wasallam.

Ketiga, kerana paras rupanya.
- Ha.. yang ni berkemungkinan besar, ya. Segelintir manusia boleh jadi sombong sebab kecantikkan dan kehenseman yang ada pada diri mereka sedangkan mereka lupa.. semuanya tu hanya pinjaman semata-mata dari Yang Maha Esa. Bila-bila saja Allah boleh tarik nikmat cantik dan kacak tu kalau Dia nak. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Keempat, kerana kekuatannya.
- Kekuatan. Spiritual atau fizikal atau kedua-duanya mungkin! Sebab rasa fizikal kuat, hari-hari pergi gym.. Hari-hari bersenam.. Hari-hari jaga pemakanan. Takut jadi sombong. Nauzubillah.

Kelima, kerana jawatannya.
- Jawatan. mungkin juga.. Yela kan. Dunia sekarang ni.. ada yang dah dapat kerja, show off pulak kat orang yang masih menganggur. Takut ada sifat mazmumah nanti. Nauzubillah.

Keenam, kerana kuasanya.
- Sebab kuasa, seseorang tu boleh jadi sombong. Tapi jangan lupa.. sebab kuasa juga seseorang tu boleh jatuh. Sendiri fikir lah ya.

Yang terakhir, ketujuh, kerana amalannya.
- kerana amalan.. Aku kekadang risau jugak.. Takut terdetik sombong dalam hati bila buat baik. Astaghfirullah. Moga jadi hamba Allah yang sentiasa buat apa jua dengan nawaitu semata-mata kerana Dia.


Firman Allah :

“Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi  dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” 

(Surah Luqman, ayat 18)


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” 

(Hadis riwayat Muslim)

sumber : Halaqah.net


Ohh ya. Ustaz ada cakap macam mana caranya nak elak dari jadi manusia yang sombong.. Ustaz cakap, kita kena sentiasa belajar sifat tawaduk iaitu sifat merendah diri. Bak kata omputih, humble. 

Ustaz bagi tips.. Ustaz cerita pasal kisah Imam Abu Hanifah seorang yang sangat dihormati. 

Walaupun begitu, beliau tetap dengan sifat tawaduknya. 

Pada malam hari, beliau secara senyap menyamar dan bertindak mencuci kekotoran di pasar dengan niat ingin menyucikan hati. Beliau bimbang kalau-kalau ada terdetik rasa sombong dalam hatinya. Keesokkan harinya, apa peniaga di pasar bertanya siapakah yang mencuci segala kekotoran di pasar sehingga pasar menjadi bersih, beliau berkata ,
"aku juga tidak mengetahui siapa yang berbuat demikian."

Begitu tawaduk sifat Imam Abu Hanifah.

Ustaz ada jugak cakap.. Intai-intailah.. Tengok-tengoklah.. kalau nampak sejadah berhabuk.. Quran berhabuk.. Capailah.. Buatlah amal. Barangkali, sejadah dan al-Quran itu begitu merindui tuannya. 
MasyaAllah. sebak hati bila dengar ustaz cakap macam tu.




YuyuAtiqa:
Bila muhasabah balik, begitu banyak dosa yang terpalit pada diri. Mudahnya diri ini lalai dan alpa. Mudahnya iman digoyahkan. Astaghfirullah. Moga Allah terima taubat kita.

Moga ada manfaat. Wallahualam.

Wassalam.







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

  1. kadang kadang,jadinya sombong tu mungkin dlm keadaan tak sedar.terdetik sikit kat hati..sebab tulah kena sentiasa muhasabah diri =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. true.. selalu muhasabah.
      moga Allah terima taubat kita. :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^